Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah di kawasan kajian. Merangkumi faktor mempengaruhi, jenis dan kesan terhadap alam sekitar.

Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah, Faktor & Jenis

Pembangunan guna tanah merupakan aspek penting dalam pertumbuhan ekonomi dan peningkatan tahap sosial masyarakat di sesuatu kawasan. Bagaimanapun, pembangunan guna tanah tanpa kawalan sering kali dikaitkan dengan kemerosotan sumber alam, ekonomi dan kemusnahan terhadap alam sekitar. Berikut dikongsikan cadangan usaha mengatasi kesan guna tanah di kawasan kajian.

Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan perubahan kepada guna tanah sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan kepada persekitaran fizikal. Salah satu daripada perubahan guna tanah yang jelas seiring dengan proses modenisasi ialah proses pembandaran yang pesat, perindustrian, aktiviti pertanian (perladangan dan penternakan), kemudahan perumahan dan kemudahan pengangkutan.

Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah di kawasan kajian

Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah Di kawasan Kajian

Kawasan hutan dan kawasan pertanian seperti getah, kelapa sawit dan seumpamanya diterokai untuk pembangunan melibatkan pembinaan bandar baru, penempatan, pusat perniagaan dan sebagainya. Tidak dinafikan pembangunan kawasan perlu dilakukan demi kepentingan ekonomi negara kerana ia memberi pulangan yang besar, hasil eksport hasil-hasil pertanian dan sektor pelancongan.

Namun begitu, perhatian yang serius perlu diberikan agar segala bentuk pembangunan yang dirancang dan dilakukan seharusnya dilandasi dengan perancangan yang teliti kerana sifat bentuk muka bumi amat sensitif dengan sebarang bentuk gangguan. Setiap individu di kawasan ini perlu bertanggungjawab dan peka terhadap aktiviti yang dilakukan. Dalam mengejar arus pembangunan dan pemodenan, manusia tidak harus lupa pada risiko yang bakal menimpa yang datang dari alam sekitar itu sendiri.

1. Perindustrian

Langkah mengatasi kesan alam sekitar akibat aktviti perindustrian adalah :-

  • a) Peralihan kepada teknologi industri yang lebih mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya dalam konteks penggunaan tenaga. Contoh : Kebergantungan kepada bahan api fosil seperti petroleum perlu diminimakan dan lebih banyak bergantung kepada tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, gas asli (NGV), tenaga solar
  • b) Memproses sisa toksid sebelum disalurkan ke sungai – Pengurusan sisa toksik yang cekap dan berkesan seperti setiap kilang diwajibkan menyediakan takungan khas untuk simpanan sisa toksik dan tidak membuang sisa tersebut ke dalam sungai,tasik atau sumber air yang lain.
  • c) Mengadakan research dan development (R&D) – Perlaksanaan R&D dalam konteks pengurusan sisa pepejal perlu dikembangkan dan diperluaskan oleh setiap syarikat contohnya R&D dalam kitar semula bahan buangan agar tidak membazir. Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar diwajibkan menggunakan kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara
  • d) Mengitar semula bahan buangan – dijadikan bahan mentah untuk IKS atau dibiar reput sebagai baja kompos.
  • e) Melakukan pembakaran insenerator.
  • f) Kilang menggunakan penapis asap.
  • g) Kempen mencintai alam sekitar – Kempen-kempen kesedaran kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri yang menjadi masyarakat industri tentang pentingnya menguruskan alam sekitar dengan bijak dan cekap. Kempen boleh dilakukan oleh media cetak dan elektronik, bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar
  • h) Menguatkuasakan undang-undang dengan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat

Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran, langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran yang boleh diambil adalah :-

  • (a) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
  • (b) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan .
  • (c) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
  • (d) mengawal aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan
  • (e) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
  • (f) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.

2. Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah Perikanan

Langkah-langkah dalam mengurangkan kesan aktviti perikanan terhadap alam sekitar adalah seperti berikut :-

a) Perundangan

  • Tindakan tegas terhadap nelayan yang menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar. Nelayan yang melanggar peraturan, hukuman berat sama ada denda dan kompaun yang tinggi dikenakan, merampas peralatan menangkap ikan termasuk bot serta hukuman penjara.
  • Mewartakan taman-taman laut seperti Taman Laut Pulau Kapas dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Payar di Langkawi sebagai zon larangan aktiviti penangkapan ikan.
  • Rondaan dan pemantauan pihak berwajib seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Polis Marin perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan masalah pencerobohan nelayan asing dan masalah pencemaran air.
  • Membatalkan permit perikanan dan menarik lesen operasi kepada nelayan yang membuat kesalahan

b) Pengurusan

  • Memperluaskan kawasan perletakan tukun-tukun tiruan untuk menambah habitat dan kawasan pembiakan ikan. Tukun-tukun tiruan diperbuat daripada tayar-tayar terpakai, konkrit-konkrit batu, dan kapal-kapal karam.
  • Mengurangkan serta menghadkan pengambilan kawasan paya bakau dan paya nipah secara besar-besaran untuk dijadikan kawasan penternakan ikan marinkultur dan akuakultur.

c) Kempen

  • i) Melancarkan kempen kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan dalam menjaga kebersihan dan hidupan akuatik. Contoh : ‘Cintailah Hidupan Laut’ atau ‘Cintailah Hidupan Akuatik’. Kempen boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) secara aktif dan berterusan sama ada melalui media cetak ataupun media eletronik.
  • ii) Pendidikan pula secara formal mahupun informal. Pendidikan formal – diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah bermula dari pendidikan sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi (Universiti). Contoh : mata pelajaran Kajian Tempatan, Geografi dan Ijazah Sains Alam Sekitar.

d) Teknologi/ Peralatan

  • Alat dan cara penangkapan ikan yang selektif dan mesra persekitaran hendaklah dikembangkan dan diterapkan lebih lanjut.
  • Penangkapan, pengendalian, pemprosesan dan pengedaran ikan dan produk perikanan hendaklah dilakukan dengan cara yang akan mempertahankan nilai khasiat, mutu dan keselamatan produk perikanan, mengurangi bahan buangan dan meminimumkan kesan negatifnya terhadap persekitaran.

3. Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah Pertanian

  • Penghutanan Semula
  • Menggunakan Kaedah Biologi
  • Kaedah Pertanian Teres dan Kaedah Pembajakan Kontur
  • Tanaman Tutup Bumi
  • Mewartakan Hutan Simpan
  • Mengawal Tarahan Cerun Bukit
  • Rawatan Sisa Toksik
  • Mengawal Pencemaran Asap
  • Pelupusan Sampah
  • Kempen Kesedaran

4. Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah Pelancongan

Bagi mengatasi masalah aktviti pelancongan, langkah-langkan berkesan perlu diambil seperti berikut:

a) Pemantauan dan pemeriksaan

Pantauan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun-cerun bukit untuk aktiviti pelancongan. Pemeriksaan akan dibuat dengan melihat aktiviti pemotongan dan tarahan cerun perlu menepati garis panduan yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 45º. Manakala bagi permukaan tanah yang telah terdedah perlulah dipastikan ia ditanam dengan tanaman litup bumi seperti rumput dan pokok-pokok kecil. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah hakisan dan seterusnya yang boleh membawa kepada berlakunya tanah runtuh.

Selain itu, pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar juga penting. Bagi mana-mana aktiviti pelancongan yang dijalankan di kawasan hutan hendaklah dipastikan agar aktiviti yang dijalankan tidak menjejaskan hidupan hutan seperti pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan kecil. Sekiranya mendapati ia akan membawa kesan yang negatif kepada alam sekitar maka Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

b) Mewartakan kawasan

Mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai tempat yang diwartakan seperti kawasan taman laut serta santuari hidupan akuatik. Antara kawasan yang diishtiharkan sebagai taman laut adalah di pulau-pulau pelancongan seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Layang-layang. Ianya bertujuan untuk mengekalkan ekosistem di kawasan tersebut agar tidak musnah dan mengalami kepupusan.

