in

Cara Semak Semula Keputusan MUET

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET. Bagaimana Cara Semak Semula Keputusan MUET? Umum sedia maklum yang keputusan MUET sesi Julai 2017 boleh disemak pada 5 Oktober 2017. Tahniah kepada calon yang telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET, anda boleh membuat penyemakan semula keputusan.

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu secara online atau melalui Applikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

Cara Semak Semula Keputusan MUET

Rayuan Semak Semula Keputusan MUET

Berikut dikongsikan cara atau langkah-langkah dalam membuat rayuan semak semula keputusan MUET. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan melalui kaedah berikut :-

Cara Semak Semula Keputusan MUET

1. PIN BSN

Beli No PIN MEC di BSN untuk Semak Semula Keputusan MUET. Calon dikenakan bayaran sebanyak RM70 dan RM1.06 (caj perkhidmatan dan GST).

ATAU

2. Bayar Online

Pembayaran online di http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/

  • Perkhidmatan Visa/ Mastercard : RM70 dan RM2.50 (caj perkhidmatan dan GST)
  • FPX : RM70 dan RM2.00 (caj perkhidmatan dan GST)

3. Daftar Online

Pendaftaran semakan semula keputusan MUET boleh dibuat secara online di http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/

ATAU

Applikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play

Nota Semak Semula Keputusan MUET

Sila pastikan anda menerima 3 perkara berikut selepas membuat pembayaran secara online.

  1. Notis Berjaya
  2. Emel pengesahan daripada MPM
  3. Notifikasi SMS

Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.

Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik di bawah ini :-

Cara Semak Semula Keputusan MUET

Semakan Keputusan Rayuan Semak Semula Keputusan MUET

Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Semoga perkongsian Cara Semak Semula Keputusan MUET bermanfaat buat calon peperiksaan MUET yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan UIAM 2019 Online Ambilan Kedua

Permohonan UIAM 2019 Online Ambilan Kedua

Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM

Cuti Sekolah 2019 Takwim Persekolahan KPM