in

BR1M Mansuh Dan Digantikan Dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah mengumumkan beberapa perkara penting dan menarik buat rakyat pada sidang media Perdana Menteri selepas Mesyuarat Kabinet pada 30 Mei 2018. Untuk makluman, Bantuan Sara Hidup Rakyat atau BSH akan menggantikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dengan bantuan akan diteruskan untuk jumlah yang sama. Syarat kelayakan untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup akan dikaji semula pada masa akan datang.

Selain itu, berita baik buat penjawat awam serta pesara kerajaan di mana kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Raya sebanyak RM400 HANYA untuk kakitangan awam bergred 41 ke bawah dan RM200 buat pesara kerajaan menjelang Aidilfitri 2018. Tarikh pembayaran bonus akan diumumkan pada taklimat khas oleh Kementerian Kewangan yang akan diadakan pada Khamis, 31 Mei 2018.

Bantuan Sara Hidup Rakyat Ganti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)

BR1M Dimansuhkan Dan Diganti Dengan Bantuan Sara Hidup

Berikut adalah intipati penting sidang media Perdana Menteri, Tun Mahathir pada 30 Mei 2018 :-

  1. Kabinet bersetuju untuk meneruskan skim bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah. Bantuan Sara Hidup akan menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan jumlah pembayaran yang sama dan bakal diagihkan bermula 6 Jun 2018
  2. Pembayaran bonus Aidilfitri sebanyak RM400 untuk kakitangan awam gred 41 dan kebawah serta RM200 untuk Pesara Kerajaan
  3. Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel kekal manakala RON97 akan diapungkan dan harga adalah bergantung kepada harga pasaran semasa

Selain itu, Perdana Menteri juga ada menyentuh perkara berikut :-

  1. Semua konsesi lebuh raya di Malaysia akan memberikan potongan harga sebanyak 50 peratus. Iaitu 2 hari sebelum raya bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri
  2. Rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan sebanyak 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di Russia dimana 27 perlawanan bakal disiarkan secara langsung (Live) dan 14 secara tertangguh
  3. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan mula berkuatkuasa pada 1 September 2018
  4. Program PERMATA akan diteruskan tetapi dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan Malaysia
  5. Laluan MRT3 (Fasa Tiga) tidak diteruskan
  6. Projek ECRL masih belum batal dan masih dalam kajian
  7. Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi
  8. Majlis Penasihat Pertanian akan ditubuhkan oleh kerajaan
  9. Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk menerima bantuan rakyat membayar hutang negara. Derma daripada orang ramai ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan
  10. Biro Tata Negara (BTN) sedang dikaji
  11. Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya akan dilaksanakan
  12. Sayangi Malaysiaku adalah Tema Hari Kebangsaan tahun 2018
  13. Segala janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum 14 akan cuba ditunaikan dalam tempoh 100 hari dengan mengambil kira keadaan kewangan negara agar tidak menjejaskan pentadbiran negara

Semoga pemberian Bantuan Sara Hidup Rakyat dapat dimanfaatkan oleh penerima yang berkelayakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tarikh Pembayaran Bonus 2018 (Bayaran Khas)

Tarikh Pembayaran Bonus 2018 (Bayaran Khas)

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 (BSH)