Begitu juga dengan kawasan hutan, pihak kerajaan telah mewartakan kawasan hutan simpan sebagai kawasan yang berada di bawah penjagaan pihak kerajaan. Di Malaysia kawasan hutan simpan meliputi sebahagian kawasan di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dan sekiranya berlaku sebarang pencerobohan dalam lingkungan kawasan ini tindakan akan dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan dengan mengikuti undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

c) Memupuk sikap cintakan alam sekitar

Memupuk sikap masyarakat adalah langkah yang penting, dengan pelbagai cara dapat dijalankan seperti mengadakan kempen cintai alam sekeliling mampu membuka mata masyarakat akan kepentingan penjagaan persekitaran. Selain itu juga, pendidikan di sekolah juga dapat memupuk pelajar agar tahu akan kepentingan menjaga persekitaran di samping ada perasaan cintakan alam.

5. Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Guna Tanah Petempatan/ Pembandaran

Berikut adalah di antara langkah-langkah dalam mengatasi atau mengurangkan kesan gunatanah petempatan (kediaman) :-

a) Aktiviti Gotong Royong

Untuk mengurangkan masalah seperti perparitan tersumbat, banjir kilat, sampah, nyamuk aedes dan banyak lagi perkara, aktiviti gotong royong bersama penduduk perlu dilakukan

b) Kesesakan Lalu Lintas

  • Menggalakkan penggunakan pengangkutan awam
  • Penduduk berkongsi kereta (car pool)
  • Melebarkan jalan raya (jalan raya bertingkat)
  • Lampu isyarat, round about dan zebra crossing
  • Memperkenalkan sistem pengangkutan lebih bersepadu di kawasan bandar seperti mengadakan sistem kawalan lalu lintas berkomputer seperti yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

c) Kekurangan Tempat Tinggal

  • Perbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri mampu milik
  • Mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dengan membuka kawasan perindustrian di luar bandar
  • Memperbandarkan kawasan luar bandar supaya tumpuan ke arah bandar berkurangan

d) Kempen

  • Kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya penduduk dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

e) Menaik Taraf Infrastruktur

  • Pelebaran jalan
  • Pembinaan jambatan
  • Pembinaan parit

f) Masalah Setinggan

  • Cadangan yang boleh dipraktikan bagi membasmi penularan masalah setinggan adalah dengan memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri. contohnya, membina rumah-rumah kos rendah dan pangsapuri untuk penduduk berpendapatan sederhana/ miskin.
  • Kerajaan juga boleh mengambil langkah mengurangkan setinggan yang melibatkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dengan membuka kawasan perindustrian di luar bandar dan melaksanakan konsep memperbandarkan kampung untuk mengurangkan tumpuan penduduk ke bandar

g) Konsep Bandar Dan Pekan Yang Selamat

  • Program pengawalan rapi oleh pihak tertentu di kawasan petempatan seperti Rukun tetangga, Rela dan Polis dalam memastikan kawasan tersebut bebas daripada kes jenayah.
  • Kerajaan perlu memperbanyakkan peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi. Kegagalan seseorang itu mendapatkan pekerjaan telah menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah jenayah seperti pengedaran dadah dan merompak.

6. Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Pembinaan

a) Memperkasa sistem undang-undang sediada

  • Kemerosotan alam sekitar akibat daripada aktiviti pembinaan merupakan masalah yang serius kerana melibatkan aktiviti pembukaan tanah dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh aktiviti pembinaan yang tidak terancang dan secara tidak efisyen menyebakan alam sekitar terjejas kesan daripada aktiviti pembinaan tersebut.
  • Terdapat pelbagai dasar dan akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia khususnya dalam mengawal aktiviti pembinaan. Sebagai langkah pencegahan pihak berwajib perlu memperkasa sistem undang-undang yang sedia ada seperti Jabatan Alam Sekitar.

b) Kaedah Bukan Perundangan

  • Kaedah bukan perundangan merupakan usaha yang dilakukan berbentuk pencegahan seperti pendidikan dan kesedaran. Langkah ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat dan pihak yang bertanggungjawab. Usaha ini lebih bersifat bottom up
    di mana masyarakat menjadi penyumbang kepada kelestarian alam.

c) Memperkasa Kempen Kesedaran Menjaga Alam Sekitar

  • Tidak berguna jika pembangunan pesat tetapi alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Sehubungan dengan itu, kempen kesedaran alam sekitar perlu dilakukan bagi menerapkan elemen kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. Tidak kira kerajaan mahupun bukan kerajaan, bahkan masyarakat juga perlu bekerjasama dalam menjayakan kempen kesedaran menjaga alam sekitar.

d) Dasar Teknologi Hijau

  • Sektor pembinaan di Malaysia kebanyakannya menggunakan tenaga yang banyak dalam menjalankan proses pembinaan. Pembinaan berkonsepkan teknologi hijau dilihat mampu mengurangkan penggunaan tenaga yang banyak. Teknologi Hijau diperakui boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli serta meningkatkan kehidupan masa ini.

7. Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Perniagaan

a) Penguatkuasaan Undang-Undang/ Kompaun

  • Pihak berkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bertindak tegas dengan mengenakan saman/ kompaun kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas dan diletakkan di bahu-bahu jalan.

b) Penyediaan Kemudahan Asas

  • Pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak lagi tong sampah di kawasan perniagaan dalam memudahkan peniaga/ orang ramai untuk membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut. Ianya boleh mengelakkan penyakit dari bawaan lalat, nyamuk

c) Infrastruktur

  • Melebarkan jalan masuk ke pusat perniagaan dan menyediakan parkir tempat letak kereta yang mencukupi

8. Cadangan Usaha Mengatasi Kesan Pengangkutan

a) Mengurangkan Penggunaan Kenderaan Bermotor

  • Kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan untuk jarak yang dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awam ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar di samping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
  • Perkongsian kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memelihara alam sekitar daripada tercemar.

b) Penguatkuasaan Undang-Undang/ Peraturan

  • Peraturan yang ditetapkan untuk pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan bermotor,  boleh diperolehi dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978, Kaedah-kaedah Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan gas), 1977.
  • Pencemaran udara juga boleh dikawal dengan menggunakan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996.

c) Menggunakan Pengangkutan Awam

  • Sudah tiba masanya penduduk di bandar beralih kepada penggunaan mod pengangkutan awam yang boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar
  • Namun perkhidmatan awam yang disediakan perlulah sistem pengangkutan yang terbaik dan berkualiti bagi menggalakkan penggunaannya secara menyeluruh

d) Zon Larangan Kenderaan

  • Sekiranya kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, maka perlu diperkenalkan zon-zon yang melarang kemasukan kenderaan persendirian dan hanya pengangkutan awam sahaja yang dibenarkan masuk. Pelarangan ini pula harus seiring dengan tidak menyediakan sebarang tempat ‘parkir’ atau tempat meletak kereta. Ini kerana, sekiranya ‘larangan’ sahaja dibuat, tetapi tempat meletak kereta ‘tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan’ maka masalah ini jua tidak dapat diselesaikan.

Faktor Yang Mempengaruhi Guna Tanah Di Sesuatu Kawasan

Berdasarkan kepada tajuk tugasan Geografi PT3 2018, pelajar Tingkatan 3 perlu melengkapkan kajian peta mereka dengan mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut.

Keperluan kegunaan guna tanah di sesuatu kawasan sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa berdasarkan keperluan asas aktiviti manusia di dalam kehidupan. Jenis guna tanah boleh diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perumahan, perindustrian, pertanian, perniagaan, infrastruktur, institusi dan sebagainya.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan.

  • Faktor fizikal bekaitan dengan faktor alam semula jadi yang sedia ada
  • Faktor yang bukan semula jadi yang dikawal oleh manusia

Berikut adalah ringkasan faktor-faktor yang mempengaruhi guna tanah di sesuatu kawasan berdasarkan kepada contoh guna tanah berikut :-

1. Perindustrian

Ianya merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Perkembangan pembangunan sektor industri menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara masa kini.

Berikut adalah faktor pengaruhi aktiviti perindustrian di sesuatu kawasan :-

  • a) Lokasi : Perletakan kawasan perindustrian adalah penting kerana lokasinya akan memberi kesan kepada pembangunan lain di persekitarannya. Pembinaan kilang-kilang dan gudang-gudang memerlukan kawasan yang strategik dan sesuai di mana lokasinya mudah diakses oleh organisasi atau firma yang memerlukan hasil daripada pengoperasian pembangunan tersebut. Oleh itu, kedudukan industri yang sesuai dengan lokasinya akan memberi kesan kepada firma khususnya kesan ke atas kos dan untung firma tersebut, Lokasi industri yang tidak sesuai akan menyebabkan kenaikan kos, kelewatan tempoh masa dan jarak perjalanan yang panjang bagi pengangkutan. Tapak yang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi adalah sesuai untuk pembangunan kerana ia berpotensi untuk memberi pulangan kepada pelaburan projek pembangunan serta menghasilkan nilai pasaran yang tinggi.
  • b) Kemudahan Infrastruktur : Kemudahan infra yang kukuh merupakan pra syarat bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan industri yang mampan. Ianya termasuk kemudah elektrik, telefon dan air
  • c) Sumber Bahan : Mudahnya mendapat bahan mentah, bahan mineral, bahan asas pembuatan di kawasan sekitar
    • Bahan mentah menggalakkan perindustrian :-
      • Petroleum : industri membersihkan petroleum, bahan bakar kenderaan, polimer, cat dan minyak pelincir
      • Gas asli : industri membuat bahan bakar kenderaan dan baja urea
      • Kaolin : industri barangan tembikar, jubin dan pinggan
      • Kayu balak – industri venir dan perabot
      • Kelapa sawit – industri memproses minyak sawit untuk membuat majerin dengan sabun
      • Getah – industri memproses susu getah , membuat sarung tangan , kasut , dan tilam
      • Nanas – industri mengetin nanas dan makanan
      • Perikanan – industri membuat keropok dan ikan masin
  • d) Buruh : Wujudnya buruh mahir, separuh mahir dan tidak mahir di kawasan sekitar. Buruh merupakan tenaga penggerak dalam proses perancangan, pengeluaran, pengurusan dan pemasaran
  • e) Populasi : Terdapat permintaan dari penduduk sekitar.

2. Pertanian

Kawasan yang mempunyai ciri-ciri berikut akan membentuk guna tanah pertanian di kawasan tersebut :-

  • a) Bentuk Muka Bumi : Jenis tanah pamah sesuai ditanami padi manakala kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelape sawit. Kawasan yang terletak di pinggir laut pula sesuai ditanam dengan pokok kelapa
  • b) Jenis Tanah : Ianya mempengaruhi jenis tanaman yang dapat diusahakan. Contoh, tanah alivium sesuai ditanam padi sawah manakala tanah laterik yang bersaliran baik sesuai ditanami getah. Tanah gambut pula sesuai ditanami nanas dan tanah beris (campuran tanah liat dengan pasir) sesuai ditanam dengan tembakau, kelapa dan gajus.
  • c) Cuaca (Iklim) :Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu cuaca panas dan berhujan. Jenis tanaman seperti padi, getah, kelapa sawit, koko, nanas, kopi dan lada hitam sesuai ditanam dikebanyakkan tempat.
    • Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana, iaitu kira-kira 18 darjah celsius di kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang sesuai bagi penanaman teh, sayur sayuran dan bunga
    • Cuaca yang panas sepanjang tahun menggalakkan akitiviti penangkapan ikan

3. Perikanan

Ianya terbahagi kepada

  1. Perikanan pinggir pantai
  2. Laut dalam
  3. Akuakultur air tawar
  4. Akualultur air payau/air masin

Faktor yang mempengaruhi sektor pertanian adalah seperti berikut :-

a) Faktor Fizikal

  • Lokasi kedudukan Malaysia yang dikelilingi oleh laut yang cetek seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka. Laut yang cetek kurang daripada 180 meter membolehkan cahaya matahari sampai ke permukaan laut, menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan plankton dan zooplankton iaitu sumber makanan ikan yang utama membolehkan ikan dapat membiak
  • Pinggir pantai yang panjang dan berteluk-teluk sesuai dijadikan kawasan pembiakan ikan kerana terlindung daripadatiupan angin. Juga sesuai untuk dibina pelabuhan-pelabuhan perikanan seperti Kuala Perlis di Perlis, Kuala Kedah di Kedah dan Tok Bali di Kelantan.

b) Faktor Kemanusiaan

Tenaga buruh yang murah mudah didapati samada mahir dan separa mahir kerana ianya merupakan kerja tradisi bagi penduduk di tepi pantai. Latihan yang diberikan sama ada latihan jangka pendek (kurang daripada 3 bulan) mahupun latihan jangka panjang (lebih daripada 6 bulan – diploma). Contoh : Pusat latihan di Chendering Terengganu yang dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia – LKIM

Permintaan yang tinggi untuk bahan mentah daripada industri hiliran yang berkaitan seperti industi membuat ikan sardin, keropok, ikan kering, dan industri membuat makanan kucing (friskies)

Pengeksportan udang harimau ke negara luar seperti Jepun juga menyebabkan berlaku imbangan pembayaran dan pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia.

c) Jaringan Sistem Pengangkutan

Kemudahan jalan pengangkutan yang baik terutamanya jalan raya membolehkan ikan diangkut ke pasaran tempatan dengan cepat. Ini dapat menjaga kesegaran ikan. Di samping itu kemudahan lori awet dingin juga menentukan kesegaran ikan dibawa ke pasaran.

Untuk pasaran luar, jalan laut digunakan. Ikan diangkut menggunakan kapal yang dilengkapi dengan kemudahan bilik awet dingin yang dikendalikan oleh MISC. Kos pengangkutan juga murah.

d) Dasar Kerajaan

Penubuhan LKIM adalah berperanan membina kompleks pendaratan ikan dan kilang ais untuk  kemudahan nelayan mendaratkan ikan dan menjual hasil tangkapan tanpa melalui orang tengah.

Mewujudkan kawasan tukun tiruan iaitu kawasan pembiakan ikan akan menambahkan bekalan ikan. Tukun-tukun dihasilkan daripada tayar-tayar terpakai, konkrit batu dan kapal-kapal karam.

4. Petempatan (Kediaman/ Perumahan)

Faktor penting yang mempengaruhi guna tanah kediaman adalah seperti berikut :-

a) Bentuk muka bumi

Pembinaan rumah di kawasan tanah tinggi mempunyai risiko yang sangat tinggi dimana struktur tanah perlul dikaji terlebih dahulu dalam mengetahui kekuatan dan keadaan tanah tersebut. Ianya juga memerlukan kos pembinaan yang tinggi seperti kos kerja-kerja pemotongan bukit dan membuat tembok penahan bagi mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh.

Pembinaan rumah di kawasan tanah pamah (tanah rata) menjadi pilihan penting berbanding di kawasan tanah tinggi atas faktor kos dan juga kemudahan membina serta penghantaran barangan yang mudah.

b) Infrastruktur

Kemudahan sedia ada di sesuatu kawasan juga mempengaruhi pembangunan guna tanah kediaman yang sekaligus anda membuat aktiviti seharian. Contoh seperti jalan raya, taman permainan, jaringan kemudahan telekomunikasi lampu jalan, lampu isyarat, hentian bas dan lain-lain.

Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik yang tersedia juga mempengaruhi faktor guna tanah kediaman. Faktor lain termasuk kemudahan pendidikan, peluang pekerjaan, kesihatan, pengangkutan awam dan banyak lagi.

c) Keselamatan

Faktor keselamatan juga merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan di mana rumah kediaman yang dibina berdekatan dengan balai polis, balai bomba dan agensi lain adalah lebih selamat. Kawasan kejiranan yang tersusun dan mempunyai jiran berdekatan juga dapat memastikan keselamatan anda terjamin.

d) Estetika

Kawasan yang mempunyai keindahan dan kebersihan kawasan seperti landskap yang cantik dan dipenuhi flora dan fauna dapat memberi ketenangan kepada kita sekaligus membuatkan kita sentiasa kekal sihat dan aktif.

e) Peluang pekerjaan (Ekonomi)

Kepesatan pembanguan sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan mewujudkan peluang-peluang kerja dan menggalakkan migrasi penduduk ke kawasan tersebut. Kewujudan peluang pekerjaan serta ekonomi di kawasan sekitar akan mewujudkan pembangunan guna tanah kediaman di kawasan berhampiran. Ianya mengakibatkan proses migrasi dimana mereka yang berhijrah memerlukan tempat tinggal.

f) Sumber alam/ bahan mentah

Dengan adanya sumber, perkembangan kawasan dapat dipertingkatkan melalui aktiviti-aktiviti seperti perlombongan dan perindustrian, seterusnya menjadikan kawasan tersebut memerlukan guna tanah kediaman sebagai kawasan tempat tinggal. Contoh : sumber petroleum telah mewujudkan bandar memproses gas asli di Kerteh.

5. Pelancongan

Perkembangan pesat sektor pelancongan di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor :-

a) Faktor alam fizikal

Malaysia mempunyai pulau-pulau, pantai-pantai dan taman maritim yang cantik untuk menarik kemasukkan pelancong ke negara ini.antaranya seperti Pulau Langkawi,,Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Sibu dan Pulau Kapas. Keindahan persekitaran fizikal pulau seperti pantai yang berpasir halus, laut yang cetek dan jernih, terumbu karang,serta hidupan laut yang beraneka jenis menjadi daya tarikan kepada pelancong asing menuju ke destinasi tersebut untuk melakukan aktiviti seperti menyelam, berenang, bersantai,dan sebagainya.

b) Iklim

Mempunyai tarikan semula jadi kawasan tanah tinggi seperti pemandangan yang cantik dan suhu yang sejuk dan nyaman seperti di Genting Highlands, Cameron Highlands dan Kundasang. Ianya bukan sahaja mempunyai pemandangan yang cantik dan sejuk malah sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti penanaman seperti teh, sayur dan bunga

c) Faktor alam sekitar manusia

Terdapatnya tarikan tempat-tempat bersejarah (arkeologi) seperti Kota AFamosa, Makam Mahsuri , Kota Johor Lama

d) Seni dan budaya

Pelancongan berasaskan kepada ciri budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan unik menjadi faktor menarik pelancong datang ke Malaysia

e) Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

Kemudahan seperti jalan raya, lapangan terbang bertaraf antarabangsa dan kemudahan feri untuk membawa pelancong secara berterusan juga mempengaruhi perkembangan kegiatan pelancong di negara ini.

f) Kemudahan prasarana

Kemudahan perkhidmatan tempat penginapan, kemudahan beriadah dan bersukan serta membeli belah dapat mempengaruhi perkembangan pelancongan

6. Perniagaan

  • Peningkatan taraf hidup (penduduk berpendapatan tinggi mmepunyai kuasa membeli yang tinggi)
  • Kemudahan infrastruktur sediada (jalan raya, surau, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah),
  • Pasaran tempatan yang besar di sekitar kawasan kajian (banyak kawasan perumahan, penduduk padat),
  • Pertambahan penduduk ( kawasan kajian dan sekitar semakin berkembang, penduduk semakin ramai)
  • Darjah ketersampaian yang tinggi (banyak laluan atau rangkaian jalan raya, dekat dengan jalan-jalan utama)

7. Pembinaan

a) Pertumbuhan Demografik

  • Bilangan penduduk yang kian bertambah akan menyumbang kepada jumlah tenaga kerja dan meningkatkan pembelajaan dalam ekonomi. Secara tidak langsung,permintaan bagi keperluan asas manusia juga meningkat. Produk yang merupakan keperluan asas atau berkaitan dengannya perlu ditambah bagi memenuhi permintaan. Sebuah rumah tidak lagi mampu memuatkan ahli keluarga yang kian bertambah atauyang telah mendirikan rumahtangga, maka rumah baru adalah amat diperlukan.
  • Begitu juga dengan pertambahan guna tenaga akibat pertambahan penduduk. Hal ini akan menyebabkan permintaan yang meningkat kepada bangunan komersial dan perindustrian seperti ruang pejabat dan kilang-kilang. Segala permintaan produk industri pembinaan akan meningkat bagi menampung jumlah penduduk yang kian bertambah. Dengan ini industri binaan dapat dibantu oleh pertumbuhan demografik kecuali dalam negara-negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang terlampau tinggi seperti India

b) Kemampuan Pengguna

  • Faktor ini lebih berkenaan dengan perumahan, khasnya perumahan kos rendah dan sederhana rendah. Harga perumahan sepatutnya sewajar dengan pendapatan rakyat. Bagaimanapun, perumahan kos rendah dan sederhana rendah yang terlalu banyak akan membawa kesan yang negatif kepada industri binaan kerana perumahan kos rendah dan sederhana mempunyai margin keuntungan yang rendah ataupun tidak untung. Terdapat keadaan cross subsidy di mana pemaju meninggikan kerugian daripada jualan rumah kos rendah

c) Bekalan dan Harga Bahan Binaan

  • Sesuatu projek memerlukan bahan binaan untuk menjalankan aktiviti pembinaan. Keadaan penawaran bahan binaan yang ketat akan memperlambatkan proses pembinaan, seterusnya menyebabkan kos pembinaan yang tinggi. Bekalan bahan binaan yang berterusan akan memantapkan harga bahan. Oleh itu,kontraktor yang besar akan cuba untuk menghasilkan bahan binaan mereka sendiri untuk mengelakkan ketidaktentuan bekalan

d) Lain-Lain

  • Polisi dan peruntukkan kerajaan
  • Kemudahan dan kadar pinjaman

8. Pengangkutan

Pembinaan jalan-jalan dan kemudahan sistem pengangkutan di dalam dan di luar bandar memberi akses jalan masuk kepada sesuatu kawasan dan seterusnya memudahkan pengaliran pengaruh terhadap pembangunan dan unsur-unsur pemodenan.

a) Bentuk Muka Bumi

  • Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api sesuai dibina di kawasan tanah pamah, lembah sungai dan pinggir pantai. Pantai barat Semenanjung Malaysia yang luas dan rata memudahkan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api.
  • Kawasan yang mempunyai kawasan hutan yang tebal, tanah tinggi, bergunung-ganang dan berpaya menjadi penghalang bagi pembinaan jalan raya dan jalan kereta api. Contohnya di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

b) Kegiatan Ekonomi

  • Jaringan pengangkutan yang cekap perlu untuk proses penghantaran barangan ke pasaran atau pelabuhan untuk dieksport. Kawasan yang mempunyai sumber mineral dan sumber hutan biasanya dihubungkan dengan jalan raya dan jalan kereta api untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah.
  • Kawasan pertanian dan kawasan perindustrian juga mempunyai jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang lebih padat dan baik serta tersusun

c) Keperluan Pengguna

  • Kawasan yang kepadatan penduduk yang tinggi selalunya mempunyai jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang lebih baik dan sistematik
  • Pantai Barat Semenanjung Malaysia mempunyai jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang lebih baik dan banyak berbanding kawasan-kawasan lain di Malaysia.

d) Kemajuan Teknologi

  • Perkembangan teknologi moden elah membantu menjimatkan kos pembinaan pengangkutan dan perhubungan.
  • Kos yang lebih murah akan membolehkan pembinaan lebuh raya, terowong, jambatan dan pelabuhan.

e) Lain-Lain Faktor

  • Kemajuan kehidupan dan budaya manusia.
    • Sistem pengangkutan merupakan salah satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat meningkatkan kualiti hidup sosial
  • Pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi yang berterusan
    • Pertambahan tempat tinggal, tempat bekerja atau belajar, tempat membeli-belah dan tempat beristirahat memerlukan suatu sistem pengangkutan
  • Perkembangan bandar
    • Ianya telah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan permintaan perumahan dan memperbanyakkan pejabat. Semuanya ini memerlukan sistem pengangkutan yang baik bagi membolehkan orang ramai untuk bergerak ke sesuatu kawasan

9. Perkhidmatan

Dikenali sebagai sektor ekonomi tertiar atau peringkat ketiga. Ianya merupakan sektor yang tidak mengeluarkan barangan sebaliknya membekalkan perkhidmatan kepada pengguna. Contoh : Pengangkutan, kewangan dan insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan serta perkhidmatan kerajaan. Faktor yang mempengaruhi sektor perkhidmatan adalah :-

a) Faktor Fizikal

  • Kekayaan semulajadi : Penemuan gas asli memajukan sektor pengangkutan, pelabuhan, bekalan tenaga dan gas. Contoh : Kerteh, Terengganu
  • Sungai : Sektor pengangkutan air. Contoh Sungai Rejang dan Sungai Kinabatangan
  • Keindahan Alam Sekitar : Memajukan pelancongan. Contoh :- Langkawi, Cameron Highlands, Pulau Redang

b) Faktor Ekonomi

  • Kemajuan sektor primer dan sekunder menjadi asas penting yang memperkembangkan sektor perkhidmatan
  • Sektor perkhidmatan memerlukan sektor primer dan sekunder sebagai input
  • Aktiviti penghantaran dan pengangkutan bahan mentah

c) Faktor Governan

  • Menggalakkan pelabur asing memnanam modal dalam sektor pelancongan, pendidikan, insurans dan bank
  • Diberikan pengecualian cukai
  • Mempromosikan pelancongan di luar negara
  • Mengembangkan francais
  • Memperluaskan konsep e dagang
  • Menyediakan infrastruktur lengkap beserta sistem telekomunikasi yang canggih

d) Faktor Teknologi

  • Dibantu oleh R&D yang berterusan
  • Teknologi telekomunikasi berkembang dan membantu perkembangan sektor perkhidmatan yang lain

10. Pembandaran

Proses pembandaran adalah satu perubahan penduduk dari desa ke bandar. Guna tanah utamanya adalah bangunan atau kediaman, tempat menjalankan aktiviti perniagaan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Pembandaran di Malaysia adalah :-

a) Migrasi

  • Lebih ramai penduduk yang berindah dari luar bandar ke bandar

b) Perindustrian

  • Kewujudan kawasan perindustrian akan membentuk sebuah bandar. Pembangunan akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, peningkatan kemudahan dan infrastruktur yang akan mempengaruhi pembangunan kawasan setempat serta kawasan sekitarnya.

c) Refomasi Tanah

  • Proses penyatuan tanah yang berpecah akan menggalakan perkembangan petempatan berkelompok/ berpusat.

d) Ekonomi

  • Sistem dan saiz kawasan pertanian, jenis tenakan yang berbeza boleh menghasilkan pola petempatan berkelompok atau berpusat

e) Dasar Kerajaan

  • Dasar Perindustrian Negara (DPN) : Perindustrian ringan mempengaruhi pembandaran Kepong, Puchong, Nilai. Zon Perdagangan Bebas mempengaruhi pembandaran kawasan Prai dan Bayan Lepas dan Pasir Gudang
  • Dasar Ekonomi Baru 1970 dan Rancangan Lima Tahun yang memperkenalkan pembukaan kawasan baru dan bandar kecil telah menyebabkan proses pembandaran berlaku dengan pesat di bandar dan kawasan sekitarnya

f) Peluang Pekerjaan

  • Kewujudan banyak pekerjaan dalam sektor perdagangan, perniagaan dan perindustrian telah menggalakkan penumpuan penduduk dari luar bandar ke kawasan pembandaran.

Jenis Guna Tanah Di Kawasan Kajian

Guna tanah merupakan suatu usaha dalam membina rangka kerja kepada pembangunan masa hadapan. Perancangan guna tanah yang dirancang ataupun dilaksanakan haruslah menitikberatkan pelbagai perkara dalam mengelakkan terjadinya perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Contohnya konflik guna tanah atau pembangunan yang tidak dapat berfungsi seperti yang dirancangkan.

Keperluan kegunaan guna tanah sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa berdasarkan keperluan asas aktiviti manusia di dalam kehidupan. Guna tanah boleh diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perindustrian, perumahan, pertanian, bandar, institusi dan sebagainya. Konsep dan definisi aktiviti guna tanah kebanyakannya tidak mempunyai satu keseragaman yang khusus.

Berikut adalah senarai jenis-jenis guna tanah yang terdapat di Malaysia :-

1. KEDIAMAN (PERUMAHAN)

  • Perumahan terancang : Strata, Bukan Strata, Kakitangan, Kampung tersusun, Felda, Kampung Baru, Perumahan Ladang/ Estet
    • Strata : Jenis bangunan perumahan selain rumah sesebuah, berkembar dan teres yang menyediakan unit kediaman yang banyak secara bertingkat-tingkat dan mempunyai hakmilik berasingan untuk setiap unit (Strata Title). Pembeli hanya memiliki bahagian dalam unit rumah, manakala bangunan, taman dan lain-lain kemudahan dimiliki bersama dan diuruskan oleh ‘perbadanan penduduk (pembeli)
    • Bukan Strata : Bangunan kediaman atas tanah (landed housing) termasuk rumah sesebuah/ banglo, rumah teres, rumah berkembar dan rumah kelompok. Setiap hakmilik adalah mengikut lot/ unit individu rumah
  • Perumahan tidak terancang : Kampung tradisi, kampung nelayan, atas air, orang asli, setinggan
    • Kampung tradisi : Dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kg. Tradisi di bandar yang menampung bilangan penduduk yang tinggi terlibat dengan aktiviti bandaran dan keadaan fizikal yang kurang teratur dan sesak (slum). Kg. Tradisi di desa pula menampung penduduk di tahap densiti rendah dan seimbang. Taburan petempatan ini dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi setempat seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya
    • Petempatan di bandar atau pinggir bandar yang penghuninya tidak mempunyai hak nyata ke atas pemilikan tanah. Kampung Setinggan hanya akan digunakan di dalam pelan guna tanah semasa

2. PERDAGANGAN (PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN)

  • Perniagaan terancang : Borong, runcit, perkhidmatan, pelbagai
    • Perkedaian : Kedai Runcit, Borong dan Perkhidmatan, Kedai Dobi, Kedai Runcit, Barangan Harian, Kedai Alat Tulis
    • Emporium, Pusat membeli-belah, butik, arked, bazar, studio fesyen, restoran, pejabat, hotel dan sebagainya
    • Restoran, Café Terbuka, Kafetaria, ‘Snack Bars’, Grill Rooms’, ‘Steak House’
  • Perniagaan tidak terancang : Borong, runcit, perkhidmatan, pelbagai

3. PERINDUSTRIAN

  • Perindustrian terancang : Ringan, sederhana, berat, khas, perkhidmatan
    • Industri ringan biasanya teletak dikawasan yang ditempatkan untuk aktiviti perindustrian, Boleh ditempatkan berhampiran dengan kawasan kediaman kerana industri ini tidak mengeluarkan bahan buangan,bunyi,bau serta gas dalam proses pembuatan seharian. Memerlukan zon penampan seperti “Physical Buffer” dan “Green Buffer” dalam jarak 50 meter.
  • Tidak terancang : Ringan, sederhana, berat, khas, perkhidmatan
    • Ringan : Industri yang mempunyai tahap pencemaran yang minimum dan dibangunkan secara tidak terancang dari segi perletakan dan lokasi.Industri ini biasanya terdapat di kawasan pinggir bandar ataupun desa.
  • Lombong/ kuari : Perlombongan aktif, kuari aktif
    • Industri perlombongan ini merupakan industri mengali hasil bumi seperti bijih timah,emas dan perak. Ianya boleh diklasifikasikan sebagai industri berat kerana penggunaan jentera berat dalam proses perlombongan/pengalian.

4. JENIS GUNA TANAH INSTITUSI DAN KEMUDAHAN MASYARAKAT (PENDIDIKAN)

Guna tanah jenis ini melibatkan :-

  • Pendidikan : Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Agama, Institut Latihan, IPT, Pusat Penyelidikan
  • Kesihatan : Klinik desa, klinik pergigian, klinik kesihatan, Hospital
  • Keagamaan : Surau, Masjid, Kuil, Tokong, Gereja
  • Perkuburan : Kubur, Jirat Cina, Kristian, Hindu/ Sikh, Buddha, Krematoria
  • Keselamatan : Pondok Polis, Balai Polis, Balai Bomba, Penjara, Kem Tentera
  • Rumah Kebajikan : Rumah Anak Yatim, Rumah Orang Tua, Pusat Pemulihan Akhlak
  • Kegunaan Kerajaan/ Bdan Berkanun : Istana, Muzium, Pejabat Kerajaan
  • Lain-lain kemudahan masyarakat : Balai raya, dewan, perpustakaan

5. KAWASAN LAPANG (REKREASI)

  • Tanah lapang : Taman permainan, padang
    • Tanah Lapang ialah mana-mana Taman sama ada yang dikepung atau tidak yang dikhaskan atau dirizabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagianya sebagai suatau taman bunga awam, taman awam,padang sukan dan rekreasi awam,tempat makan angin, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam
  • Kemudahan sukan dan rekreasi : Padang bola, kompleks sukan, taman tema, Zoo
  • Kawasan Hijau : Kawasan lebihan pembangunan, tanah kosong sekitar badan air, zon penampan

6. PENGANGKUTAN, INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dsb atau prasarana

  • Jalan : Lebuhraya, Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Bandaran, Lain-lain jalan
  • Landasan : Kereta api, monorail. LRT/ MRT, Landasan terbang
  • Kemudahan pengangkutan : Lapangan terbang, pelabuhan laut dan darat, terminal/ stesen bas, jeti nelayan, tempat letak kereta

Jenis guna tanah lain dalam kategori ini adalah :-

  • Bekalan elektrik : Talian rentis, pencawang utama, loji janakuasa, pencawang elektrik
  • Bekalan Gas : Laluan paip gas
  • Pengairan dan perparitan : Kolam takungan, kolam tahanan, stesen pam, rangkaian sistem perparitan
  • Bekalan Air : Empangan, Loji rawatan air, rumah pam, tangki air
  • Telekomunikasi : Bangunan ibu sawat, menara. stesen pemancar telekominikasi
  • Pelupusan Sisa Pepejal : Pusat pemindahan, pusat pelupusan
  • Pembentungan : Loji kumbahan, kolam oksidasi

7. PERTANIAN

Termasuklah penanaman apa-apa tanaman (termasuk pokok-pokok yang ditanam bagi maksud mendapatkan hasilnya), berkebun sayur,

  • Pertanian : Getah, kelapa sawit, padi
  • Lain-lain jenis pertanian : Kebun, kopi, koko, teh, lada hitam, sayur-sayuran
  • Tanah terbiar : Tanah pertanian tidak diusahakan, tanah lombong

8. PENTERNAKAN DAN AKUAKULTUR

  • Penternakan : Ayam, Lembu, Itik, Tenusu, Kambing
  • Akuakultur : Air masin, air tawar

9. HUTAN

  • Hutan darat, tanah lembap, tanah gambut, hutan yang dibersihkan

10. BADAN AIR

  • Semulajadi : Sungai, tasik, paya, lagun, laut
  • Buatan : Bekas lombong, taman rekreasi, tasik empangan

11. PANTAI

  • Pantai Semulajadi : Pantai awam
  • Tambak : Pantai awam

Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar (Perindustrian, Pertanian, Pembinaan Jalan Raya, Perlombongan)

Perkara yang perlu dimasukkan dalan kajian peta ini adalah kesan guna tanah terhadap alam sekitar. Keperluan kegunaan guna tanah di sesuatu kawasan seperti perumahan, perindustrian, jalan raya dan sebagainya sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa yang berdasarkan kepada keperluan asas aktiviti manusia di dalam kehidupan.

Perubahan guna tanah akan memberi kesan negatif yang timbul khususnya terhadap pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan sebagainya. Keadaan mungkin lebih serius khususnya di kawasan bandar yang pesat membangun apabila berlakunya masalah perubahan iklim bandar, hujan asid, pulau haba sehingga berlakunya peningkatan terhadap suhu dan memberi gangguan kepada kehidupan manusia.

Guna tanah didefinasikan sebagai kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh manusia untuk mengubah landskap ruang tanah tersebut termasuklah aktiviti perburuan dan pembajakan.

‘Guna Tanah’ sering digunakan untuk merujuk kepada penggunaan yang berbeza jenis tanah dalam satu kawasan pengezonan. Ianya juga merujuk kepada penggunaan melalui aktiviti manusia ke atas tanah. Guna tanah melibatkan pengurusan dan pengubahsuaian alam semula jadi. Atau hutan belantara kepada produk alam bina seperti padang, padang rumput dan penempatan.

Guna tanah boleh diklasifikasikan kepada bentuk aktiviti seperti perindustrian, perumahan, bandar, institusi dan sebagainya. Pembangunan merupakan satu proses atau usaha untuk memodenkan sesebuah kawasan yang sedang membangun atau mundur serta meningkatkan taraf hidup penduduk ke tahap yang lebih lebih baik. Berikut adalah diantara kesan guna tanah terhadap alam sekitar mengikut jenis guna tanah.

1) Pembinaan Jalan Raya

Untuk memudahkan urusan perjalan dan penghantaran, perhubungan jalan raya di sesuat kawasan perlu di naik taraf, Namun ianya memberi kesan kepada alam sekitar.

Pembinaan jalan raya di kawasan lereng bukit akan menyebabkan berlaku hakisan tanah dan tanah runtuh. Tanih yang terhakis akan mendap di dasar sungai menyebabkan dasar sungai cetek dan tercemar

2) Kesan Perlombongan

Aktiviti perlombongan kini semakin kurang susulan status negara yang ke arah perindustrian, Kesan akibat aktiviti perlombongan terhadap alam sekitar adalah :-

  1. Mengancam habitat flora dan fauna
  2. Menjejaskan kualiti air
  3. Mengancam hidupan akuatik
  4. Kesuburan tanah berkurangan. Tanah kurang sesuai untuk aktiviti pertanian
  5. Tinggalan kawasan-kawasan perlombongan membentuk lekukan,kolam dan tasik

Selain itu, perlombongan bauksit yang pernah kecoh di Pahang dahulu akan menyebakan kesan berikut :-

  • Pencemaran udara dan air serta menimbulkan masalah kesihatan di kalangan masyarakat sekitar.
  • Menimbulkan masalah lalu lintas apabila lori yang mengangkut bahan sering mengisi muatan secara berlebihan sehingga berlaku tumpahan di atas jalan raya dan juga mengenai kenderaan lain
  • Jalan menjadi berdebu pada musim panas dan berselut pada musim hujan
  • Kandungan dalam debu merah bauksit yang bahaya adalah aluminium hidroksida yang boleh menyebabkan pedih hidung, batuk-batuk serta kulit mengalami kemerahan, mengelupas dan gatal mata

3) Kesan Kegiatan Pertanian

Berikut diantara kesan aktiviti pertanian yang menjejaskan alam sekitar :-

  • a) Pencemaran udara dan jerebu : Melibatkan pembakaran terbuka untuk penyediaan tapak pertanian. Contoh – ladang tebu, pembakaran jerami padi, tapak pertanian pindah. Kejadian ini  meningkaatkan bacaan IPU di sesuatu kawasan.
  • b) Pencemaran air, tanah dan udara : Disebabkan oleh penyemburan racun serangga, penggunaan baja kimia yang menyebabkan berlakunya hujan asid pada skala yang kecil. Racun serangga dan baja kimia menyebabkan pencemaran air yang sekaligus mengancam hidupan akuatik
  • c) Hakisan tanah/ tanah runtuh : Tanaman tanpa tutup bumi menyebabkan lumpur di bawa ke sungai yang menjadikan sungai tercemar dan cetek
  • d) Ketidak seimbangan nutrient dalam tanah disebabkan oleh tanaman tunggal dan tanaman ulangan berterusan tanpa merehatkan tanah dan pembajakan yang berterusan. Tanaman sejenis menyebabkan beberapa jenis mineral tanah digunakan secara intensif oleh tumbuhan berkenaan dan tanah hilang kesuburan dengan cepat
  • e) Tebus guna tanah di kawsan paya/ wetland untuk kegiatan pertaanian merosakkan ekosistem akuatik dan mempecepatkan hakisan pantai kerana tiada pokok kayu bakau di zon penampan hakisan ombak
  • f) Perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat : Gangguan terhadap proses sejat peluhan tumbuhan menyebabkan peratus kelembapan udara menurun. Udara bersifat kering dan persekitaran udara terdedah kepada bahang matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh kanopi kesannya indeks suhu setempat meningkat.
  • g) Kemusnahan sumber alam : Kepelbagaian bio diversity /sumberbiologi seperti pelbagai spesies flora dan fauna diancam kepupusan. Ianya memusnahan ekosistem seperti rantaian makanan dan habitat semula jadi yang dijadikan tapak pertanian.
  • h) Perubahan landskap secara ketara seperti hutan semula jadi menjadi hutan tanaman, hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder dan permukaan tanah yang tergondol
  • i) Mengganggu kestabilan kitaran hidrologi : Penggunaan hutan untuk dijadikan tapak pertanian telah mengurangkan proses transpirasi tumbuhan menyebabkan kehilangan kawsan tadahan air, mengurangkankadar susupan, storan dan edaran air tanah dan seterusnya menejejaskan sumber air kepada sungai, paya tasik dan sebagainya

4) Kesan Pembangunan Perindustrian

Aktiviti perindustrian/ kilang juga menyumbang kepada pencemaran terhadap alam sekitar seperti berikut :-

a) Pencemaran Air

  • Disebabkan oleh pembuangan bahan sisa kilang getah / kelapa sawit ke dalam sungai.
  • Pembuangan bahan-bahan kimia dan sisa toksid yang merbahaya kepada manusia dan hidupan lain, menyebabkan pertambahan bahan organik secara langsung kurangkan bekalan oksigen – hidupan air terancam dan mati
  • Berlakunya wabak penyakit dan mengancam kesihatan pengguna.

b) Pencemaran Udara

  • Asap dan gas beracun daripada kilang dilepaskan ke udara
  • Hasil aktiviti kilang simen, kilang papan, kilang memecah batu mengeluarkan habuk
  • Kilang getah getah dan kelapa sawit keluarkan bau busuk.

c) Pencemaran Bunyi

Daripada jentera dan kenderaan di kilang.

d) Pencemaran Darat

  • Pembuangan sampah-sarap secara berleluasa menyebabkan longkang dan parit tersumbat
  • Banjir kilat
  • Pembukaan kawasan perindustrian, perumahan, jalan raya juga akibatkan masalah hakisan tanah

5) Kesan Perikanan

Aktiviti perikanan yang tidak dikawal akan menyebabkan :-

  • a) Pencemaran air : khususnya air laut di kawasan sekitar pelabuhan perikanan akibat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan, pembersihan bot, sisa domestik dan tumpahan minyak bot. Akibatnya , permukaan air laut diliputi oleh minyak. Pancaran cahaya matahari tidak sampai ke dasar laut. Plankton tidak membiak. Bekalan makanan ikan kurang. Ikan mati. Bekalan ikan pupus.
  • b) Kemusnahan ekosistem paya bakau : pembinaan kolam merinkultur di kawasan hutan paya bakau di zon pinggir pantai menyebabkan hidupan asal seperti ketam, lokan, ikan tebakul dan pelbagai spesis burung akan turut musnah. Rantaian makanan yang terganggu akan menjejaskan ekosistem muara dan sekaligus akan mengurangkan kadar populasi asal hutan paya bakau berkenaan.
  • c) Kepupusan hidupan akuatik : tangkapan ikan yang berlebihan dan tanpa kawalan terutamanya apabila menggunakan pukat tunda di kawasan laut dalam boleh menyebabkan bekalan ikan terhad. Di kawasan pinggir pantai, aktiviti menuba (menggunakan racun) dan penggunaan kuasa letrik di kawasan paya, kolam, tasik dan sungai menyebabkan kemusnahan ikan yang masih kecil. Akibatnya, bekalan ikan masa depan akan pupus.

6) Kesan Aktiviti Pelancongan Ke Atas Persekitaran Fizikal

Aktiviti pelancongan yang tidak dikawal akan menyebabkan :-

  • a) Kemusnahan kawasan hutan : Aktiviti pelancongan seperti pembukaan tasik buatan seperti pembinaan Tasik Kenyir di Terengganu akan memberikan impak yang besar kepada persekitaran fizikal. Kemusnahan kawasan hutan menyebabkan sebahagian kawasan hutan ditenggelami air. Banyak habitat dan tumbuhan di kawasan tersebut musnah. Sistem saliran juga tercemar akibat pembuangan sisa makanan dan sampah sarap. Kesan pembinaan kawasan pelancongan juga menjadikan tumbuhan seperti pokok-pokok kayu balak yang telah hidup bertahun lamanya ditebang. Keadaan ini telah mengubah persekitaran geografi di kenyir yang dahulunya merupakan kawasan hutan tebal dengan kepelbagaian tumbuhan, tetapi kini semuanya telah musnah. Oleh sebab itu, banyak khazanah-khazanah semula jadi yang bernilai hilang kerana penerokaan oleh manusia.
  • b) Pencemaran Air : Aktiviti pelancongan yang berhampiran dengan kawasan perairan seperti pantai dan pulau juga akan memberi impak terhadap kualiti air. Pelepasan sisa kumbahan daripada hotel, resort dan chalet ke laut akan menyebabkan air laut tercemar. Selain itu, pencemaran air juga berlaku apabila sampah sarap dibuang oleh pelancong ke pantai. Peningkatan jumlah pelancong melancong ke tempat peranginan ini akan meningkatkan jumlah sampah yang dibuang.
  • c) Pencemaran udara

    • Perkembangan sektor perkhidmatan pengangkutan seperti bas dan teksi di kawasan yang ramai pelancong menjadi faktor utama. Asap kenderaan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan udara tercemar. Selain itu, akan mewujudkan masalah pencemaran udara. Peningkatan kepada pengeluaran penggunaan perkhidmatan ini boleh membawa kepada penipisan lapisan ozon. Apabila aktiviti ini berterusan lama-kelamaan akan memberi impak yang besar kepada kesan rumah hijau.
  • d) Kerosakan Ekologi : Aktiviti pelancongan di kawasan tanah tinggi biasanya memberi gangguan kepada kerosakan ekologi seperti kawasan tanah dan air serta habitat dan haiwan. Aktiviti guna tanah untuk pembinaan tapak rekreasi dan kemudahan infrastruktur menyebabkan sebahagian kawasan hutan diterokai dan bukit-bukit ditarah untuk membina tapak peranginan antaranya. Keadaan ini akan membawa kesan kepada struktur tanah di kawasan tersebut.
  • e) Masalah hakisan dan tanah runtuh : Aktiviti pelancongan juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanih. Hakisan tanih berlaku akibat daripada aktiviti seperti peneresan dan perataan cerun bukit untuk membina kawasan peranginan dan kemudahan. Aktiviti yang dijalankan tanpa mengikut spesifikasi yang betul boleh mengakibatkan kepada berlakunya peningkatan kadar hakisan.

