in

Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 2019

Analisa Keputusan Peperiksaan UPSR 2019. Tahniah kepada pelajar Tahun 6 2019 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR tahun 2019. Berikut adalah Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 2019 yang melibatkan seramai 445, 641 orang pelajar Tahun Enam pada peperiksaan yang diadakan pada 4 hingga 5 dan 10 hingga 12 September 2019.

Buat panduan ibu bapa/ pelajar, calon UPSR boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada tarikh keputusan peperiksaan diumumkan pada 21 November 2019. Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR menerusi MySMS 15888. Perkhidmatan semakan SMS UPSR akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 21 November sehingga jam 6 petang 27 November 2019.

Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

KPM telah memutuskan bahawa keberhasilan utama pendidikan Malaysia dilihat daripada dua perspektif penting dalam PPPM 2013-2025, iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid.  Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan dan bukan lagi difokuskan kepada Gred Purata yang dijana daripada keputusan UPSR. Kualiti murid dilihat dari segi pencapaian akademik dengan tahap penguasaan minimum dalam UPSR.

Mulai tahun 2017, KPM mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun. Pelaporan kejayaan murid sekolah rendah yang lebih menyeluruh dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus kepada keputusan UPSR, malah melaporkan secara formal tentang profil murid dari segi kecerdasan semula jadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah, dan kecergasan, tahap kesihatan serta pelibatan dalam aktiviti luar bilik darjah.

Aspek kejayaan murid ini diperlihatkan melalui laporan yang lebih menyeluruh di namakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah.

Untuk makluman ibu bapa, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah bukan dibuat berdasarkan kepada keputusan UPSR semata-mata. Sebaliknya ianya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

  1. Pentaksiran bilik darjah (PBD)
  2. PAJSK – pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
  3. Pentaksiran psikometrik (PPsi)

Pelaporan sekaligus tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan.

Sebagai rujukan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menilai pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di samping Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). UPSR berperanan sebagai checkpoint untuk mengukur kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul selama enam tahun di sekolah rendah.

Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR 2019

  • Pencapaian calon UPSR tahun 2019 yang memperoleh sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum meningkat sebanyak 2.95% berbanding tahun 2018. Peningkatan  pencapaian calon juga boleh dilihat dengan pengurangan peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu gred E dalam semua mata pelajaran  sebanyak 1.17% berbanding 1.37% pada tahun 2018.
  • Peratusan calon yang mendapat semua A pada tahun ini telah meningkat sebanyak 0.09% berbanding tahun 2018

Analisis Prestasi Mata Pelajaran UPSR Mengikut Gred Tahun 2019 Berbanding Tahun 2018 adalah seperti jadual berikut :-

analisa keputusan upsr ikut subjekPelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang lengkap boleh dirujuk dan di muat turun di KPM.

Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR 2018

Berikut adalah maklumat ringkas Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR 2018. Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR tahun 2018. Peperiksaan telah diadakan pada 20 dan 24 hingga 27 September 2018 di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara.

  1. Peratusan calon yang mencapai penguasaan minimum adalah berkurang 0.7 peratus iaitu 67.4 peratus, berbanding 68.13% peratus calon pada 2017.
  2. % calon yang belum mencapai tahap penguasaaan minimum iaitu sekurang-kurangnya satu gred E meningkat 0.91 peratus iaitu 30.32 peratus pada 2017 berbanding 31.23 peratus pada tahun 2018.
  3. Peratusan calon belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu Gred E dalam semua mata pelajaran turun 0.18 peratus iaitu 1.37 peratus pada tahun 2018 berbanding 1.55 peratus pada 2017
  4. Seramai 2.1 peratus calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 mendapat semua A. Merupakan sedikit peningkatan iaitu 2.08 peratus pada tahun 2017.
  5. Sebanyak 2.61 peratus murid mendapat maksimum 1B pada tahun 2018. Ianya merupakan kenaikan daripada 2.54 peratus murid tahun 2017.
  6. 7.55 peratus murid mendapat minimum 2B tahun ini meningkat 0.05 peratus daripada 7.50 peratus murid tahun 2017
  7. 19.66 peratus murid mendapat minimum 1C tahun ini, menurun daripada 20.71 peratus tahun lalu.
  8. Sebanyak 35.48 peratus mendapat minimum 1D tahun ini meningkat sedikit daripada 35.31 peratus tahun 2017.
  9. Calon yang mendapat minimum 1E meningkat 0.93 peratus. Dari 30.18 peratus pada 2017 kepada 31.11 peratus tahun 2018.
  10. Calon yang mendapat semua E adalah 1.37 peratus. Berbanding 1.55 peratus tahun 2017, penuurunan sebanyak 0.18 peratus

Tahniah sekali lagi diucapkan buat pelajar Tahun Enam yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selamat menempuh alam persekolahan menengah yang lebih mencabar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tema Maulidur Rasul 2017 Dan Tarikh Sambutan

Tema Maulidur Rasul 2019 Dan Tarikh Sambutan

Permohonan SMA Terengganu 2018 online

Permohonan SMA Terengganu 2020 SMANT Online