Apa Itu Sijil UEC? Unified Examination Certificate (Sijil Peperiksaan Bersama), kontroversi pengiktirafan & kesan ke atas sistem pendidikan

Apa Itu Sijil UEC? Unified Examination Certificate

Unified Examination Certificate atau ringkasnya Sijil UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) iaitu Sijil Lepasan Sekolah Menengah Cina persendirian sedang hangat diperdebatkan pada ketika ini. Walaupun dilanda kontroversi dan ditentang oleh banyak pihak. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Apa itu sijil UEC?

Pakatan Harapan (PH) melalui Manifesto mereka pada pilihan raya umum ke 14 tahun 2018 akan mengiktiraf UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (UA/ IPTA) dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Untuk tujuan ini, sijil akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA. Dan untuk Manifesto PRU15 tahun 2022 juga, PH (Harapan) di bawah tajuk Reformasi Pendidikan akan meneruskan usaha untuk Pengiktirafan Sijil UEC. Rujuk Tawaran Harapan untuk membaca maklumat selanjutnya.

Apa Itu Sijil UEC? Unified Examination Certificate (Sijil Peperiksaan Bersama)

Apa Itu Sijil UEC (Sijil Peperiksaan Bersama)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sijil Unified Examination Certificate (Sijil Peperiksaan Bersama) buat rujukan semua. Isu UEC adalah merupakan isu pendidikan dan bukanlah isu kaum atau melibatkan politik.

Sijil UEC adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh badan persendirian menerusi Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina.

Sukatan mata pelajaran UEC adalah berasal sepenuhnya dari Taiwan dan ianya dikelolakan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Menurut Dong Zong, Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) merupakan suatu peperiksaan yang dijalankan di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di Malaysia. Sijil yang diberikan bagi peperiksaan tersebut ialah Sijil Peperiksaan Bersama. Nama singkatkan bagi sijil tersebut ialah “UEC” (Unified Examination Certificate). Penggal pertama UEC diadakan adalah pada tahun 1975, pada tahun 2018 UEC telah menjangkaui penggal yang ke-44.

Jumlah kumulatif pelajar UEC adalah seramai 645,699 orang, antaranya meliputi 252,705 orang dari menengah tinggi, 384,356 orang dari menengah rendah, dan 8,638 orang dari teknik dan vokasional.

Apakah Objektif UEC diadakan?

Objektif-objektif UEC diadakan adalah:-

1. untuk menyeragamkan pentaksiran pencapaian akademik bagi setiap Sekolah Menengah Persendirian Cina;

2. untuk mewujudkan keadaan yang baik bagi pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina melanjutkan pelajaran dan mendapatkan peluang pekerjaan yang baik;

3. untuk bukti pencapaian akademik bagi memohon kemasukan universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi luar negara;

4. untuk bukti pencapaian akademik bagi memohon kerja di pasaran

 JULAI 2021

Pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini layak untuk menyertai program latihan guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Laman Facebook Rasmi, berkongsi satu poster yang memaparkan tawaran dari KPM bagi pelajar lepasan SPM untuk mengikuti Program PISMP Fasa 2 seperti berikut :-

pismp fasa 2

MAC 2019 : UEC DIKTIRAF UNTUK PEPERIKSAAN PSAG

Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tommy Thomas, dalam mesyuarat pada 8 Mac 2019. Memaklumkan bahawa PSAG akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 bermula 1 Januari 2021

1. Kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP)

2. Syarat menduduki PSAG bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / O-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama

3. Syarat ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018. Untuk mengelak apa-apa kekeliruan, adalah perlu ditekankan bahawa 1 Jan 2021. Semua pelajar sama ada pemegang UEC Certificate atau kelayakan lain yang diiktiraf, yang ingin menduduki peperiksaan CLP. Hendaklah memenuhi syarat lima kepujian di peringkat SPM / O-Levels / setaraf, dan kelulusan yang berkenaan di peringkat STPM / UEC / A-Levels / setaraf yang telah diperolehi dalam satu peperiksaan yang sama

4. semua syarat yang lain adalah kekal terpakai sebagaimana dinyatakan dalam “Garis Panduan Baharu Kelayakan dan Syarat Untuk Layak Menduduki Peperiksaan CLP (Ijazah Undang-Undang dari United Kingdom) dan Garis Panduan Kelayakan dan Syarat Pengiktirafan Pemegang ijazah Undang-Undang dari Australia dan New Zealand Untuk Layak Mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976

5.  Perubahan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pelbagai cadangan daripada ramai orang dan pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom (UK) mengenai pe­nerimaan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. SUMBER

Syarat Kelayakan Permohonan Program DPLI

  • 1. UEC merupakan satu Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate/ UEC) yang diwujudkan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975 dan digunakan di Sekolah Persendirian Cina di Malaysia
  • UEC diwujudkan apabila bantuan kerajaan dihentikan kerana lembaga sekolah tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti di sekolah-sekolah awam
  • 2. Silibus UEC berasal dari Taiwan secara sepenuhnya dan dikelolakan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Namun, silibus yang diguna pakai di sekolah-sekolah persendirian Cina adalah bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara
  • 3. Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC)
  • 4. Bahasa Cina  (Bahasa Mandarin) merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan
  • 5. Kesukaran UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.

Maklumat Lanjut

  • 1. Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di sini
  • 2. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/ Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.
  • 3. UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan untuk kebanyakkan universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia
  • 4.  Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengiktiraf Sijil ini. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan tersebut.

Sumber : Wikipedia

Kenyataan Media Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)

Berikut adalah kenyataan media oleh Menteri Pendidikan berkaitan isu Sijil ini yang disiarkan pada 15 Julai 2018 di Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi.

  • Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Berkenaan isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), saya ingin menekankan di sini bahawa seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC.Pengiktirafan UEC adalah salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) dan sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian Rakyat Malaysia. Justeru, pandangan daripada pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kemneterian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya.Sekali lagi, saya ingin menekankan bahawa apa sahaja keputusan yang kita ambil berkenaan pengiktirafan UEC ini, ia akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa mengugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  • YB Dr Maszlee Malik
  • Menteri Pendidikan Malaysia
    15 Julai 2018

Berikut adalah janji Pakatan Harapan dalam Manifesto mereka pada PRU 14 iaitu :-

Janji 50: Mengembalikan Wibawa Universiti Awam Dan Pengajian Tinggi

  • UEC telah diterima untuk kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti terkemuka di luar negara. Bermula pada tahun 2004, sijil ini telah diiktiraf untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia.
  • Pada tahun 2010, sijil juga telah diterima untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Cina) di Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan.
  • Namun, sehingga kini sijil ini masih belum diiktiraf untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam tempatan

Menurut Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong melalui Utusan, kesan jika UEC diiktiraf dalam sistem pendidikan negara adalah seperti berikut :-

Kesan Jika UEC Diiktiraf

  • Ianya sa­ngat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Jangan khianati golongan seperti ini.
  • Keduanya, pengiktirafan UEC akan mewujudkan contoh terdahulu seperti peperiksaan lain G.C.E A Level yang telah me­nerima desakan serupa. Maka kemungkinan akan ada lagi desakan lain demi kepentingan pihak tertentu
  • Di samping itu, jika kerajaan mengiktiraf sesuatu perkara yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ianya boleh di ibarat seperti ‘menyusu kera di hutan, anak sendiri kelaparan’. Ini tidak adil kepada mereka yang bergelumang dengan sistem yang telah dicemuh banyak pihak sebelum ini.
  • Dalam erti kata lain, jika UEC diiktiraf ia umpama satu bentuk penderhakaan kepada rakyat.

Kesan lain jika ianya diiktiraf adalah seperti berikut :-

Kesan Lain Jika UEC Diiktiraf

  • 1. Pengiktirafan hanya akan meneruskan sistem dua aliran pendidikan yang berbeza dan menyumbang kepada pemisahan ideologi, cara hidup dan pergaulan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
  • 2. Boleh menimbulkan tuntutan kaum lain untuk sijil daripada sekolah vernakular mereka diterima. Juga memberi ruang kepada pihak tertentu untuk menuntut supaya sijil luar lain turut diiktiraf kerajaan
  • 3. Tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Semoga pihak Kerajaan dan KPM dapat memikirkan dengan teliti pengikitirafan Sijil Unified Examination Certificate (Sijil Peperiksaan Bersepadu). Agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *