in

Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan PT3 2018. Pasti ramai ibu bapa dan pelajar yang sudah tahu akan keputusan PT3 2018 bakal diumumkan pada har Khamis, 13 Disember 2018. Tahniah kepada pelajar Tingkatan 3 yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kepada pelajar yang tidak berpuas hati dengan result/ keputusan PT3 yang diterima, anda boleh membuat permohonan semakan semula keputusan. Berikut dikongsikan permohonan atau Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3 Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2018 buat panduan semua.

Mana-mana calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu.

Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3

Permohonan Semak Semula Keputusan PT3 2018

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan semakan semula keputusan PT3 2018 yang memaparkan prosedur permohonan, borang permohonan, bayaran fee dan tarikh permohonan dan keputusan.

1. Pernyataan Dasar 

Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 berkuatkuasa pada 1 Januari 1998. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 67, 68 dan 69 Akta Pendidikan  1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Bahagian III Perkara 14 – Penyemakan semula

  • (1) Mana-mana calon yang tak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu
  • (2) Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan dan disertai dengan fee

Bahagian II Perkara 7

(1) Fee hendaklah dibayar bagi maksud-maksud yang berikut:

  • (d) penyemakan semula keputusan peperiksaan

2. Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3 2018

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan PT3 2018 diumumkan, Berikut adalah maklumat penting lain permohonan semak semula keputusan PT3 :-

  • Penyemakan Semula Keputusan PT3 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyemakan Semula Keputusan PT3. Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses

a) Borang permohonan boleh didapati dari:

b) Dokumen Yang Diperlukan

  • Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 perlu disertakan dengan satu  salinan Pernyataan Keputusan PT3
  • Semua dokumen di atas hendaklah disahkan oleh Guru Besar/ Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A
  • Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama Akauntan Negara Malaysia
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

c. Alamat Penghantaran : Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3

Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

  • Calon Sekolah : Pengetua sekolah di mana calon keputusan PT3 calon
    dikeluarkan
  • Calon Persendirian : Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (Negeri calon menduduki PT3)

Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan PT3 tidak akan diproses. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima

d. Bayaran Semak Semula

  • Fee hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan calon persendirian
  • Fee penyemakan semula keputusan PT3 adalah RM 50.00 bagi setiap mata pelajaran
  • Bayaran fee hendaklah dalam bentuk Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf atas nama AKAUN NEGARA MALAYSIA. Cek persendirian tidak diterima

PERINGATAN

Calon Sekolah

  1. Calon hendaklah merujuk kepada pihak sekolah untuk semua urusan Penyemakan Semula Keputusan PT3
  2. Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh sekolah
  3. Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL akan dihantar kepada calon
  4. Calon hendaklah menyerahkan Pernyataan Keputusan yang lama kepada pihak sekolah apabila mengambil pelaporan yang baharu

Calon Persendirian

  1. Pelajar/ Calon hendaklah merujuk kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk semua urusan Penyemakan Semula Keputusan PT3
  2. Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh JPN
  3. Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL akan dihantar kepada calon
  4. Calon hendaklah menyerahkan Pernyataan Keputusan yang lama kepada pihak JPN apabila mengambil pelaporan yang baharu

Sumber Lembaga Peperiksaan KPM

Semoga panduan berkaitan Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2018 ini boleh dijadikan panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan semakan. Apa-apa pun semoga berjaya dengan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang buat pelajar PT3 2018.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Senarai Universiti Awam (UA) Di Malaysia

Senarai Universiti Awam (UA) Di Malaysia

Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM