in

BR1M 2018 Pendaftaran Semakan Rayuan Bayaran

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 (BR1M 2018). Berikut dikongsikan maklumat dan panduan BR1M 2018 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) meliputi maklumat berkaitan pendaftaran baru dan kemaskini BRIM, semakan status, permohonan rayuan dan tarikh pembayaran. BR1M adalah satu program wang tunai sekali beri yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ianya adalah suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya

Bantuan Rakyat telah memanfaatkan seramai 7 juta penerima melibatkan dari golongan berpendapatan rendah kategori isi rumah dan individu bujang. Jumlah bantuan telah dinaikkan setiap tahun sejak 2012, namun tiada kenaikan bayaran untuk BR1M 2018. Kadar maksimum pemberian BR1M adalah sebanyak RM1,200 dengan peruntukkan keseluruhan bantuan berjumlah RM6.8 billion.

BR1M 2018 Pendaftaran Semakan Rayuan Bayaran

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 (BR1M)

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat berkaitan BR1M 2018 yang memaparkan maklumat kemaskini dan pendaftaran, semakan status bantuan, permohonan rayuan dan jadual pembayaran BR1M. Pengguna adalah disarankan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi e-BR1M dalam mendapatkan informasi terkini berkaitan BRIM.

A. Pendaftaran Baru Dan Kemaskini BR1M 2018 Secara Online Dan Manual

Untuk makluman, tarikh permohonan baru BR1M tahun 2018 dan kemaskini borang adalah dari 27 November sehingga 31 Disember 2017. Tempoh pendaftaran BR1M kini telah dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis).

i) Permohonan Baru

Mereka yang tergolong dalam kategori berikut perlu membuat pendaftaran baru bagi membolehkan permohonan diproses.

  1. Mereka yang belum permohonan membuat permohonan BRIM
  2. Pasangan penerima BR1M tahun 2017 yang meninggal dunia
  3. Pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas

Untuk membuat pendaftaran atau permohonan baru, pemohon perlu melayari Portal Rasmi e-BR1M

Borang permohonan secara manual  boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN. Pemohon juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan di Portal Rasmi BR1M di pautan :-

ii) Syarat Kelayakan BRIM

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

iii) Kemaskini BR1M 2018

Pengemaskinian BRIM dalah untuk penerima sedia ada. Kemaskini permohonan perlu dibuat :-

  1. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat peribadi seperti alamat, no telefon dan sebagainya.
  2. Kemaskini permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Terdapat 2 kaedah dalam membuat kemaskini BR1M iaitu secara atas talian/ online atau secara manual di kaunter BR1M Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakan permohonan ditolak, Cara kemaskini secara online adalah melalui MYBR1M.

  1. Pilih menu My BR1M
  2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
  3. Klik butang Log Masuk

B. Semakan Status BR1M 2018 : Permohonan Baru Dan Rayuan

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh mengetahui status BRIM mereka secara online dan manual.

Umum sedia maklum yang keputusan status permohonan BR1M akan mengambil sedikit masa. Ianya disebabkan maklumat pemohon akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan daripada agensi yang terlibat seperti berikut :-

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
  4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Kumpulan Wang Persaraan
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  9. Kementerian Luar Negeri
  10. Jabatan Agama Islam Negeri
  11. Kementerian Pendidikan Tinggi
  12. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Semakan status permohonan BR1M tahun 2018 boleh diketahui dengan menggunakan kaedah semakan seperti berikut :-

i) Semakan BR1M Online

Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M. Semakan menggunakan maklumat No Kad Pengenalan.

BR1M 2018 Bantuan rakyat 1malaysia : Pendaftaran Semakan status, Rayuan, tarikh pemBayaran

ii) Melalui e-Mail

Sila hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan pemohon dalam email.

iii) Semakan Melalui Panggilan Telefon

Sila hubungi no hotline berikut untuk bertanya status permohonan anda.

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Boleh disemak pada setiap hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

iv) Applikasi Mobile Semakan BR1M

Semak status BRIM 2018 anda menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M yang boleh di muat turun di Android dan iOS.

v) Surat Makluman

Pemakluman keputusan permohonan BR1M akan juga dimaklumkan melalui surat makluman yang diposkan ke alamat pemohon seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

C. Permohonan Rayuan Dan Semakan Keputusan

Mereka yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan. Permohonan Rayuan BR1M boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Juga termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

  • Tarikh rayuan BR1M 2018 adalah dari * Akan dikemaskini (Tahun lepas dari 3 April sehingga 31 Mei 2017). Borang rayuan adalah Borang BK-07

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

D. Tarikh Pembayaran Dan Kategori BR1M 2018

Pemohon yang diluluskan akan menerima Bantuan mengikut jadual tarikh pembayaran berdasarkan kepada kategori penerima. Tarikh bayaran untuk pemohon yang berjaya dalam permohonan mungki lewat berbanding penerima bantuan sediada yang telah diluluskan lebih awal.

Berikut adalah tarikh pembayaran BR1M pada tahun 2018 mengikut kategori penerima bantuan.

i) Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

Jumlah Bantuan adalah sebanyak RM450

  • Februari 2018 : RM450 (Akan dikemaskini)

ii) Kategori 2 : Isi rumah

Mereka yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan) dengan Jumlah Bantuan sebanyak RM900

  • Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
  • Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

3. Kategori 3 : Isi rumah

Untuk mereka yang berpendapatan Bawah RM3k dengan Jumlah Bantuan sebanyak RM1,200

  • Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
  • Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

BR1M 2018 Pendaftaran Semakan Rayuan Bayaran

E. Skim Khairat Kematian BR1M (SKK)

SKK hanya terpakai untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas. Waris kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sediada  boleh menuntut wang Skim Khairat Kematian (SKK) berjumlah RM1,000 menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

SKK hanya layak dituntut oleh waris untuk penerima BR1M yang telah meninggal dunia dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Untuk BR1M tahun 2017, tarikh akhir tuntutan adalah sehingga 31 Januari 2018.

F. Masa Pembukaan Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM 

Untuk mereka yang ingin berurusan berkaitan BRIM di kaunter, waktu operasi kaunter BRIM adalah seperti berikut :-

i) Hari Bekerja

  • Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
  • Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

ii) Cuti Hujung Minggu

  • 29.12.2017 / 30.12.2017/ 31.12.2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad) : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Sila ambil perhatian bahawa

  1. Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada sebarang pindaan
  2. Kaunter perkhidmatan ditutup pada cuti umum seperti: : 11.12.2017: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Negeri Selangor dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) dan  01.12.2017 & 25.12.2017: Maulidur Rasul & Hari Krismas (Semua negeri dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan)
  3. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
  4. Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM

BR1M 2018 Pendaftaran Semakan Rayuan Bayaran

G. Maklumat Lanjut BR1M 2018

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sila hubungi :-

1. Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BR1M LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

  • br1m@treasury.gov.my

5. Laman Web

  • https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian maklumat dan panduan BR1M 2018 meliputi Pendaftaran, Semakan. Rayuan  dan Bayaran boleh dijadikan panduan buat semua. Adalah diingatkan sekali lagi yang pemohon perlu merujuk kepada Portal Rasmi eBR1M dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tahniah kepada mereka yang berjaya menerima bantuan. Gunakan bantuan yang diberikan secara berhemah dalam keadaan ekonomi negara yang serba tidak menentu sekarang ditambah dengan kos kehidupan yang makin meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan Matrikulasi 2018 Online dan sms

Semakan Keputusan Matrikulasi 2018 Online & SMS

semakan keputusan peperiksaan spa online dan temuduga

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Dan Temuduga