Awal Muharram bakal tiba lagi menemui kita semua. Muharram adalah bulan pertama dalam Kalendar Islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2019 bersamaan dengan 1441H adalah pada hari Ahad, 1 September 2019 yang merupakan hari cuti umum. Sempena dengan kedatangan Tahun baru Islam 1441 Hijrah atau Awal Muharram, berikut dikongsikan Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah sebagai panduan buat umat Islam semua. Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera” di mana pada tahun sebelumnya adalah “Menyantuni Ummah Membawa Berkat”.
Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yang lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.
Awal Muharram
Amalan yang biasa dilakukan sewaktu menyanbut ketibaan bulan Muharram adalah membaca doa akhir dan awal tahun. Selain itu, di antara kemulian bulan-bulan haram ini termasuk bulan Muharram adalah disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?
Maka jawab Nabi: Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram). Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai’e dan Ibn Majah.
Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Beserta Maksud
Berikut dikongsikan bacaan doa sempena kedatangan tahun baru Islam 1441 Hijrah.
- Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (petang Sabtu, 31 Ogos 2019)
- Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram (Waktu Maghrib Sabtu, 31 Ogos 2019)
NOTA : Berdasarkan kepada Kalendar Islam, pertukaran tahun hijrah adalah bermula selepas masuknya waktu Maghrib
BACAAN DOA AKHIR TAHUN HIJRAH | |||
Ianya dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah | |||
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: | |||
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” | |||
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH | |||
![]() | |||
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH (BAHASA MELAYU) | |||
![]() | |||
VIDEO BACAAN DOA AKHIR TAHUN HIJRAH | |||
Doa Awal Tahun
Sementara itu, Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”
BACAAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH | |||
DOA AWAL TAHUN HIJRAH | |||
![]() | |||
DOA AWAL TAHUN HIJRAH (BAHASA MELAYU) | |||
![]() | |||
VIDEO BACAAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH | |||
SUMBER : Facebook Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Selamat Tahun Baru Hijrah dan Salam Maal Hijrah 1441H. Semoga perkongsian Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah bermanfaat buat semua.