Buffet Ramadhan Putrajaya 2024, Promosi buffet juadah Berbuka puasa senarai lokasi Iftar Ramadan harga murah di Putrajaya dan cyberjaya

Buffet Ramadhan Putrajaya 2024 (Harga Dan Lokasi)

Buffet Ramadhan atau Iftar Ramadhan adalah sinonim ketika bulan Ramadhan. Untuk warga kota, berikut dikongsikan senarai Buffet Ramadhan Putrajaya tahun 2024 yang memaparkan lokasi, harga dewasa serta harga kanak-kanak, nombor telefon untuk dihubungi dan pautan untuk Flyer Berbuka Puasa.

Kebanyakkan Buffet Ramadhan ada disediakan di hotel dan restoran seluruh Putrajaya dengan juadah dan kadar harga yang berbeza-beza. Apa yang penting aktiviti berbuka puasa bersama keluarga, rakan taulan dan sebagainya akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

Buffet Ramadhan Putrajaya 2019 (Harga Dan Lokasi)

Pengenalan : Putrajaya

Bandar Putrajaya merupakan sebuah bandar yang dikhaskan fungsinya sebangai pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru dan terancang dengan menempatkan kementerian-kementerian di dalam satu wilayah. Pelaksanaan pembangunan bandar baru ini telah bermula pada Ogos 1995.

Kerajaan memutuskan untuk menempatkan lokasi Putrajaya di kawasan Perang Besar di Daerah Sepang untuk dijadikan tapak pusat pentadbiran persekutuan yang baru bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan mewujudkan destinasi baru bagi tumpuan orang ramai dalam jangka masa panjang.

Nama ‘Putrajaya’ diilhamkan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Berkonsep futuristik dan membawa imej sebagai Bandar Dalam Taman , sebanyak 38% daripada kawasan Putrajaya dirizabkan untuk kegunaan taman, tasik dan wetland, Manakala kawasan selebihnya merangkumi kegunaan pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat komersial. Tasik buatan yang berkeluasan 600 hektar yang terletak di tengah Bandar mempunyai peranan untuk mengimbangi keadaan cuaca di Putrajaya.Pada masa kini, aktiviti seperti menaiki bot, berkayak dan memancing dibenarkan di kawasan tasik.

Seluruh Bandar dihiasi dengan pelbagai jenis spesies pokok samada jenis hiasan mahupun lain-lain. Pendekatan kerajaan bagi memastikan Bandar Putrajaya sebagai Bandar Bestari relevan dengan perlaksanaan kemudahan-kemudahan yang berteknologi Multimedia melancarkan keberkesanan komunikasi dan interaksi antara pejabat-pejabat kerajaan denganpihak awam, peniaga dan penduduk tempatan.. SUMBER

Senarai Lokasi Buffet Berbuka Puasa/ Iftar Di Putrajaya Tahun 2024

Berikut adalah senarai lokasi yang ada menyediakan Buffet Berbuka Puasa sekitar Putrajaya di sepanjang bulan Ramadhan tahun 2023 bersamaan dengan tahun 1444H. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini

Harga untuk tempahan awal pada waktu tertentu (Early bird) adalah lebih murah berbanding dengan tempahan pada hari yang sama.

  • NOTA : Adalah menjadi kewajipan buat umat Islam dalam memilih yang HALAL. Pilihlah lokasi berbuka puasa yang mempunyai sijil dan logo halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Buffet Berbuka Puasa Di Putrajaya 2024

DEWASA (RM)KANAK-KANAK (RM)TEL DAN ALAMATINFO
Hotel Marriott Putrajaya
1989903 8949 8888
Putrajaya, Sepang Utara, Selangor
Le Meridien Putrajaya
1889403 8689 6862
Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor
Park Inn By Radisson Putrajaya
1086803 89111999
Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, , Kajang, Malaysia

 

Antara lokasi buffet ramadan lain yang menyediakan juadah berbuka untuk dewasa, untuk kanak-kanak dan warga emas / OKU untuk berbuka bersama rakan-rakan mahupun keluarga termasuklah:

  1. Putrajaya International Convention Centre (PICC)
  2. Dorsett Putrajaya – RM139 (Dewasa) , RM79 (Kanak-kanak)
  3. Pulse Grande Hotel – RM120 (Adult) , RM60 (child)
  4. Zenith Putrajaya – RM158 (Dewasa) , RM90 (Kanak-kanak)
  5. Mercure Living Putrajaya – RM148 nett (Adult) , RM98 (child)
  6. Embun Resort Putrajaya

*Lokasi Senarai Buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa

Related : 1 mei 2022, april 2022, 2 april, kambing panggang, dan rm,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *