Apabila tiba bulan Ramadhan, selain amalan wajib berpuasa di siang hari, umat Islam turut disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Tarawih pada malam harinya. Lazimnya, Solat Sunat Tarawih dilakukan secara berjemaah di surau dan masjid. Namun begitu, akibat wabak COVID-19 pada tahun 2020, Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan sekaligus tidak membenarkan Solat Terawih diadakan di surau dan masjid. Orang ramai masih boleh melakukannya secara sendirian atau berjemaah dengan menghidupkan malam bersama ahli keluarga di rumah. Berikut adalah panduan Cara Solat Tarawih Bersendirian Dan Berjemaah iaitu sebanyak 8 rakaat atau 20 Rakaat.
Solat Sunat Tarawih adalah ibadah sunat yang dikhususkan pada bulan Ramadhan sahaja. Hukum mengerjakannya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut dikerjakan oleh orang Islam lelaki dan perempuan pada setiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Kebiasaannya di surau dan masjid akan dilaksanakan sebaik sahaja selepas Solat Fardu Isyak. Namun waktu Solat Sunat Tarawih sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh selepas Solat Fardhu Isyak (4 rakaat/ empat rakaat) hingga sebelum Solat Subuh (2 rakaat).
Isi Kandungan
Panduan Mengerjakan Solat Tarawih 8 & 20 Rakaat Dan Solat Witir
Solat Terawih boleh dilakukan dalam keadaan tenang sama ada sebanyak lapan (8) rakaat mahupun dua puluh (20) rakaat. Ketika zaman Rasulullah SAW, ianya dilaksanakan dengan 8 rakaat agar tidak menimbulkan suatu keberatan. Namun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khatab RA, beliau mengerjakan Solat Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat. Ini kerana beliau berpendapat bahawa orang Islam ketika itu tidak keberatan lagi untuk menunaikan solat sebanyak itu. Berikut adalah panduan untuk melaksanakan Solat Terawih secara Bersendirian Dan Berjemaah (jumlah rakaat yang perlu dilakukan 8 atau 20 Rakaat)
Kelebihan Solat Sunat Tarawih
Berdasarkan Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terdapat sebuah hadis yang menjelaskan kelebihan Solat Sunat Tarawih iaitu seperti berikut:
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”
(Hadis Riwayat Muslim)
Lafaz Niat Solat Tarawih
Niat solat secara bersendirian adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”
Niat solat secara berjemaah adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai imam / makmum kerana Allah Taala”
Kaedah Solat
Mestilah ditunaikan sebanyak dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram. Seterusnya lakukan lagi kemudiannya sehingga cukup genap rakaat yang dikehendaki sama ada 8 atau 20 rakaat. Ianya boleh dilaksanakan sepanjang malam dan tidak semestinya dihabiskan secara berturut-turut malah ada yang selang selikan dengan amalan lain seperti berselawat dan berdoa.
Rukun Solat
Rukun Solat Sunat Tarawih adalah sama seperti rukun solat fardu dan solat sunat yang lain juga. Bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih yang lazimnya dibaca bukanlah rukun atau syarat. Ia dibuat demi untuk mengambil peluang bagi memperbanyakkan selawat, zikir dan doa di bulan Ramadan yang mulia ini.
Pemilihan Bacaan Surah
Cara untuk pemilihan surah : Setelah membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat, tiada penetapaan khas bagi bacaan ayat atau surah daripada Al-Quran. Bacaan surah pendek atau panjang mahupun berulang-ulang tidaklah ditentukan tetapi yang penting adalah bacaan yang betul. Namun berikut adalah antara cadangan pemilihan surah bagi panduan umum. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan, lazimnya surah berikut menjadi pilihan:
Mulai malam ke-16 Ramadhan hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada setiap rakaat pertama dibaca Surah Al-Qadr. Pada rakaat kedua pula dibaca surah yang seperti dibaca pada rakaat pertama untuk malam 1 hingga 15 ramadhan (mulai Surah At-Takathur hingga Surah Al-Lahab)
Setelah melaksanakan Solat, ianya diikuti pula dengan Solat Witir sebanyak tiga rakaat. Solat Witir boleh dilakukan secara berjemaah mahupun sendirian.
Panduan Solat Witir
Kaedah Solat Witir
Solat Witir boleh dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam iaitu 2 rakaat pada solat pertama dan 1 rakaat pada solat yang kedua.
Lafaz Niat Solat Witir
Niat Solat Witir dua rakaat adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala”
Niat Solat Witir satu rakaat adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala”
Rukun Solat Witir
Rukun Solat Witir adalah sama seperti rukun solat fardu dan solat sunat yang lain juga.
Pemilihan Bacaan Surah
Setelah membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat, tiada pengkhususan surah untuk dibaca tetapi cadangan pemilihan bacaan suarah adalah seperti berikut:
Rakaat pertama : Surah Al-A’la
Rakaat kedua : Surah Al-Kafirun
Rakaat terakhir : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
Bermula malam ke-16 Ramadhan, kita disunatkan membaca Doa Qunut dalam rakaat terakhir Solat Witir. Bacaan lafaz Doa Qunut adalah sama seperti Doa Qunut. Namun sekiranya tidak membaca Doa Qunut disunatkan sujud sahwi. Berikut adalah lafaz bacaan Doa Qunut.
Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Berjemaah
Berikut adalah kedudukan bagi imam dan makmum ketika solat berjemaah yang disediakan oleh JAKIM
Sumber Cara Solat Sunat Tarawih Dan Amalan Di Bulan Ramadhan
Semoga perkongsian panduan cara solat tarawih Bersendirian Dan Berjemaah (8 & 20 Rakaat) yang disertakan dapat memberi manfaat untuk anda. Diharap agar semua umat Islam dapat beristiqamah dalam mengerjakan amalan wajib dan sunat. Semoga Allah mencurahkan rahmat dan meredhai kita semua
Related : Allah swt, solat isyak, bilangan rakaat, rakaat sahaja, solat sunat terawih, beliau berkata, Nabi Muhammad, prosedur operasi standard sop, solat jumaat, bilangan rakaat solat sunat, surah al masad, membaca surah al fatihah, ص ل,, dua rakaat satu salam, kerana solat, bacaan bilal, bilangan rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang orang islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan, barang siapa yang dilakukan dalam keadaan tenang, tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang, 2 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang orang islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan, 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang orang islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan,
ا ص ل ى س ن ة الت ر او ي ح ر ك ع ت ي ن
ayat atau surah atau ayat yang diingatnya, perempuan pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan, rasulullah saw adalah 11 rakaat,