in

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018 (Download)

Tarikh Dan Download Borang Rayuan BR1M 2018. Anda sudah membuat semakan status permohonan BR1M anda? Perhatian buat pemohon yang gagal atau tidak membuat pengemaskinian permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018. Mereka yang terlibat termasuk permohonan ditangguhkan boleh membuat rayuan BR1M pada bulan April sehingga Mei 2018. Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di cawangan LHDNM melalui pengisian Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018 secara manual (BK-07).dan hanya pemohon tertentu sahaja seperti yang diksenaraikan di bawah ini boleh mengemukakan rayuan secara online

Untuk makluman, proses verifikasi permohonan akan dibuat oleh agensi kerajaan yang berkaitan dalam menentukan permohonan seseorang itu lulus atau tidak seterusnya samada layak menerima bayaran BR1M atau tidak. Permohonan Rayuan BR1M boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan.

Borang Permohonan Rayuan BR1M

Panduan Permohonan Rayuan BR1M 2018 (Bantuan Rakyat 1Malaysia)

Berikut dikongsikan cara membuat rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meliputi tarikh rayuan, kaedah rayuan, muat turun atau download borang BK-07 dan salinan dokumen yang diperlukan.

Kaedah Rayuan BR1M 2018

i) Hadir Ke Cawangan LHDNM : Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari tarikh 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 dan tertakluk pada pindaan. Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa oleh pemohon semasa tempoh rayuan adalah seperti berikut :-

ii) Permohonan Rayuan BR1M 2018 Secara Online : Rayuan secara dalam talian boleh dibuat mulai 13 April 2018 (Jumaat) hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Maklumat lanjut status tidak lulus yang dibenarkan (senarai kod dan alasan) adalah :-

  1. 05 : Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. 06 : Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
  3. 07 : Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
  4. 14 : Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
  5. 15 Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000

Untuk pemohon yang mempunyai status tidak lulus selain di atas adalah dikehendaki untuk membuat rayuan di Cawangan LHDNM.

Dokumen Sokongan

Untuk makluman, rayuan BR1M tidak boleh dibuat secara online untuk alasan tidak lulus tertentu kerana pemohon perlu menyertakan beberapa salinan dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji, surat status perkahwinan dan salinan MyKad pasangan/ tanggungan terkini bagi menyokong permohonan rayuan mereka.

Mereka yang gagal atau permohonan ditangguhkan perlu mengisi borang rayuan BK-07 beserta dengan dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang boleh dikemukakan melalui cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan. Dengan menggunakan borang yang sama juga, penerima sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat seperti nombor akaun, maklumat waris dan surat menyurat boleh berbuat demikian sepanjang tempoh permohonan rayuan dibuka.

  • Permohonan ditangguhkan adalah permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2018 kerana pemohon tidak membuat kemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2015 hingga BR1M 2017. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon membuat kemaskini maklumat permohonan.

Tarikh Rayuan BR1M 2018

Menurut FAQ semakan status BR1M 2018, tarikh permohonan rayuan BR1M adalah seperti berikut:-

  • 2018 : 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018

Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh permohonan rayuan tahun-tahun yang lepas :-

  • 2017 : 3 April sehingga 31 Mei 2017
  • 2016 : 15 Mac hingga 15 April 2016

Download Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Permohonan Rayuan adalah melalui Borang Rayuan secara manual.

Pautan Muat Turun Borang BK-07

Contoh paparan muka Borang Rayuan BK-07

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Dokumen Yang Perlu Disertakan Beserta Borang Permohonan Rayuan BR1M

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:-

  • Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);

ATAU

  • Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);

DAN

  • Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;

ATAU

  • Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Nota

Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan.

Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1M

Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan untuk membuat atau menghantar borang permohonan rayuan BR1M. Berikut adalah waktu operasi Kaunter BR1M :-

  • Hari Bekerja : Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang dan Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Cawangan LHDN yang bekerja pada hari Ahad sehingga hari Khamis, waktu operasi di kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang
  • Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM

Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018 (Download)

Maklumat Lanjut Borang Permohonan Rayuan BR1M

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan rayuan BR1M 2018, anda boleh hubungi nombor dan maklumat yang tertera di bawah:

  1. Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565, 03-8882 45661
  2. Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716 (Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang)
  3. e-Mel : br1m@treasury.gov.my
  4. Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933
  5. Sekretariat BR1M
    • Pejabat Belanjawan Negara
      Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
      Presint 2, 65292 Putrajaya
  6. Laman Web : https://ebr1m.hasil.gov.my/

Selamat membuat rayuan menggunakan Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018 BK-07. Moga permohonan rayuan anda berjaya sekaligus anda layak menerima bantuan Rakyat 1Malaysia.

MANIFESTO BARISAN NASIONAL UNTUK PRU14 TAHUN 2018

Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April 2018 telah mengumumkan berita gembira buat penerima BR1M jika BN terus memimpin
1. Jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dinaikkan kepada semua penerima sedia ada manakala tambahan satu kategori baru penerima akan diwujudkan
2. Bantuan untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM800 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,000 (RM400 + RM800 + RM800)
3. Isi rumah berpendapatan di antara RM3,000 hingga RM4,000, pembayaran pada Jun dan Ogos 2018 akan dinaikkan masing-masing kepada RM600, jumlah pemberian BR1M dari RM900 meningkat kepada RM1,500 (RM300 + RM600 + RM600)
4. Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, BR1M yang dibayar RM450 pada Februari lalu akan ditambah RM150 menjadi RM600 (RM450 + RM150)
5. Kategori baharu adalah isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Penerima baharu akan menerima bayaran berjumlah RM700 yang dibayar pada Jun dan Ogos 2018
6. Bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan IPG 2018 online pismp

Permohonan IPG 2018 Online PISMP Lepasan SPM

geran rm2000 bagi pelajar kursus kemahiran di negeri johor

Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018