Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024, Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan Form 6 boleh membuat rayuan dengan memuat turun Borang Rayuan Tingkatan 6 melalui Portal KPM mengikut kategori rayuan Borang T6BRU, T6BKK, T6BCP & T6BRTJ dan hantar ke Pengetua/ JPN

Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 2024 (Form 6)

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sesi 2023/ 2024. Umum pelajar sedia maklum yang nama yang layak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 (Form 6) sesi 2023-2024 akan diumumkan pada 3 Julai 2023. Pelajar yang gagal mendapat tawaran tidak perlu risau. Anda boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang permohonan rayuan Tingkatan 6 yang dikongsikan di bawah ini.

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 perlu dibuat dengan mengikuti panduan serta langkah-langkah yang telah ditetapkan di dalam borang serta perlu dipohon dalam tempoh tarikh rayuan.

borang permohonan rayuan tingkatan 6 2019

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 (Enam) Sesi 2023-2024

Adalah dimaklumkan yang kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2023 adalah secara tawaran oleh KPM. Pelajar tidak perlu membuat permohonan kerana pelajar yang berkelayakan akan ditawarkan secara automatik. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini setelah dimaklumkan

Diantara syarat am kemasukan ke Form 6 Sekolah Kerajaan adalah seperti berikut :-

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2022

Pelajar yang ingin mengetahui samada layak atau tidak masuk ke Tingkatan 6 boleh membuat checking secara online di Applikasi T6 bermula dari 3 Julai 2023. Pelajar yang gagal mendapat tawaran boleh membuat permohonan rayuan.

  • Tarikh Rayuan : 3 Julai 2023 hingga 17 Julai 2023
  • 2022 : 7 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022
  • 2021 : Bermula 5 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021
  • 2020 : Bermula 1 Julai 2020 sehingga 14 Julai 2020

Panduan Dan Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2023

Terdapat tiga kategori borang rayuan Tingkatan 6 dan perlu memuat turun/ download borang dan seterusnya mengisi borang rayuan selengkapnya.

  • Rayuan boleh dibuat secara atas talian di pautan SST6 KPM
  • Permohonan juga boleh dibuat secara manual untuk borang tertentu seperti dikongsikan di bawah

Senarai Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6

Berikut adalah jenis rayuan kemasukan Tingkatan 6 mengikut kategori calon bagi tahun 2023

Senarai kategori borang rayuan dan panduan cara membuat rayuan adalah seperti berikut :-

i) Borang T6BRU (Rayuan Umum)

Calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 boleh memuat turun borang T6BRU dalam talian https://sst6.moe.gov.my/ dengan melengkapkan borang T6BRU mulai 3 hingga 17 Julai 2023 kecuali calon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian.

Calon yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 disebabkan gagal memperoleh gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2022, tetapi berjaya mendapat kepujian tersebut dalam peperiksaan SPM Ulangan boleh membuat rayuan.

Calon boleh membuat rayuan untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023 ke JPN/PPD berkenaan dengan menggunakan borang T6BRU mulai 3 Julai 2023.

Umur calon adalah seperti yang ditetapkan dalam syarat am.

Semua rayuan yang diterima lewat dari tarikh 17 Julai 2023 tidak akan dipertimbangkan. Kelulusan permohonan adalah tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

Panduan Mengisi Borang T6BRU

Borang T6BRU (LAMPIRAN 4) ini adalah untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2023.

Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

  • a. Keputusan peperiksaan SPM;
  • b. Sijil kelahiran;
  • c. Kad pengenalan/pasport;
  • d. Sijil berhenti sekolah; dan
  • e. Bil utiliti.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 17 Julai 2023.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • a. Lulus dalam peperiksaan SPM dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
  • b. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain, kecuali murid berkeperluan khas (MBK); dan
  • c. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.

Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan

ii) Borang T6BKK (Pencapaian Kokurikulum)

Untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam (berdasarkan pencapaian kokurikulum) kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Pertimbangan kelonggaran syarat akan hanya mengambil kira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis (merujuk kepada markah kokurikulum).

Borang ini hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

  • a. Keputusan peperiksaan SPM 2022;
  • b. Sijil kelahiran;
  • c. Kad pengenalan/pasport;
  • d. Sijil berhenti sekolah;
  • e. Pelaporan PAJSK; dan
  • f. Dokumen lain yang berkenaan.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • a. Lulus dalam peperiksaan SPM 2022 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
  • b. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
  • c. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am

iii) Borang T6BCP (Calon Persendirian/ Swasta/ SMA)

T6BCP adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan

Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

  • a. Keputusan peperiksaan SPM 2022;
  • b. Sijil kelahiran;
  • c. Kad pengenalan/pasport;
  • d. Sijil berhenti sekolah;
  • e. Sijil-sijil persekolahan peringkat menengah; dan
  • f. Bil utiliti.

Borang ini hendaklah dikembalikan ke JPN/ PPD yang berkenaan

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2022 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
  2. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
  3. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN/PPD kepadasemua calon melalui emel atau medium yang bersesuaian. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak

Untuk menukar jurusan, pelajar perlu mengisi Borang T6BRTJ

iv) Borang T6BRTJ (Tukar Bidang)

Untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  1. a. Keputusan peperiksaan SPM 2022;
  2. b. Inventori minat kerjaya; dan
  3. c. Dokumen yang berkaitan.

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada JPN/PPD dengan mendapat perakuan pengetua Kolej/ Pusat Tingkatan Enam yang ditempatkan.

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 17 Julai 2023 dan kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh JPN kepada semua murid melalui Kolej/ Pusat Tingkatan Enam masing-masing. Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023.

Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan

Muat Turun/ Download Borang Permohonan Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2023

Untuk panduan lengkap cara mengisi borang dan cara memuat turun borang berkaitan, sila rujuk kepada pautan berikut :-

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan borang permohonan rayuan Tingkatan 6 2023, pelajar boleh merujuk kepada panduan rayuan dan Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 seperti berikut :-

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 2023. Kepada yang gagal jangan berputus asa. Buatlah rayuan dengan menggunakan borang permohonan rayuan Tingkatan 6 2023. Semoga anda juga berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 yang diidamkan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *