Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Penangguhan Bayaran, Langkah Panduan cara pengemaskinian maklumat gaji untuk tangguh payment.

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online

Perhatian buat para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih mempunyai baki hutang. Mereka yang berhasrat untuk menangguh bayaran balik pinjaman masing-masing.perlu mengemas kini maklumat pendapatan mereka selewat-lewatnya 25 Julai 2018 secara atas talian/ online (Tempoh kemaskini kini dilanjutkan sehingga 31 Julai 2018). Berikut dikongsikan cara kemaskini maklumat pendapatan PTPTN secara online.

Mereka yang tidak mengemaskini maklumat selepas tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak berhasrat untuk membuat permohonan penangguhan pinjaman sekaligus tidak akan termasuk di dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat oleh PTPTN kelak.

Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online

Panduan Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Untuk Tujuan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

Berikut dikongsikan panduan cara mengemaskini maklumat pendapatan peminjam PTPTN secara online buat panduan semua peminjam yang berhasrat untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan. Selanjutnya, PTPTN bermula 24 Mei 2018 sehingga 8 Jun 2018 telah secara rasmi mengeluarkan seramai 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.

Langkah Kemaskini Maklumat Pendapatan Untuk Tangguh Bayaran Pinjaman PTPTN

Peminjam yang masih mempunyai baki hutang dan ingin membuat penangguhan bayaran balik perlu mengemas kini maklumat yang diperlukan secara atas talian. Ianya melalui portal rasmi  PTPTN di ruangan ‘Kemaskini maklumat pendapatan’.

1. Layari Portal Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di pautan https://www.ptptn.gov.my/

2. Klik pada pautan Kemaskini Maklumat Pendapatan Cara Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN Online

1. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTPTN. Sila hubungi PTPTN jika lupa atau tidak ingat nombor pinjaman (Talian Careline PTPTN di 03-2193 3000)

2. Kemaskini maklumat yang diperlukan dengan lengkap seperti Nama, alamat, nombor telefon, emel dan maklumat pekerjaan. Maklumat lanjut, klik Manual Pengguna

Manual Pengguna Pengemaskinian Maklumat Pendapatan :-

Kemaskini Umum

Sektor Awam

Sektor Swasta

Pesara Awam / Pesara Swasta

Bekerja Sendiri

Tidak Bekerja (Tiada Pendapatan)

3. Tekan butang HANTAR setelah semua maklumat yand diperlukan siap diisi

*NOTA : Tarikh tutup kemaskini adalah pada 25 Julai 2018 (Hari Rabu). Peminjam adalah diingatkan agar mengemas kini maklumat yang sahih dan benar serta dibuktikan dengan dokumen sokongan apabila diminta di mana audit akan dijalankan oleh PTPTN. Membekalkan maklumat yang tidak benar adalah salah dari segi undang-undang

Selamat membuat pengemaskini maklumat pendapatan PTPTN buat mereka yang berhasrat untuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman. Kepada ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda dalam memastikan anak-anak mereka membayar hutang-hutang mereka dalam.menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *