in

Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Awam Di Malaysia

Pernahkah anda menggunakan pengangkutan awam Malaysia? Adakah anda berpuas hati dengan sistem pengangkutan awam yang ada di Malaysia? Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, sistem pengangkutan awam kita telah berkembang maju tahun demi tahun. Bermula dengan hanya bas dan teksi sahaja kini Malaysia telah mempunyai pengangkutan awam darat, air dan udara. Antara contoh pengangkutan awam yang boleh didapati kini adalah bas, teksi, monorel, MRT, LRT dan KTM Komuter dan banyak lagi. Berikut dikongsikan cadangan penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Namun masih terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki bagi memberi keselesaan kepada pengguna. Jika tiada tindakan daripada pihak berwajib maka jumlah pengguna pengangkutan awam akan menurun dan ini akan merugikan syarikat pengangkutan awam. Antara kepentingan sistem pengangkutan awam adalah dapat memelihara alam sekitar kerana ia boleh mengurangkan pencemaran udara dan bunyi. Selain itu, ia juga mampu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi oleh penduduk bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang dan banyak lagi.

Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Awam

Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Awam Di Malaysia (Cara Mengatasi Masalah)

Bagi memberi keselesaan kepada pengguna sistem pengangkutan awam di Malaysia, penambahbaikan dalam sistem ini perlu dijalankan segera. Kerajaan dan syarikat pengangkutan awam perlu bergerak bersama bagi memastikan masalah yang diutarakan pengguna dapat diselesaikan.

Seperti kita semua maklum, pengangkutan awam amat penting bagi menghubungkan satu bandar ke bandar lain. Dengan cara ini jumlah kenderaan di atas jalan raya dapat dikurangkan seterusnya mengurangkan pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas.

Langkah-Langkah Penambahbaikan Sistem Penangkutan Awam

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Malaysia berdasarkan masalah pengangkutan awam yang telah diutarakan oleh pengguna. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1) TAMBANG MAHAL

  1.  Tindakkan tegas ke atas pemandu teksi yang mengenakan tambang tidak menggunakan meter
    • Terdapat segelintir pemandu teksi yang mengenakan tambang yang mahal kerana mereka tidak menggunakan meter perjalanan. Antara pengguna yang sering terkena dengan situasi ini adalah pelancong asing. Syarikat teksi perlu mengambil tindakan tegas ke atas pemandu teksi yang tidak menggunakan meter perjalanan. Antara tindakan yang boleh dilakukan adalah dengan menggantung lesen pemandu teksi tersebut. Selain itu pengguna juga perlu membuat laporan kepada badan berwajib seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  2. Memperkenalkan tiket bermusim (season pass)
    • Season pass membolehkan pemegangnya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa had. Pemegang hanya perlu untuk memperbaharui season pass sebulan sekali dan mereka boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selama sebulan tanpa had
  3. Potongan harga untuk kumpulan sasaran
    • Kerajaan boleh memberi subsidi khusus kepada golongan yang memerlukan seperti pelajar, golongan yang berpendapatan rendah. Ini boleh meringankan beban mereka dan seterusnya menggalakkan mereka untuk menggunakan pengangkutan awam

2) TEMPOH MENUNGGU YANG LAMA

  1.  Tambah kekerapan pengangkutan awam. Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Awam :-
    • Syarikat pengangkutan awam perlu menambah kekerapan kenderaan pengangkutan awam untuk mengambil penumpang dengan cara menambahkan bilangan kenderaan seperti bas, LRT, MRT dan KTM Komuter. Terutama sekali ketika waktu puncak di mana bilangan pengguna ketika itu sangat ramai. Antara waktu puncak adalah sekitar 7:30 pagi hingga 9:30 pagi dan 5:30 petang hingga 7:30 petang

3) PARKING YANG TIDAK MENCUKUPI

  1.  Sediakan kawasan parking kereta yang luas
    • Syarikat pengangkutan awam seperti KTM Komuter, LRT, MRT dan Monorel perlu menyediakan kawasan parking kereta yang luas dan selamat untuk pengguna pengangkutan awam. Sesetengah pengguna akan meletakkan kenderaan mereka di stesen dan pergi ke tempat kerja dengan menggunakan pengangkutan awam
  2. Caj parking kereta yang berpatutan
    • Syarikat pengangkutan awam perlu merendahkan caj parking kereta. Hal ini kerana pengguna akan meletakkan kenderaan mereka untuk tempoh masa yang lama. Jika caj parking kereta tinggi ini akan menambahkan lagi kos mereka

4) KENDERAAN TIDAK DISELENGGARA

  1.  Tambah kekerapan selenggara pengangkutan awam
    • Syarikat pengangkutan awam perlu menambahkan lagi kekerapan selenggara kenderaan. Pastikan tiada kerosakan sepanjang kenderaan sedang beroperasi. Syarikat juga perlu mengambil pekerja mahir untuk mengendalikan kerja-kerja selenggara
  2. Tukar kenderaan yang telah uzur
    • Jika sesebuah kenderaan tersebut sudah terlalu lama dan tidak lagi menepati piawaian yang telah ditetapkan, syarikat seharusnya segera tukar kenderaan tersebut dan tidak menggunakannya lagi. Hal ini kerana jika terus digunakan dikhuatiri akan membahayakan nyawa pengguna

5) CAPAIAN PEMBELIAN TIKET

  1. Pembelian tiket online
    • Syarikat pengangkutan awam perlu menyediakan platform pembelian tiket secara online. Ini dapat memudahkan pengguna kerana mereka dapat membeli tiket di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Secara tidak langsung ia dapat menghapuskan gejala ulat tiket
  2. Pembelian dengan menggunakan applikasi
    • Bagi memudahkan dan melancarkan lagi sistem pengurusan tiket, syarikat pengangkutan awam boleh mewujudkan applikasi melalui android ataupin apple store bagi memudahkan pengguna membuat pembelian tiket. Pengguna boleh membuat pembelian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

6) KUALITI PENGANGKUTAN PERKHIDMATAN AWAM

  1. Sediakan wifi percuma
    • Syarikat perkhidmatan pengangkutan awam boleh menyediakan kemudahan wifi percuma di dalam bas, KTM, LRT, Monorel dan juga MRT bagi menarik minat orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.
  2. Mesra OKU dan warga emas
    • Bagi memudahkan golongan OKU dan warga emas, syarikat pengangkutan awam perlu menyediakan kemudahan seperti tempat duduk khas, besi pemegang untuk OKU bagi memudahkan mereka menggunakan kenderaan awam

Semoga perkongsian Cadangan Penambahbaikan Pengangkutan Awam Di Malaysia dapat membantu pihak berwajib seperti kerajaan dan syarikat pengangkutan awam untuk menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia. Semoga ia dapat memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia dan akan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam yang ada di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Program GENIUS Negara Di Pusat Anak Genius Negara

Permohonan Program GENIUS Negara KPM

Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara)