in

Cara Daftar JobsMalaysia Online (Pendaftaran & Aktifkan Akaun)

Cara Mendaftar Pencari Kerja Di JobsMalaysia Online. Adakah anda sedang mencari pekerjaan atau berkeinginan untuk meluaskan karier pekerjaan masing-masing? JobsMalaysia menawarkan portal secara online bagi mambantu anda dalam pencarian kerja dengan pantas, efektif mudah dan percuma. Sebagai panduan buat semua, berikut dikongsikan cara daftar JobsMalaysia secara online serta informasi yang berkaitan dengannya (pendaftaran).

Laman JobsMalaysia adalah portal utama pasaran pekerjaan di Malaysia. Ianya adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sehingga bulan Jun 2020, seramai 224,600 pencari kerja yang aktif menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dan sebanyak 15,616 majikan yang menggunakan portal ini untuk menawarkan pekerjaan. Inisiatif kerajaan ini merangsang pembangunan modal insan yang lebih inovatif dan berdaya saing serta membantu proses padanan kerja yang lebih mudah dan sistematik.

cara daftar jobsmalaysia

Cara Daftar JobsMalaysia Di Portal JobsMalaysia.gov.my

Fungsi JobsMalaysia adalah sebagai pusat sehenti maklumat pasaran buruh dengan memberikan kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelulusan pemohon. Manakala majikan pula boleh mengiklankan senarai jawatan kosong dan mendapatkan pekerja baharu mengikut keperluan syarikat.

Di bawah adalah perincian maklumat berkenaan cara membuat pendaftaran JobsMalaysia online untuk pencari kerja sebagai panduan untuk semua. Hanya pencari kerja yang berumur 16 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar di portal JobsMalaysia.

Pendaftaran JobsMalaysia Secara Online

Untuk membuat pendaftaran JobsMalaysia secara online, sila ikuti langkah mudah seperti di bawah:

LAMAN WEB RASMI JOBSMALAYSIA

No 1 Sila buka pautan: JobsMalaysia
No 2 Pada paparan halaman utama, di bahagian atas terdapat ruangan DAFTAR, klik dan pilik Pencari Kerja
daftar jobsmalaysia
No 3 Anda akan dibawa ke halaman mendaftar dan isikan butiran maklumat yang diperlukan
masukkan maklumat pendaftaran jobsmalaysia
No 4 Masukkan kod verifikasi yang sama seperti dipaparkan kemudian klik Daftar. Sila pastikan nombor kad pengenalan yang dimasukkan adalah tepat. 
No 5 Seterusnya anda dikehendaki mengesahkan pendaftaran dengan menyemak akaun emel yang telah digunakan semasa mendaftar. Klik Pautan Pengaktifan yang terkandung dalam emel tersebut. 
mengesahkan pendaftaran jobsmalaysia
No 7 Anda perlu mencipta kata laluan yang sesuai untuk mengaktifkan akaun dan klik hantar 
aktifkan kata laluan
No 8 Sekiranya pengaktifan anda berjaya, sila log masuk dengan menggunakan ID Pengguna (Kad Pengenalan anda) dan kata lalauan yang telah dicipta.
log masuk kata laluan
*Semua pendaftaran baru adalah pengguna JobsMalaysia Versi Baru atau JobsMalaysia 2.0

Profil Pencari Kerja

Selepas mendaftar, anda perlu melengkapkan empat bahagian dalam Profil Pencari Kerja sebelum memulakan pencarian jawatan kosong. Berikut adalah empat bahagian tersebut:-

  1. Bahagian pertama: Pengesahan
  2. Bahagian kedua: Butiran Peribadi (maklumat peribadi, gambar, alamat dan kelayakan akademik pengguna)
  3. Bahagian ketiga: Jenis Permohonan Jawatan (Sektor agensi kerajaan (selain SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Sektor Swasta)
  4. Bahagian keempat: Maklumat Terperinci (maklumat pengajian tinggi, sijil-sijil, bakat, pencapaian kokurikulum dan pengalaman kerja)

Carta Alir Pencari Kerja di JobsMalaysia

Proses pendaftaran pekerjaan di JobsMalaysia adalah seperti berikut :-

  1. Daftar di Portal JobsMalaysia 2.0
  2. Lengkapkan Profil Pencari Kerja
  3. Carian Jawatan Kosong atau Penjodohan Atas Talian
  4. Mohon Jawatan Kosong
  5. Temuduga
  6. Maklum Petempatan Pencari Kerja

carta alir pendaftaran jobsmalaysia

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan pertanyaan lanjut atau maklum balas mengenai JobsMalaysia, anda boleh layari:

Semoga perkongsian berkenaan panduan pendaftaran JobsMalaysia Online Untuk Pencari Kerja dapat memudahkan urusan anda dalam mencari peluang pekerjaan. Diharapkan permohonan anda berjaya dan diterima oleh majikan yang terbaik. pekerjaan secara klik butang

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

tarikh pembayaran bsh

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH)

Beli Tiket Bas Online Mudah Dan Pantas (Bus Ticket)