in

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2019

Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sjili Tinggi Agama Malaysia tahun 2019. Tahniah kepada calon pelajar yang berjaya mendapat result exam STAM 2019 yang cemerlang. Pada tahun ini, keputusan telah diumumkan pada hari Rabu, 22 Januari 2020. Berikut dikongsikan analisis keputusan peperiksaan STAM tahun 2019 buat panduan pelajar dan ibu bapa. Sijil STAM telah mendapat pengiktirafan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pelajar yang dianugerahkan Sijil STAM membolehkan calon untuk membuat permohonan Program Ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pelajar juga boleh memohon kemasukan universiti tempatan (UA) melalui permohonan UPU atau ambilan kedua UA dalam bidang yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2019

Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2019

STAM merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Syarif, Republik Arab Mesir seperti yang termeterai dalam Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada tahun 1999.

Kurikulum STAM diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Arab sepenuhnya. Peperiksaan STAM mula dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2000 dan di Kemboja pada tahun 2016. Sijil STAM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Analisa Result STAM 2019

Analisis result STAM 2019 adalah seperti berikut :-

  • Daftar Calon STAM 2019
    • Seramai 9,826 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2019 berbanding 10,078 calon pada tahun 2018, iaitu berkurang sebanyak 252 calon (2.5%)
  • Analisis pencapaian pelajar
    • Hanya melibatkan calon Malaysia yang menduduki peperiksaan STAM kali pertama dengan mendaftar 10 mata pelajaran.
  • Gred Purata Nasional (GPN)
    • Indeks Gred Purata Nasional (GPN) merujuk kepada penguasaan calon dalam semua mata pelajaran. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Indeks GPN pada tahun 2019 adalah lebih baik berbanding tahun 2018 dengan perbezaan sebanyak 0.04
      • 2019 : GPN 2,98
      • 2018 : 3.02
      • 2017 : 3,01
      • 2016 : 3.06
  • Pensijilan STAM Mengikut Pangkat (Pencapaian Pelajar)
    • Peratus pensijilan STAM mengikut pangkat bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018 (Dalam kurungan peratus tahun 2018)
      • Layak Sijil : 69.8% (69.9%)
      • Mumtaz : 9.3% (9.2%)
      • Jayyid Jiddan : 23.4% (22.2%)
      • Jayyid : 30.2% (31.0%)
      • Maqbul : 6.9% (7.5%)
      • Tidak Layak Sijil : 30.2% (30.1%)

Laopran lengkap Analisis pencapaian pelajar dalam STAM boleh dimuat turun di LPM

Analisa STAM 2018

Analisis result STAM 2018 selepas result diumumkan pada jam 1000 pagi, hari Khamis, 17 Januari 2019 adalah seperti berikut :-

  • Mata pelajaran peperiksaan STAM ditaksir melalui kerja kursus, ujian lisan dan ujian bertulis.
    • Kerja kursus dilaksanakan pada 1 Mac hingga 30 Jun 2018 manakala ujian lisan diadakan pada 16 hingga 27 Julai 2018.
    • Ujian bertulis (Objektif dan Subjektif) pula dilaksanakan pada 16 hingga 18 Oktober dan 22 hingga 23 Oktober 2018.
  • Daftar Calon STAM 2018
    • Seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2018 berbanding 9,534 calon pada tahun 2017, iaitu bertambah sebanyak 544 calon.
  • Pencapaian Pelajar STAM 2018

    • CEMERLANG : Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) telah meningkat sebanyak 0.4%, iaitu sebanyak 9.2% berbanding 8.8% pada tahun 2017
    • SANGAT BAIK : Kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) turun. Iaitu sebanyak 0.4% iaitu sebanyak 22.2% berbanding 22.6% pada tahun 2017
    • BAIK : Bagi kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (Baik), tiada perubahan dicatatkan. Di mana 31.0% pada tahun 2017 dan tahun 2018
    • LULUS : Jumlah calon yang berjaya memperoleh Gred Maqbul (Lulus) mencatatkan peningkatan 0.3% iaitu dari 7.2% pada tahun 2017 ke 7.5% pada tahun 2018
    • TIDAK LAYAK : Sebanyak 30.1% calon tidak layak mendapat sijil iaitu penurunan sebanyak 0.2% dari 30.3% pada tahun 2017
    • Jumlah calon yang berjaya memperoleh Gred Mumtaz (Cemerlang) bagi kesemua sepuluh mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.3% iaitu 1.3% pada tahun 2018 berbanding 1.0% pada tahun 2017pada tahun 2016.

Laopran analisis lengkap STAM 2018 boleh dimuat turun di LPM

ANALISIS TAHUN 2017

Berikut dikongsikan analisis exam STAM tahun 2017 yang telah diadakan pada tarikh peperiksaan hujung Oktober/ awal November 2017. Mata pelajaran peperiksaan STAM adalah ditaksir melalui ujian bertulis, ujian lisan dan kerja kursus. Kerja kursus dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Julai 2017 manakala ujian lisan diadakan pada pada 17 hingga 27 Julai 2017. Ujian bertulis (Objektif & Subjektif) pula dilaksanakan pada 23, 25, 30, 31 Oktober dan 1 November 2017.

Analisis Exam STAM Tahun 2017

Untuk STAM 2017, seramai 9,534 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2017 berbanding 8,784 calon pada tahun 2016. Ianya adalah pertambahan seramai 750 calon. Sebanyak 240 pusat peperiksaan telah disediakan, yang melibatkan seramai 1,071 petugas peperiksaan untuk mentadbir peperiksaan ini.

Analisis result STAM tahun 2017 dilapor berdasarkan kepada calon baharu di Malaysia iaitu calon yang menduduki peperiksaan STAM kali pertama pada tahun 2017.

Pangkat Sijil STAM

Berikut adalah senarai pangkat Sijil STAM

  1. Mumtaz (Cemerlang)
  2. Jayyid Jiddan (Sangat Baik)
  3. Jayyid (Baik)
  4. Maqbul (Lulus)

Pencapaian Pelajar STAM 2017

Berikut adalah pencapaian pelajar mengikut pangkat :-

  1. CEMERLANG : Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) telah meningkat sebanyak 0.4%, iaitu sebanyak 8.8% berbanding 8.4% pada tahun 2016.
  2. SANGAT BAIK : Kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) turut meningkat. Iaitu sebanyak 1.7% iaitu sebanyak 22.6% berbanding 20.9% pada tahun 2016.
  3. BAIK : Bagi kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (Baik), penurunan sebanyak 0.3% dicatatkan. Di mana 31.0% pada tahun 2017 berbanding 31.3% pada tahun 2016.
  4. Jumlah calon yang berjaya memperoleh Gred Mumtaz (Cemerlang) bagi kesemua sepuluh mata pelajaran yang diduduki menurun sebanyak 0.3%. Iaitu 1.0% pada tahun 2017 berbanding 1.3% pada tahun 2016.
  5. Calon yang memperoleh minimum Gred Maqbul (tidak termasuk semua Gred Mumtaz) meningkat sebanyak 2.9% iaitu 68.7% pada tahun 2017. Berbanding 65.78% pada tahun 2016. Bilangan calon yang memperoleh Gred Rasib (Gagal) semua mata pelajaran yang diduduki juga menurun sebanyak 0.6% iaitu 1.5% pada tahun 2017 berbanding 2.0% pada tahun 2016.

Jumlah calon yang berjaya memperoleh sijil STAM bagi tahun 2017 meningkat sebanyak 2.7% iaitu sebanyak 69.7% pada tahun 2017 berbanding 67.0% pada tahun 2016. Pada tahun 2017, calon yang tidak layak dianugerahkan sijil STAM menurun sebanyak 2.7% iaitu 30.3% pada tahun 2017 berbanding 33.0% pada tahun 2016.

Peratus Kelulusan Mata Pelajaran STAM 2017

Bilangan dan peratusan calon yang memperoleh Gred Mumtaz (Cemerlang) hingga Gred Maqbul (Lulus) bagi setiap mata pelajaran untuk tahun 2017 dan tahun 2016 adalah seperti berikut :-

analisis keputusan peperiksaan stam 2017

Maklumat Lanjut Analisa STAM 2019

Untuk mendapatkan analisis lengkap peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2019, sila rujuk kepada Laporan KPM (Akan dikongsikan kemudian).

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada calon pelajar yang berjaya mendapat result peperiksaan STAM 2019 yang cemerlang. Moga anda berjaya menyambung pengajian tinggi anda di Univeristi Tempatan atau Luar Negara yang dihajati.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

Cara pengiraan hibah Tabung Haji

Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH)