in

Cara Semak Senarai Hitam JPJ Online Dan SMS

Semakan Status Senarai Hitam JPJ Secara Online Dan SMS. Diblacklist atau disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah perkara yang perlu dielakkan oleh setiap pemandu kenderaan di Malaysia. Hendak tahu Cara Semak Senarai Hitam JPJ? Semakan status senarai hitam JPJ boleh disemak secara online dan melalui perkhidmatan semakan SMS.

Untuk mengelak dari disenaraihitamkan, pemandu boleh menjelaskan saman trafik PDRM/ JPJ dan agensi lain dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemandu juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalanraya dan pelesenan kenderaan bagi mengelak dari disaman.

Cara Semak Senarai Hitam JPJ Online Dan SMS

Semakan Senarai Hitam JPJ Secara Online Dan SMS

Dengan keccanggihan teknologi masa sekarang, semakan status senarai hitam JPJ kini lebih mudah dan pantas. Hanya di hujung jari anda sahaja, Berikut 2 kaedah semakan dalam mengetahui anda disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (Road Transport Department) atau tidak.

A. Cara Semak Senarai Hitam JPJ Secara Online

Sila layari Portal Rasmi JPJ di Laman semakan status blacklist JPJ

  1. Melalui Menu * Jenis Senarai Hitam, Klik menu dropdown dan pilih “Kenderaan” atau “Lesen”
  2. Pilih * Sumber Senarai Hitam : JPJ atau Agensi
  3. Sila masukkan nombor ID (MyKad / MyPR / Paspot / Polis / Tentera / Syarikat / Pertubuhan) dan masukkan nombor plat pendaftaran kenderaan.
  4. Masukkan kod sekuriti dan tekan butang “SEMAK”
  5. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah borang semakan, di bawah tajuk “HASIL CARIAN”.

Nota Semakan

  1. Sila pilih Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan.
  2. (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
  3. Yang bertanda * wajib diisi.

B. Check Blacklist JPJ Melalui SMS

Semakan status senarai hitam melalui SMS adalah menggunakan khidmat mySMS. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat semakan SMS.

  • JPJ<jarak>BLACKLIST<jarak>No. Kad Pengenalan atau No pendaftaran kenderaan
  • Hantarkan SMS ke 15888

Contoh semakan

  • JPJ BLACKLIST 810104056623 atau JPJ BLACKLIST BEP4567

Caj perkhidmatan sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj 20 sen untuk penerimaan setiap mesej.

Maklumat Lanjut

Sistem transaksi dalam talian JPJ juga menyediakan semakan seperti berikut yang tdiak memerlukan daftar masuk serta ianya percuma:-

  1. Semakan Saman
  2. Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
  3. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  4. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu
  5. Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1
  6. Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Moga perkongsian panduan Cara Semak Senarai Hitam JPJ Online Dan SMS boleh dijadikan panduan buat pemandu semua. Untuk saman trafik/ JPJ yang tertunggak, sila buat pembayaran saman dengan segera. Patuhi undang-undang jalanraya bagi mengelakkan dari disenaraihitamkan atau diblacklist oleh JPJ dan agensi berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cuti Umum Kuala Lumpur 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Kuala Lumpur 2018 Hari Kelepasan Am

Senarai Kolej KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai Kolej KKM Kementerian Kesihatan Malaysia