in

Semakan BSH Bujang 2020 Layak Terima RM300

Berita baik buat rakyat Malaysia yang berstatus bujang dan berpendapatan rendah. Pada Belanjawan 2020, kerajaan telah memperluaskan BSH kepada individu bujang. Tahun sebelumnya, individu yang pernah mendapat Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) pada tahun 2018 mendapat bayaran RM100 sebagai permulaan untuk Bantuan BSH kategori bujang 2019. Kerajaan telah mengumumkan BSH akan diberikan kepada golongan bujang. Ianya melalui siaran media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia pada 19 Februari 2019. Berikut dijelaskan lebih lanjut mengenai semakan BSH Bujang 2019 yang layak menerima bayaran RM100 pada hujung Mac 2019 nanti.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan semula BSH kepada golongan bujang hasil daripada saranan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Menurut beliau, hal mengenai bebanan kos sara hidup perlu diberikan keutamaan khususnya buat golongan yang amat memerlukan dalam tempoh terdekat. Hal itu telah dilaksanakan kerajaan dengan pembayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 yang telah dibayar kepada semua isi rumah yang berkeluarga meskipun mengikut pengkalan data lama yang belum dikemaskini.

semakan BSH Bujang online

Tambahan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau memberi saranan agar bantuan turut diberikan kepada anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi memperoleh pendapatan yang kecil. Memandangkan keputusan kabinet pada tahun lalu menunjukkan BSH 2019 memberi keutamaan kepada keluarga sahaja dengan kadar tambahan turut diberikan kepada anak di bawah tanggungan, golongan bujang tidak lagi mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan tersebut.

BSH Bujang 2020 Layak Terima Bayaran RM300 (Bantuan Sara Hidup Rakyat)

Bagi tahun 2020, Bantuan Sara Hidup (BSH) masih lagi diteruskan. Peruntukan sebanyak RM5 bilion bagi BSH 2020 diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2020.

Sebagai langkah untuk memastikan bahawa inisiatif BSH 2020 disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak sahaja, permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai tarikh berikut:

  • Tarikh Permohonan dan Pengemaskinian : 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020

Ianya turut diperluaskan kepada individu bujang serta OKU. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:

INFO TERKINI BSH INDIVIDU BUJANG DAN OKU 2020

Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan BSH 2020 kepada individu bujang dan OKU yang menepati syarat-syarat seperti di bawah dengan bayaran sebanyak RM300
No 1 Individu bujang dengan kriteria berikut:

  • Umur melebihi 40 tahun 
  • Pendapatan sebulan RM2,000 ke bawah
No 2 Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kriteria seperti berikut:

  • Umur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan sebulan RM2,000 ke bawah
Skim Takaful Kesihatan MySalam juga secara automatik akan diterima oleh penerima BSH 2020 individu bujang dan OKU tanpa sebarang bayaran atau percuma.

*Nota : Pembayaran BSH 2020 untuk kategori OKU dan bujang secara one-off akan disalurkan pada fasa kedua selepas pangkalan data BSH 2020 dikemaskini

Maklumat Lanjut Semakan BSH Bujang Tahun 2020

Pengumuman mengenai cara membuat permohonan atau kemaskini BSH bagi kategori bujang tahun 2020 akan diberitahu kelak. Iaitu sebaik sahaja informasi diberikan oleh pihak kerajaan. Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi butiran berkenaan:

Semoga perkongsian semakan BSH Bujang 2020 dapat memberikan pencerahan dan kefahaman buat semua rakyat Malaysia. Terutama yang tertanya-tanya mengenai informasi terkini BSH bagi tahun 2020. Diharapkan semua yang berkelayakan akan mendapat bantuan seperti yang dijanjikan.

2 Comments

Leave a Reply
    • Berdasarkan FAQ MyBSH, mesej berkenaan dipaparkan kerana permohonan anda:-
      i. Belum membuat Permohonan Baharu BSH 2019; atau
      ii. Permohonan Baharu BSH 2019 yang dikemukakan kepada Cawangan LHDNM tetapi belum diambil tindakan oleh LHDNM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Jadual Gaji 2020 Kakitangan Awam Kerajaan

Permohonan LPPSA Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan Online