in

Analisis Keputusan Peperiksaan UPKK 2019

Analisa Keputusan UPKK 2019 Peratus Kelulusan Setiap Mata Pelajaran. Sudahkah anda membuat semakan keputusan UPKK tahun 2019? Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Berikut dikongsikan analisis keputusan peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa) tahun 2019 buat panduan ibu bapa dan pelajar. Exam UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diduduki oleh murid tahun lima di sekolah yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM. Ianya seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agarma (SRA).

Murid yang telah menduduki UPKK 2019 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka melalui dua kaedah semakan iaitu secara online di semakan.islam.gov.my dan juga menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), mySMS 15888 pada hari Rabu, 18 Disember 2019. Calon juga boleh mendapatkan pernyataan keputusan penuh peperiksaan UPKK di sekolah masing-masing bermula jam 300 petang pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Analisis Keputusan Peperiksaan UPKK tahun ini

Analisa Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019

Berikut dikongsikan analisis keputusan peperiksaan UPKK tahun 2019 yang memaparkan maklumat seperti jumlah calon yang menduduki UPKK, calon mendapat 8A dan kadar lulus mata pelajaran. Untuk makluman, UPKK melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Pelajaran Jawi, Sirah, Adab (Akhlak Islamiah) dan Lughatul Quran (Bahasa Arab).

ANALISIS KEPUTUSAN UPKK TAHUN 2019

  • Tahun kedua, JAKIM menjadikan kemenjadian murid sebagai fokus utama pelaporan peperiksaan UPKK
  • Lapan (8) mata pelajaran  telah diajar kepada murid tahun Lima Kelas KAFA :-
    • Tulisan Jawi & Seni Khat
    • Adab (akhlak islamiah)
    • Ulum Syariah (akidah dan ibadah)
    • Lughatul quran
    • Sirah
    • Al-Quran
    • Amali Solat (Amali 100%)
    • Penghayatan Cara Hidup Islam (Amali 100%)
  • Seramai 229, 031 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPKK pada bulan Oktober 2019 di 4,658 pusat peperiksaan melibatkan seramai 13,302 petugas/ pegawai peperiksaan
  • Keputusan UPKK dilaporkan berdasarkan kepada pencapaian calon itu sendiri dan prestasi mata pelajaran
    • Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai kelas Al-quran dan Fardhu Ain pada kesemua mata pelajaran yang diuji
    • Prestasi mata pelajaran merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran amalan seharian dan nilai yang diukur pada setiap mata pelajaran yang diuji
  • Kemenjadian murid dilihat dalam 3 aspek iaitu boleh menyebut, murid boleh cerita balik dan murid boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan apa yang diajar
  • Kemenjadian murid dilihat dari hasil keberkesanan proses persekolahan secara keseluruhan yang selaras dengan falsafah pengajian KAFA yang bertujuan melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan Sunnah
  • Kemenjadian murid bukan diukur melalui bilangan A atau banyaknya A yang diperolehi oleh mana-mana negeri atau sekolah atau pelajar sebaliknya diterjemahkan melalui amalan cara hidup serta pembudayaan nilai-nilai yang dipelajari di Kelas KAFA dalam kehidupan seharian yang dipantau dan diukur pada setiap waktu pembelajaran melalui sistem pentaksiran berdasarkan sekolah sepanjang masa pengajian.
  • Kadar lulus tertinggi
    • Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) 99.99 peratus
    • Al-Quran 99.86 peratus
  • Peratusan kelulusan mata pelajaran adalah seperti berikut :-
    • Jawi & Seni Khat 93.26 peratus
    • Adab (Akhlak Islamiah) 89.51 peratus
    • Ulum Syariah (akidah dan ibadah) 87.04 peratus
    • Lughatul quran (88.74 peratus)
    • Sirah 86.02 peratus

ANALISIS KEPUTUSAN UPKK 2018

Bermula tahun 2018, JAKIM telah membuat penambahbaikan pada sistem penilaian UPKK yang dijalankan kepada murid Tahun Lima kelas KAFA di mana kemenjadian murid bukan diukur melalui bilangan A. Tetapi ianya diterjemahkan melalui amalan dan cara hidup serta pembudayaan nilai yang dipelajari di kelas KAFA dalam kehidupan seharian.

  • Seramai 220, 011 calon telah menduduki peperiksaan UPKK pada bulan Oktober 2018 di 5,903 pusat peperiksaan melibatkan seramai 12,730 petugas/ pegawai peperiksaan
  • Aspek kemenjadian murid yang menjadi fokus pelaporan telah diterjemahkan dengan kejayaan murid dalam mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dengan kadar lulus yang tertinggi dengan 99.9% diikuti oleh mata pelajaran Al-Quran sebanyak 99.8 peratus kelulusan dicatatkan sekaligus menunjukkan kejayaan murid dalam menguasai ibadat solat, Tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian
  • Peratusan kelulusan mata pelajaran lain adalah seperti berikut :-
    • Jawi dan khat (94.4 peratus)
    • Adab (akhlak islamiah) 90.9 peratus
    • Ulum Syariah (akidah dan ibadah) 87.3 peratus
    • Lughatul quran (85.6 peratus)
    • Sirah 83.1 peratus

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK TAHUN 2017

Berikut dikongsikan analisis keputusan peperiksaan UPKK 2017 seperti dikongsikan dari kenyataan majlis keputusan peperiksaan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sumber : BH online.

i) Jumlah Calon Menduduki Peperiksaan UPKK 2017

  • 204,684 calon

ii) Calon Mendapat Keputusan Cemerlang

Seramai 54,824 calon mendapat semua 8A iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 46,461 calon pada tahun 2016.

  1. 54,824 mendapat 8A
  2. 21,639 calon mendapat 7A
  3. 21,462 mendapat 6A
  4. 23,950 calon lagi mendapat 5A

Perbezaan Dengan Keputusan Tahun 2016

  1. 46,461 calon memperoleh keputusan semua 8A
  2. 22,572 mendapat 7A
  3. 21,774 mendapat 6A
  4. 21,400 (5A)
  5. 18,260 (4A)
  6. 23,359 (3A)
  7. 14,953 (2A)
  8. 9,731 (1A)
  9. 15,748 calon tidak memperoleh sebarang A

iii) Kadar Lulus Matapelajaran : Analisis Keputusan Peperiksaan UPKK

Berikut adalah kadar lulus setiap mata pelajaran dalam peperiksaan UPKK 2017. Kadar kelulusan yang tinggi telah menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

  1. Amali Solat : 99.9 peratus
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) : 99.9 peratus
  3. Al-Quran : 99.7 peratus
  4. Jawi dan Khat : 94.8 peratus
  5. Lughatul Quran : 91 peratus
  6. Adab (Akhlak Islamiah) : 93 peratus
  7. Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) : 85.7 peratus
  8. Sirah : 87 peratus

Maklumat Lanjut Semakan Peperiksaan UPKK 2018

Bermula tahun 2018, keputusan UPKK 2018 akan diumumkan dalam tahun semasa iaitu tahun 2018 juga. Semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga secara dalam talian/ online. Pendaftaran calon kepada bukan warganegara juga akan dibuka mulai tahun ini mengikut syarat di tetapkan.

Adalah jelas yang keputusan peperiksaan UPKK tahun 2018 adalah lebih baik daripada tahun 2017. Mampukah keputusan UPKK 2019 lebih baik dari result terdahulu? Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan UPKK yang cemerlang dan terbaik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Pinjaman YPJ 2017 Online

Permohonan Pinjaman YPJ 2020 Online

Senarai Jawatan Suruhanjaya Pasukan Polis Di SPA

Senarai Jawatan Suruhanjaya Pasukan Polis Di SPA