in

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2018

Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2018. Tahniah kepada calon peperiksaan yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan SPM 2018yang cemerlang. Keputusan SPM akan diumumkan pada bulan Mac 2019. Berikut dikongsikan analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2018 buat panduan pelajar dan ibu bapa.

Pelajar yang mendapat Sijil SPM boleh membuat permohonan kemasukan ke universiti tempatan (UA) melalui permohonan UPU atau ke luar negara. Terdapat banyak pilihan sebenarnya untuk lepasan SPM termasuk menyambung pangajian di Politeknik, Pusat Latihan Kemahiran dan IPTS , dalam bidang yang bersesuaian dengan kelayakan akademik pelajar.

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2018

Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018

Analisa Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 akan dikemaskini selepas keputusan SPM diumumkan sekitar Mac 2019.

Analisa SPM 2017

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2017 yang dikongsikan dari Utusan Malaysia. Gred markah peperiksaan SPM berdasarkan sistem SAPS adalah seperti berikut :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
  • 80 – 89 : A : Cemerlang Tinggi
  • 70 – 79 : A – : Cemerlang
  • 65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
  • 60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
  • 55 – 59 : C + : Kepujian Atas
  • 50 – 54 : C : Kepujian
  • 45 – 49 : D : Lulus Atas
  • >40 – 44 : E : Lulus
  • 0 – 39 : G : Gagal
  • TH : TH : Tidak Hadir

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2017

Seramai 443,883 calon peperiksaan telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017 di 3,363 pusat peperiksaan.

Pencapaian Pelajar SPM 2017

Berikut adalah keputusan pencapaian pelajar untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2017 yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin :-

  1. Keputusan keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 telah meningkat. Gred Purata Nasional (GPN) bertambah 4.90 berbanding 5.05 pada 2016. Nilai gred GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik
  2. Sejumlah 85.2 peratus daripada 415,008 calon yang menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras untuk pertama kali layak dianugerahkan sijil iaitu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
  3. Pencapaian calon bandar meningkat 0.14 iaitu 4.75 pada 2017 berbanding 4.89 ketika 2016
  4. Pencapaian calon SPM 2017 luar bandar juga meningkat 0.14 iaitu daripada 5.36 pada 2016 kepada 5.22.
  5. Sejumlah 62.5 peratus daripada 994 calon berkeperluan khas (CBK) layak dianugerahkan sijil SPM
  6. Secara keseluruhannnya 66 peratus calon SPM 2017 telah menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik
  7. Berdasarkan kualiti jawapan calon :-
    • 27 peratus calon menguasai KBAT pada tahap tinggi
    • 39 peratus pada tahap sederhana
    • 34 peratus pada tahap rendah
  8. 48 daripada 74 mata pelajaran mencatatkan prestasi, 23 mata pelajaran penurunan dan dua lagi tidak berubah
  9. Lima mata pelajaran teras iaitu bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik menunjukkan peningkatan prestasi
  10. Mata pelajaran teras yang lain seperti Pendidikan Moral dan Sains mencatatkan penurunan. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu mencatatkan peningkatan yang tertinggi sebanyak 0.46 manakala mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 0.11
  11. Sebanyak 43 daripada 66 mata pelajaran elektif menunjukkan peningkatan prestasi. Dalam bidang elektif Sains dan Matematik, tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan
  12. Seramai 54.9 peratus calon SPM 2017 berjaya memperoleh Sijil GCR O-Level dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  13. 56.2 peratus daripada 75,467 calon mengambil subjek Prinsip Perakaunan layak menerima sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account

Maklumat Lanjut Analisa Keputusan SPM 2017

Untuk mendapatkan analisis lengkap keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017, sila rujuk kepada Laporan KPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada calon pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan SPM 2018 yang cemerlang. Moga anda berjaya menyambung pengajian tinggi anda di Univeristi Tempatan atau Luar Negara yang dihajatkan. Kepada yang kurang cemerlang jangan berputus asa. Cuba lagi pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan Tawaran IPG 2018 Online (PISMP) - UKCG, Temuduga dan tawaran

Semakan Keputusan IPG 2018 Online (PISMP)

Senarai MRSM Terbaik 2017

Senarai MRSM Terbaik 2018 Keputusan SPM 2017