BSN SSP Semakan Keputusan Cabutan 2023

Tahukah anda dengan hanya menyimpan duit di dalam bank anda berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai sehingga RM30 Juta? Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan sebuah skim simpanan yang dikenali sebagai Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) sejak tahun 1978. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan pemenang cabutan istimewa BSN SSP Cabutan tahun 2023 untuk semua pelanggan Bank Simpanan Nasional.

Menabung merupakan satu amalan yang wajib untuk dipraktikkan oleh semua golongan manusia lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi masa kini. Sehubungan dengan itu, BSN memperkenalkan Sijil Simpanan Premium untuk menarik pelanggan mereka menabung di samping memenangi hadiah cabutan yang menarik pada setiap bulan. Tambahan pula terdapat pelbagai kategori yang disediakan di mana kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke atas juga layak untuk menyertainya.

semakan keputusan cabutan ssp bsn

Sijil Simpanan Premium BSN (SSP)

Di bawah adalah informasi berkaitan untuk rujukan semua.

Apa Itu Sijil Simpanan Premium BSN?

Untuk makluman, ianya adalah satu produk BSN yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah. Simpanan anda juga dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan.

Syarat-Syarat Untuk Menyertai

Berikut adalah syarat yang ditetapkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk menyertai Sijil Simpanan Premium yang ditawarkan oleh mereka:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia

2. Berumur 12 tahun dan ke atas

3. Simpanan minimum RM10 (1 Unit) serta tiada had maksimum

Jika anda ingin meneliti terma dan syarat yang lebih lanjut, buka pautan di bawah:

Terma & Syarat

Cara Menyimpan

Terdapat banyak cara orang ramai boleh menyimpan dengan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP). Anda hanya perlu memilih cara yang paling sesuai dengan gaya hidup anda!

i) Melalui Perbankan SMS

1. Daftar di mana-mana cawangan BSN

2. Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”

Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898

3. Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740″ untuk pembatalan

ii) Melalui Mesin ATM

1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.

2. Pilih bahasa.

3. Masukkan nombor PIN.

4. Pilih “Simpanan sijil simpanan premium’.

5. Masukkan amaun dalam gandaan RM10

6. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

iii) Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)

1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.

2. Pilih bahasa.

3. Masukkan nombor PIN.

4. Pilih *’Simpanan sijil simpanan premium’.

5. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai)

6. Depositkan wang dalam gandaaan RM10

7. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

iv) Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan sedia ada sahaja)

1. Pilih bahasa.

2. Pilih “Simpanan sijil simpanan premium’.

3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.

4. Depositkan wang dalam gandaaan RM10.

5. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

v) Melalui Perbankan Internet myBSN

1. Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my

2. Pilih “Simpanan BSN eSSP’.

3. Pilih nombor akaun’ daripada senarai.

4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.

vi) Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)

1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.

2. EB BSN akan proses simpanan sijil simpanan premium di terminal POS.

3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi .

4. Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.

Manual pengguna untuk kaedah-kaedah di atas boleh disemak pada pautan berikut:

Manual Pengguna

Semakan Keputusan Cabutan Simpanan BSN SSP 2023

Untuk melakukan semakan keputusan cabutan yang telah anda sertai, terdapat tiga kaedah yang dikongsikan oleh BSN iaitu:

A) Melalui Portal Rasmi

Klik Check

Masukkan No KP & No Sijil

Keputusan pemenang bulanan juga boleh disemak di pautan diatas

B) Melalui Perbankan Internet myBSN

1. Log masuk ke dalam Portal Rasmi Perbankan Online myBSN

2. Klik pada menu Perbankan Islam dan pilih bahagian Simpanan

3. Terdapat paparan Sijil Simpanan Premium, klik pada submenu Semak Keputusan SSP

4. Isi nombor kad pengenalan anda atau nombor sijil simpanan premium dan klik Hantar

5. Satu paparan akan keluar menunjukkan sama ada anda berjaya atau tidak

C) Melalui cawangan atau kaunter BSN

Pelanggan boleh hadirkan diri ke mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional dan semak dengan pegawai yang bertugas.

D) Melalui Facebook BSN

Anda boleh kunjungi ke Facebook Rasmi Bank Simpanan Nasional untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan semakan keputusan cabutan.

TERKINI: Anda boleh menyemak secara terus di laman web Bank Simpanan Nasional pada pautan berikut:

Halaman Semakan Keputusan Cabutan

Kategori Cabutan

Dengan 10 kategori untuk tahun 2023, daripada Cabutan Jutawan hingga ke Cabutan Guru yang baru diperkenalkan, anda mungkin pemenang seterusnya!

1. Cabutan Jutawan

2. Cabutan Bulanan

3. Cabutan Wilayah

4. Cabutan Penyimpan Muda

5. Cabutan Kesetiaan

6. Cabutan Penyimpan Baru

7. Cabutan Guru

8. Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan)

9. Cabutan Kasih

10. Cabutan Simpanan Konsisten

Bonus Tambahan Istimewa: Bagi pelanggan yang telah menyimpan BSN SSP untuk lima (5) tahun dan keatas, pelanggan akan terima gandaan penyertaan sebanyak dua kali sekiranya:

-Tambahan deposit sebanyak RM500 dibuat dalam 2023.
-Tiada pengeluaran sebelum tarikh cabutan.
-Gandaan penyertaan akan diterima bagi tambahan deposit yang dibuat pada bulan tersebut sebelum tarikh cabutan.

Maklumat lanjut, klik CABUTAN

Kalendar Cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional

Di bawah adalah tarikh cabutan sijil simpanan yang ditetapkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk membuat cabutan bertuah pada setiap bulan pada tahun 2023.

Pelanggan yang menyimpan boleh merujuk tarikh cabutan ssp bsn untuk result dan mennyemak keputusan pada hari cabutan diadakan atau hari seterusnya.

tarikh cabutan bsn ssp

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan, sila layari atau hubungi:

Portal Rasmi BSN

Talian Rasmi BSN : 1 300 88 1900/ +603 2613 1900 (Luar Negara)

Related : menambah simpanan, membawa pulang, kuala lumpur, bernilai RM1 juta, bsn untuk tahun 2020, simpan ssp, perintah kawalan pergerakan pkp

Tinggalkan Komen