7) Kesan Petempatan

Kemerosotoan Kualiti Alam Sekitar

1. Peningkatan suhu

  • a) Peningkatan suhu di bandar dikenali sebagai fenomena pulau haba bandar.
  • b) Peningkatan suhu disebabkan pembebasan gas karbon monoksida oleh kenderaan bermotor yang mmpunyai daya serap haba yang tinggi, kekurangan kawasan hijau untuk menyerap gas karbon dioksida.
  • c) Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari semakin tinggi di kawasan bandar.
  • d) Penurapan permukaan bumi dan bahan binaan bndar yang terdiri daripada simen dan konkrit mmpunyai daya serap haba yang tinggi.
  • e) Pembinaan bangunan yang sgt rapat antara satu sama lain menyebabkan haba terperangkap di celah-celah bangunan dan seterusnya memanaskan permukaan bandar.

2. Hakisan

  • a) Pemotongan bukit dan pembersihan hutan di lereng-lereng bukit untuk tujuan petempatan menyebabkan berlakunya masalah hakisn tanah
  • b) Penebangan hutan akan mengurangkan proses resapan air ke dalam tanah dan meningkatkan larian air di permukaan bumi. Peningkatan aliran air permukaan menghasilkan pelbagai jenis hakisan di permukaan cerun seperti hakisan beralur dan hakisan tidak beralur

3. Tanah runtuh

  • a) Penebangan hutan untu membina kawasan perumahan juga mnyebabkan kejadian tanah runtuh.
  • b) Penebangan hutan akn melonggarkan struktur tanah dan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada hujan
  • c) Tanah runtuh terjadi apabila hujan yang turun bertindak sebagai pelincir dan pemberat

4. Banjir kilat

  • a) Banjir kilat adalah limpahan air di bandar yang berlaku secara mendadak akibat curahan hujan yang lebat dan surut dalam jangka masa yang singkat
  • b) Faktor yg menyumbang kepada kejadian banjir kilat seperti pembuangan sampah sarap oleh penduduk menyebabkan sistem saliran tersumbat.

5. Kepupusan kepelbagaian biologi

  • a) Kepelbagaian biologi ialah kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan yang hidup di dalam sesebuah ekosistem
  • b) Kemusnahan kepelbagaian biologi berlaku apabila hutan di kawasan pinggir bandar ditebang untuk dijadikan kawasan petempatan.
  • c) Penebangan hutan memusnahkn habitat haiwan dan menganggu rantaian yg terdapat di dlm ekosistem hutan

6) Pencemaran udara/ air/ bunyi/ bau

  • a) Pencemaran udara di petempatan berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, pembangunan industri dan penggunaan bahan api yg tidak mesra alam.
  • b) Pencemaran air berlaku terhadap sungai, muara, pelabuhan, air bawah tanah dan air hujan (hujan asid). Ianya berpunca daripada pembuangan sisa domestik/ perumahan oleh penduduk bandar, sisa kumbahan dan sisa kilang ke dalam sumber air.
    c) Pencemaran bunyi – Aktiviti manusia yang makin bertambah di kawasan petempatan telah menjana paras bunyi hingar (bunyi bising)
  • d) Pencemaran bau – berpunca daripada buangan sisa pepejal seperti sampah dan air sampah). Pertambahan penduduk dalam kawasan bandar menghasilkan kuantiti buangan sisa pepejal yang sangat tinggi

8) Kesan Pembinaan

Aktiviti pembinaan sememangnya memberi kesan terhadap alam sekitar. Kesan aktiviti pembinaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu kesan terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.

a) Kesan Terhadap Alam Sekitar Fizikal

  • Kepupusan flora dan fauna
  • Hakisan Tanah
  • Banjir
  • Pencemaran Air
  • Pencemaran Udara dan Bunyi
  • Peningkatan suhu

b) Kesan Terhadap Manusia

  • Kesihatan
  • Keselamatan penduduk

9) Kesan Aktiviti Perniagaan

Impak aktiviti perniagaan :-

a) Mengubah lanskap

  • Penggondolan bukit untuk aktiviti pembinaan kedai-kedai
  • Paya ditimbus untuk dijadikan tapak pembinaan perniagaan

b) Pencemaran tanah

  • Pengurusan pembuangan yang tidak sistematik. Sampah sarap dibiar bersepah di atas permukaan tanah
  • Pembuangan sisa pepejal telah menyebabkan berlakunya pencemaran tanah

c) Proses penyahutanan

Kawasan hutan ditarah untuk membina pusat membeli-belah dan medan perniagaan

d) Kepupusan flora dan fauna

  • Habitat haiwan musnah
  • Haiwan yang bergantung kepada flora pupus
  • Ekosistem akuatik terganggu kerana tercemar dengan sisa buangan pembinaan dan juga sampah sarap dari aktiviti perniagaan

e) Sistem Atmosfera

  • Penipisan lapisan ozon
  • Proses pembinaan kedai menyebabkan debu berterbangan di udara
  • Penggunaan bahan yang mengandungi CFC di dalam premis perniagaan.
  • Proses pembinaan kedai menyebabkan berlakunya pencemaran udara
  • Pencemaran air
  • Pengurusan sistem pepejal yang tidak sistematik
  • Penggunaan bahan detergent dan bahan pencuci
  • Pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai

10) Kesan Guna Tanah Pengangkutan

a) Pencemaran udara

  • Pertambahan kenderaan di kawasan bandar akan menghasilkan pencemaran udara terhadap kawasan tersebut. Karbon monoxida yang keluar dari kenderaan akan menyebabkan udara tercemar

b) Pencemaran Bunyi

  • Dengan pertambahan kenderaan di kawasan bandar, ianya akan menghasilkan bunyi yang bising sekaligus mewujudkan pencemaran bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu.

c) Perubahan Landskap

Pembinaan sistem pengangkutan akan mengubah landskap fizikal sesuatu kawasan. Pembinaan lebuh raya atau pelebaran jalan raya akan menyebabkan cerun bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya. Jika tanpa kawalan, projek pemotongan dan menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan ke atas cerun. Apabila berlaku hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan menyebabkan berlakunya tanah runtuh

  • Kesan lain adalah kemalangan jalan raya, kejadian hakisan serta tanah runtuh dan tanah mendap.

11) Kesan Pembandaran

a) Kesesakan Lalu Lintas/ Banjir Kilat

Traffic jam di bandar terutama ketika waktu puncak, iaitu semasa penduduk pergi dan pulang dari kerja. Keadaan ini akan diburukkan lagi apabila berlakunya banjir kilat

b) Pencemaran Udara/ Bunyi/ Air

  • Jumlah kenderaan yang semakin bertambah telah menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi berlaku.
  • Gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan nitrogen oksida yang dibebaskan daripada kenderaan telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara di bandar. Gas yang dibebaskan ke udara ini bukan sahaja mencemarkan udara malahan akan memburukkan lagi fenomena pulau haba yang berlaku di bandar kesan daripada peningkatan suhu yang berlaku di udara.
  • Jumlah kenderaan yang terlalu banyak di jalan raya akan menghasilkan bunyi bising sehingga mengakibatkan pencemaran bunyi berlaku terutama kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan jalanraya atau lebuh raya.
  • Pencemaran air juga berlaku disebabkan oleh pembuangan sisa domestik dan pembuangan sisa kilang ke sungai. Pertambahan jumlah penduduk dan peningkatan jumlah kilang akan memburukkan lagi keadaan ini.

c) Kawasan Setinggan

Kesan negatif yang paling ketara akibat proses pembandaran yang berlaku. Masalah petempatan setinggan yang wujud di kawasan bandar disebabkan oleh:

  • 1) Jumlah rumah yang tidak mencukupi
  • 2) Kadar sewa rumah yang terlalu tinggi
  • 3) Harga rumah dan tanah yang tinggi

Penduduk yang tidak mampu memiliki rumah mengambil jalan mudah dengan mendirikan petempatan di atas tanah-tanah kerajaan dan persendirian serta di kawasan tebing sungai dan di sepanjang landasan kereta api.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *