in

Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH)

Berapakah kadar pembayaran Hibah untuk pendeposit Tabung Haji (TH) tahun ini? Bagaimanakah cara pengiraan Hibah Tabung Haji? Pada kelazimannya, TH akan mengumumkan jumlah pembayaran kadar Hibah Tahunan dan Hibah Haji pada suku pertama setiap tahun. Kepada mereka yang kurang jelas, Hibah Tahunan adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH. Ianya adalah berdasarkan kepada konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Hibah Haji pula adalah “hadiah khas” yang diberikan kepada pendeposit TH yang masih belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980). Untuk makluman, tiada pengagihan hibah haji untuk tahun 2018 berbanding tahun 2017, di mana semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2017 adalah layak untuk menerima hibah tahun 2017 pada kadar yang diisytiharkan. Bayaran hibah ini telah dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit TH.

Cara pengiraan hibah Tabung Haji

Bagaimana Cara Pengiraan Hibah Tahunan TH?

Lembaga Tabung Haji (TH) pada 5 April 2019, telah mengisytiharkan pembayaran Hibah Pendeposit Tahunan TH sebanyak 1.25% kepada pendeposit yang layak bagi tahun kewangan 2018. Pengagihan hibah TH 2018 pada kadar 1.25 peratus akan memberi manfaat kepada 9.3 juta pendeposit dengan jumlah pengagihan sebanyak RM913 juta.

  • Nota : Simpanan di TH adalah berkonsepkan Al Wadiah Yad Dhamanah di mana simpanan adalah terjamin dan pemberian hibah tidak dijanjikan serta mengikut budibicara TH

Cara pengiraan Hibah Tahunan TH untuk tahun kewangan 2018 adalah sama kiraan dengan cara pengiraan Hibah Tabung Haji tahun 2016 dan 2017. Iaitu :-

  • Tahun kewangan 2018, 2017 & 2016 : Mengambil kira baki purata minima bulanan

Contoh Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (Hibah Tahunan Dan Hibah Haji)

Berikut adalah contoh pengiraan Hibah buat rujukan pendeposit TH dalam mengira jumlah pembayaran yang diterima.

Contoh pengiraan adalah berdasarkan kepada kadar pengagihan tahun sebelumnya iaitu tahun 2016 serta 2017 dan tahun ini, 2018.

i) HIBAH TAHUNAN

Cara pengiraan Hibah Tahunan TH 2018 adalah dengan mengambil kira akaun pendeposit TH yang aktif.

Kiraan:

  • 2018 : Baki purata minima bulanan sepanjang tahun 2018 x kadar hibah tahunan (1.25%)
  • 2017 : Baki purata minima bulanan sepanjang tahun 2017 x kadar hibah tahunan (4.50%)
  • 2016 : Baki purata minima bulanan sepanjang tahun 2016 X 4.25% (Januari-Disember 2016/12 Bulan) X 4.25%

Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2018, layak menerima hibah tahun 2018 pada kadar yang diisytiharkan.

ii) HIBAH HAJI

  • 2018 – Tiada pengagihan hibah haji untuk tahun 2018

Tahun 2017

Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2017 dan belum pernah menunaikan haji adalah layak menerima Hibah Haji.

  • Cara pengiraan hibah haji adalah dengan mengambil kira purata baki minima bulanan, tertakluk kepada jumlah maksimum bayaran haji tahun semasa.
    • Kiraan :
      Baki purata minima bulanan (tertakluk kepada maksimum RM9,980) x Kadar Hibah Haji (1.75%)

Tahun 2016

  • Cara pengiraan hibah haji adalah dengan mengambil kira purata baki minima bulanan selama 12 bulan dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kadar kelayakan maksima adalah purata baki minima bulanan sehingga RM9,980 (terhad kepada bayaran haji semasa)
    • Kiraan: Baki purata minima bulanan X 1.50% (Januari-Disember 2016/12 Bulan) X 1.50%

Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH)

Maklumat Lanjut

Untuk gambaran yang lebih jelas berkaitan cara pengiraan Hibah Tabung Haji tahun 2018, 2017 dan 2016, anda boleh merujuk kepada grafk di bawah ini.

2016

Kadar Dividen Tabung Haji 2017 Dan Bonus

Tahun 2017

Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH)

Tahun 2018

hibah tahunan tabung haji 2018

Moga perkongsian Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH) ini boleh dijadikan panduan buat pendeposit dalam mengira jumlah Hibah yang diterima kali ini. Selamat membuat penabungan dalam Tabung Haji untuk kemudahan mengerjakan Haji pada masa hadapan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2019/2020

Semakan SPA Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga

Semakan SPA Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga