in

Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan Mulai Tahun 2020

Tahun 2020 merupakan tahun yang bakal mengalami pelbagai transformasi. Selain perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap pelbagai aspek yang dapat kita lihat menerusi Belanjawan 2020, sistem pendidikan negara juga turut mengalami perubahan. Transformasi yang bakal dilakukan ini akan mempengaruhi peringkat awal tahap menengah atas di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia kerana aliran sains dan sastera dimansuhkan mulai tahun 2020.

Proses pemansuhan yang berlaku ini secara tidak langsung akan mengubah sistem transisi para pelajar dari Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat tanpa pembahagian atau pembezaan aliran. Namun begitu, para pelajar berpeluang untuk memilih subjek yang ingin mereka pelajari berpandukan minat masing-masing.

Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan bermula 2020

Tiada Lagi Aliran Sains Dan Sastera Mulai Tahun 2020

Terdapat kebaikan dan keburukan dalam langkah memansuhkan aliran saster dan sains. Dikhuatiri pemansuhan akan memberi implikasi terhadap kursus di peringkat universiti selain bertentangan dengan langkah Kementerian Pendidikan dalam menggalakkan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pemansuhan aliran sains dan sastera yang akan dilaksanakan bermula tahun 2020:

Mengapa Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan?

  1. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, perbezaan antara aliran sains dan sastera tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
  2. Selain itu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan penggabungan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia
  3. Jawatan kuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara juga pernah mencadangkan penggabungan aliran sains dan sastera terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha untuk menambahbaik sistem persekolahan di Malaysia

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Menengah Atas

  1. Pelaksanaan KSSM dilakukan secara berperingkat bermula dengan pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2017
  2. Kohort pertama murid KSSM akan berada di Tingkatan 4 pada tahun 2020
  3. KSSM Menengah Atas merupakan kurikulum persekolahan di Tingkatan 4 dan 5 yang dijalankan di semua sekolah menengah

Definisi Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas

  1. Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas adalah berdasarkan gabungan mata pelajaran yang mempunyai nilai tambah kepada murid dalam konteks pembelajaran murid
  2. Ia dirangka berasaskan keperluan murid untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi
  3. Pakej ini mengambil kira keperluan badan profesional dan laluan bidang kerjaya yang diminati murid

PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS

Setelah aliran sains dan sastera dimansuhkan, pakej mata pelajaran menengah atas akan diperkenalkan. Rasional pengenalan pakej ini adalah seperti berikut:
No 1 Para pelajar diberi peluang untuk mengenalpasti dan memilih subjek mengikut kecenderungan, minat, serta kebolehan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Tinggi
No 2 Pihak sekolah mudah untuk membuat perancangan penawaran mata pelajaran dan pakej yang sesuai untuk murid bergantung kepada kemudahan dan guru di sekolah

CARA SUBJEK DIPILIH

Faktor atau rujukan yang dapat digunakan dalam menentukan subjek/ mata pelajaran yang sesuai untuk dipilih oleh seseorang pelajar itu adalah berdasarkan:
No 1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
No 2 Keputusan PT3
No 3 Ujian psikometrik
No 4 Cadangan atau galakkan daripada guru atau guru kaunseling

PENGECUALIAN DARIPADA MATA PELAJARAN TERAS

Para pelajar yang dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran Teras adalah seperti berikut:
No 1 Murid DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Sains jika mengambil mana-mana DUA subjek Sains Tulen iaitu:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
No 2 Murid DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Pendidikan Islam jika mengambil mana-mana subjek berikut:

  • Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah; ATAU
  • Turah Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah; ATAU
  • Usul Al-Din dan Al-Syariah 

FAQ KSSM dan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas 2020

Berikut merupakan antara maklumat yang merangkumi soalan dan jawapan lazim bagi KSSM dan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas untuk rujukan semua:

SOALAN LAZIM KSSM & PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS 2020

SOALANJAWAPAN
Apakah maksud mata pelajaran teras, wajib dan elektif?
  • Teras : Wajib dipelajari oleh setiap murid di sekolah kerajaan, ekolah bantuan kerajaan dan swasta
  • Wajib : Wajib dipelajari oleh setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
  • Elektif : Mata pelajaran yang ditawarkan untuk memenuhi bakat, minat, kebolehan dan potensi murid. Dikategorikan kepada Bahasa, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas  
Apakah mata pelajaran teras bagi KSSM Menengah Atas?
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Bagaimana kombinasi mata pelajaran elektif boleh distrukturkan dalam Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas?
  • Terdapat dua pakej mata pelajaran iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta pakej Sastera dan Kemanusiaan
  • Murid boleh mengambil gabungan daripada kumpulan Elektif STEM, Elektif Pengajian Islam, Elektif Bahasa serta Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
  • Penawaran mata pelajaran bergantung kepada kesediaan sekolah

Bagaimana gabungan mata pelajaran elektif bagi Pakej STEM?

  • Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan
  • Mengambil mana-mana dua mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada bukan elektif STEM
  • Mengambil sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu mata pelajaran vokasional (MPV)
Bagaimana gabungan mata pelajaran elektif bagi Pakej Sastera dan Kemanusiaan?
  • Terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau SATU mata pelajaran elektif STEM kecuali MPV
Berapakah bilangan mata pelajaran elektif yang boleh diambil oleh murid?
  • Maksimum mata pelajaran elektif yang ditawarkan adalah lima (5) mata pelajaran (64 hingga 480 minumum jam setahun) mengambil kira jumlah masa PdP dalam setahun untuk pengoperasian sekolah
Berapakah mata pelajaran yang boleh diambil oleh murid dalam SPM?
  • Dihadkan mengambil 10 mata pelajaran
  • Kelonggaran diberikan buat calon mengambil tidak lebih dua (2) mata pelajaran tambahan daripada mana-mana mata pelajaran yang disenaraikan kecuali mata pelajaran teras

Bolehkah sekolah menawarkan lebih daripada lima (5) mata pelajaran elektif yang dilaksanakan di luar jadual waktu?

  • Dibolehkan sekiranya penawaran mata pelajaran di luar jadual waktu dengan persetujuan ibu bapa dan di bawh tanggungjawab pihak sekolah sepenuhnya
Bolehkah murid mengambil gabungan mata pelajaran elektif Bahasa Cina (BC) dan Kesusasteraan Cina (KC) ATAU Bahasa Tamil (BT) dan Kesusasteraan Tamil (KT) serentak?
  • Dibenarkan mengambil gabungan mata pelajaran sebagai pakej
  • Sebarang penawaran mengambil kira kemudahan sekolah dan ketersediaan guru opsyen mata pelajaran berkaitan
Apakah mata pelajaran wajib bagi KSSM Menengah Atas?
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Kebaikan Dan Keburukan Pemansuhan Aliran Sains Dan Sastera

Antara kebaikan dan keburukan yang mungkin akan dihadapi sekiranya sistem pembelajaran baru ini dilaksana adalah seperti berikut

PEMANSUHAN ALIRAN SAINS & SASTERA

KEBAIKANKEBURUKAN
Para pelajar dapat memilih subjek/kelas berpandukan minat masing-masingKebarangkalian tinggi untuk pelajar mengambil jalan mudah dengan memilih subjek-subjek yang mudah sahaja 
Para pelajar tidak lagi berasa terpaksa untuk mempelajari suatu-suatu mata pelajaran yang tidak diminatiMata pelajaran yang agak sukar seperti Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan Fizik tetapi penting untuk menjadi asas kepada pembelajaran di peringkat tinggi akan terabai  
Persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat penndidikan tinggi atau bidang pekerjaan tertentu dapat dirancang dengan lebih awal dan teratur Pihak sekolah mungkin akan menghadapi kesulitan dalam mengendalikan sistem pembelajaran baru ini 

Apa Itu KSSM?

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kerangka Kurikulum yang berasaskan 6 tunjang iaitu:

REKA BENTUK KURIKULUM KSSM

KSSM memfokuskan perkembangan para pelajar dalam aspek-aspek berikut:
No 1 Komunikasi
No 2 Kemanusiaan
No 3 Perkembangan Fizikal Dan Estetika
No 4 Keterampilan Diri
No 5 Sains Dan Teknologi (STEM)
No 6 Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Organisasi Kurikulum KSSM

KSSM memastikan standard pembelajaran yang ditetapkan untuk para pelajar tercapai dengan memberi penekanan terhadap aspek berlainan mengikut kesesuaian peringkat pembelajaran murid.

Aspek-aspek yang diberi penekanan untuk peringkat menengah rendah dan menengah atas adalah seperti beriku:

ASPEK PENEKANAN KSSM

MENENGAH RENDAHMENENGAH ATAS
Pendidikan umumPerkembangan bakat serta minat
Peningkatan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendahPerkembangan sahsiah, sikap dan nilai
Perkembangan bakat dan minatPengkhususan
Asas pravokasionalKerjaya
Perkembangan sahsiah, sikap dan nilaiPendidikan tinggi
Peningkatan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Aliran Sains & Sastera Dimansuhkan Mulai Tahun 2020 ini dapat memberi manfaat buat semua. Diharap agar para pelajar dapat memperoleh banyak faedah dengan pelaksanaan sistem pembelajaran yang bakal dilaksanakan ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Rayuan Subsidi Petrol (PSP) Online

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Online