Permohonan STR 2023 & Semakan Sumbangan Tunai Rahmah

Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 telah bersetuju untuk meneruskan beberapa bantuan pada tahun 2023 demi kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata serta telah mengumumkan pada 20 Disember 2022 di Sidang Parlimen Dewan Rakyat untuk meneruskan pemberian bantuan wang tunai kepada golongan yang berkelayakan.  Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Bantuan Tunai Rakyat atau kini dikenali sebagai STR – Sumbangan Tunai Rahmah meliputi Permohonan STR 2023, Semakan status kelayakan & kemaskini borang sebagai makluman kepada semua.

Pada sidang parlimen yang dijalankan. Perdana Menteri turut menyampaikan usul mini bajet yang meluluskan perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107 bilion termasuk bantuan tunai rakyat. Sebelum ini, bantuan kewangan di bawah kerajaan terdahulu memberikan manfaat kewangan kepada lebih 9 juta penerima di seluruh negara.

Sumbangan-tunai-rahmah-cara-mohon-str-semak-dan-tarikh-bayar

Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

Seperti yang semua maklum, Program bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan akan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Rakyat Malaysia yang tergolong dalam isi rumah B40 dan M40 boleh merujuk perkongsian berikut :-

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Info Date Penting Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Date penting berkaitan bantuan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Iaitu sebaik sahaja dimaklumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Di bawah adalah date yang telah diumumkan secara rasmi :-

i) Mulai 5 April 2023 : Pembayaran STR Fasa 2 secara berperingkat

ii) Mulai 1 Mac 2023 Hingga 31 Mac 2023: Permohonan Baru & Kemaskini STR Dibuka

iii) Mulai 17 Januari 2023 : Pemberian Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) Fasa 1

iv) Mulai 17 Januari 2023 : Semakan status boleh disemak melalui portal rasmi

Maklumat payment Bantuan boleh dirujuk di Payment

i) Syarat Kelayakan, Kategori & Jumlah Bantuan STR

Berikut adalah jumlah bantuan dan kategori & syarat kelayakan bagi STR yang diumumkan oleh kerajaan perpaduan.

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

ii) Permohonan STR 2023 : Cara Mohon & Pautan Borang Sumbangan Tunai Rahmah

a) Date Penting

Pendaftaran STR boleh dibuat:

i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

b) Siapa Yang Perlu Membuat Permohonan/ Kemaskini

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta

ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau

iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

i. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan bantuan seblum ini dari tahun 2020 sehingga 2022

ii. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

c) Cara Kaedah Permohonan

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:

i. Permohonan Secara Dalam Talian

a. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

a. Portal Rasmi STR LHDNM; atau

b. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
LHDNM

Pautan borang:-

1. BK-01 (Permohonan)

2. BK-02 (Kemaskini)

3. BK-04 (Borang Serahan Dokumen)

4. BK-05 (Borang Pembatalan Permohonan)

Penghantaran Borang STR yang telah lengkap diisi

Pemohon boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

Atau

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga date akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Dokumen Sokongan

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan STR adalah :-

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

i. Pemohon:

a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii. Pasangan:

a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

iii. Anak:

a. Anak Kandung

Salinan Sijil Lahir; dan Salinan MyKad / MyKid

b. Anak Angkat

Salinan MyKad / MyKid; dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

Maklumat lanjut sila rujuk FAQ Permohonan di Soalan Lazim Application

iii) Semakan STR Melalui MySTR

Setiap pemohon dan penerima STR boleh membuat semakan status dengan melayari portal rasmi STR di atas

1. Semakan STR status kelayakan bermula 17 Januari 2023 (Selasa)

2. Klik log masuk MySTR

3. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan/ MyKad pemohon

4. Buat pengesahan kata kunci keselamatan (sama seperti dalam sistem)

5. Masukkan kata laluan yang sama digunakan dalam sistem

6. Klik pada Menu Semakan Fasa 1

7. Status penerima akan dipaparkan

Maklumat lanjut semakan STR rujuk FAQ MySTR

Maklumat Lanjut

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan termasuk semakan STR 2023 melalui saluran berikut:

i. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau

ii. Semakan STR secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau

Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS

iii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747

iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566

(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau

v. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)

vi. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC


Related : soalan lazim faq, mempunyai akaun bank simpanan nasional bsn, lhdnm berhampiran atau talian hotline bkk lhdnm 1-800-88-2747, gagal menjawab soalan keselamatan, jumlah bayaran str fasa 3, secara berperingkat mulai 5 april 2023, untuk makluman, id mystr akan disekat, untuk mencuba semula selepas 24 jam, sebarang bantuan lanjut boleh hubungi, penerima str fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 februari 2023, bantuan sumbangan tunai rahmah,

Tinggalkan Komen