in

Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah

i-Suri adalah singkatan kepada Insentif Suri dan merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih. Peserta i-Suri layak untuk menerima sumbangan kerajaan berjumlah RM40 sebulan atau RM480 setahun tertakluk kepada bayaran caruman minimum RM5 sebulan. Berikut dikongsikan cara daftar i-SURI KWSP untuk suri rumah buat panduan semua.

Untuk makluman, pendaftaran caruman sukarela insentif suri (i-Suri) boleh dibuat mulai 15 Ogos 2018 dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara.

Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah

Panduan Cara Daftar i-SURI KWSP (Caruman Sukarela Insentif Suri)

Suri rumah, balu dan ibu tungal yang profil mereka didaftarkan di pangkalan data kemiskinan nasional (e-Kasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.

Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri bakal menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP yang lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.

Pendaftaran i-SURI KWSP

Berikut dikongsikan maklumat cara daftar i-SURI KWSP beserta syarat kelayakan, semakan nama di sistem e-Kasih dan manfaat
  • No 1 Sebelum membuat pendaftaran i-Suri, sila rujuk kepada syarat kelayakan samada anda berkelayakan atau tidak. Jika anda layak, sila buat pendaftaran di mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negeri di Malaysia mulai 15 Ogos 2018

Syarat Kelayakan i-SURI KWSP Dan Cara Semak Pendaftaran e-Kasih

  • No 3 Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018, termasuk Isteri (Isteri kepada ketua Isi Rumah KIR), KIR Wanita (Balu, bercerai, bujang)
    • Semakan pendaftaran nama di sistem e-Kasih boleh disemak secara online di pautan berikut :
  • No 4 Warganegara Malaysia dan belum mencapai umur 60 tahun
  • No 5 Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun di KWSP

Maklumat lanjut berkaitan Program i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah boleh dirujuk seperti berikut :-

Manfaat i-SURI

  • No 1 Sumbangan kerajaan RM200 untuk tahun 2018
  • No 2 Bagi tahun berikutnya iaitu tahun 2019, sumbangan adalah sebanyak RM480 setahun
  • No 3 Sumbangan kerajaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos hingga Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun

Manfaat Ahli KWSP

  • No 1 Menikmati dividen tahunanBantuan hilang upaya
  • No 2 Bantuan kematian
  • No 3 Pengeluaran simpanan
  • No 4 Pelepasan cukai
  • No 5 PKesemua manfaat di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dtetapkan

Pembayaran Caruman

  • No 1 Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • No 2 Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu MBB, PBB, BSN dan RHB
  • No 3 Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu MBB dan PBB

Program i-SURI akan dilaksanakan dalam tiga fasa :-

Peringkat/ Fasa i-SURI

  • No 1 Fasa Pertama : Bermula dari 15 Ogos 2018 di mana dengan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP
  • No 2 Kedua : Dijangka bermula tahun 2019 di mana sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • No 3 Ketiga : Dijangka dimulakan pada awal tahun 2020 di mana dua ( 2%) peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri (Pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan)
Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah i Cawangan KWSP

Untuk maklumat lanjut mengenai e-Kasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000. Manakala, penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP serta merujuk Portal Rasmi KWSP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Peribahasa Melayu Beserta Maksud

Koleksi Peribahasa Melayu Beserta Maksud

Tarikh MAHA 2018 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa

Tarikh MAHA 2018 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa