in

Bila Dapat Duit BR1M 2018 Tarikh Masuk Akaun

Pemohon BR1M 2018 yang diluluskan permohonannya pasti gembira dan sudah tentu bertanya bila dapat duit BR1M dalam akaun mereka? Jadual tarikh pembayaran BR1M 2018 telahpun dikeluarkan oleh Portal Rasmi e-BR1M namun tarikh rasmi masih belum diumumkan lagi. Tarikh pembayaran tahun 2018 adalah bermula dari bulan Februari untuk ansuran pembayaran pertama. Pembayaran kedua dan ketiga adalah pada bulan Jun dan Ogos 2018.

Kategori bujang akan menerima pembayaran mereka sekali sahaja pada bulan Februari 2018. Untuk 2 kategori lain iaitu kategori isi rumah, pembayaran adalah sebanyak 3 kali ansuran iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018. Jumlah bayaran bantuan BR1M 2018 untuk semua kategori penerima adalah dari RM450 sehingga maksimum RM1,200 bergantung kepada kategori penerima.

Bila Dapat Duit BR1M 2018 Tarikh Masuk Akaun

Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Untuk makluman, tarikh pendaftaran baru dan kemaskini BR1M tahun 2018 adalah dari 27 November sehingga 25 Januari 2018. Semakan status BR1M permohonan boleh dibuat secara online melalui MyBR1M dan juga secara manual di kaunter LHDN serta melalui applikasi telefon pintar.

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Bila Dapat Duit BR1M 2018 Tarikh Masuk Akaun. Jadual bayaran telah dikeluarkan oleh Portal eBR1M namun tarikh rasmi pembayaran bantuan hanya akan dikongsikan selepas makluman dari Portal e-BR1M.

Bila Dapat Duit BR1M Tahun 2018 Mengikut Kategori

Berikut dikongsikan jadual tarikh bayaran BR1M tahun 2018 mengikut kategori beserta jumlah bantuan yang bakal pemohon akan terima. Terdapat 3 kategori penerima dan jumah bayaran bantuan adalah dari RM450 sehingga RM1,200.

  • Pembayaran Fasa 1 BR1M adalah bermula dari 26 Februari 2018 (Hari Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK/ SDO
  • Permohonan yang lulus tetapi status pengkreditan adalah Gagal Kredit, penunaian hanya boleh dibuat di Cawangan BSN bermula 27 Mac 2018

1. Kategori 1 : Individu Bujang

Pendapatan Bawah RM2k dengan Jumlah Bantuan sebanyak RM450

  • Februari 2018 : RM450 (Bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat)

2. Kategori 2 : Isi Rumah

Penerima kategori ini adalah mereka yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan. Jumlah Bantuan yang bakal diberikan adalah sebanyak RM900 iaitu RM300 setaiap ansuran bayaran

  • Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Bermula 26 Feb 2018 secara berperingkat)
  • Kedua : RM300 : Mulai 6 Jun 2018
  • Ansuran Ketiga : RM300 : 15 Ogos 2018

3. Kategori 3 : Isi Rumah

Kategori ketiga adalah mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM3k, Jumlah bantuan akan diterima adalah sebanyak RM1,200 (Bayaran RM400 setiap ansuran)

  • Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Bermula 26/2/2018 secara berperingkat)
  • Kedua : RM400 : Mulai 6 Jun 2018
  • Ansuran Ketiga : RM400 : 15 Ogos 2018

Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik di bawah ini.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Duit Masuk

ATAU

Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online

ATAU JIKA BN MENANG PRU14

bayaran brim 2018 naik dan kategori baru

Cara Pembayaran BR1M

Berikut dikongsikan cara atau kaedah pembayaran BR1M 2018 yang boleh dipilih oleh penerima bantuan semasa mengisi borang permohonan atau semasa membuat kemaskini borang:-

i) Akaun Bank

  • Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

ii) Baucar BR1M

  • Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Senarai Bank Untuk Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah senarai bank yang terlibat untuk pembayaran BR1M. Mereka yang terlibat adalah pemohon yang menyatakan kaedah bayaran melalui bank sebagai pilihan untuk menerima bayaran.

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Maklumat Lanjut BR1M 2018

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan BR1M 2018 termasuk rayuan, kemaskini dan tarikh bayaran termasuk Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK), anda boleh menghubungi maklumat berikut:-

i) Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

ii) Hotline BR1M LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

iii) Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

iv) e-Mel

  • br1m@treasury.gov.my

v) Portal Rasmi e-BR1M

  • https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Bila Dapat Duit BR1M tahun 2018 iaitu Tarikh Masuk duit ke Akaun boleh dijadikan panduan buat para penerma bantuan BR1M. Tahniah dan gunakan bantuan dengan berhemah ketika ekonomi negara berada dalam keadaan tidak menentu kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UPU Online 2018 Borang Permohonan Masuk U

UPU Online 2018 Borang Permohonan Masuk U

Analisis Keputusan Peperiksaan UPKK 2017

Analisis Keputusan Peperiksaan UPKK 2018