in

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018 (Senarai Semak Kerja Kursus)

Calon pelajar PT3 2018 perlu menyiapkan tugasan Geografi pada bulan Julai 2018 menurut Jadual peperiksaan PT3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM. Untuk rujukan pelajar, berikut dikongsikan Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018 iaitu jadual senarai semak Kerja Kursus/ Folio Geografi Pentaksiran Tingkatan 3.

Perancangan kerja adalah satu aktiviti penulisan aspek pengenalan yang bersesuaian dengan tugasan. Ianya akan mengambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan yang meliputi aspek penting seperti berikut :-

  1. Tajuk Tugasan
  2. Jadual Kerja (Senarai Semak)
  3. Objektif kajian (Contoh)
  4. Kaedah kajian (Contoh)
  5. Kerangka kasar penulisan

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018 (Senarai Semak Kerja Kursus)

Contoh Jadual Kerja Dan Senarai Semak Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Berikut adalah contoh-contoh jadual kerja Geografi PT3 yang boleh dibuat rujukan oleh pelajar dalam menghasilkan tugasan yang telah diberikan :-

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 (Contoh 1)

Jadual kerja yang dikongsikan hanya sebagai contoh sahaja.

JADUAL KERJA

BILTARIKHAKTIVITICATATAN (JIKA ADA)
1Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Geografi berkaitan dengan tajuk tugasan dan huraian berkaitan dengannya di sekolah
2Membuat perbincangan dengan guru / rakan sekelas berkaitan dengan pemilihan tajuk. Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan
3Membuat rujukan awal dengan mengumpul maklumat berkaitan dengan tajuk yang diberi di internet / laman web tertentu dan membuat perbincangan selanjutnya dengan guru hasil maklumat yang didapati
4– Menyediakan borang temubual/ soal selidik
– Memulakan aktiviti temubual dengan penduduk sekitar/ jiran berkaitan guna tanah di kawasan kajian dan faktor yang mempengaruhi jenis guna tanah tersebut
5Menemubual penduduk dikawasan kajian berkaitan dengan kesan guna
tanah yang berkaitan di kawasan kajian
6Meneruskan aktiviti temubual / soal selidik dengan penduduk kawasan kajian tentang cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan ke atas guna tanah yang dipilih
7Menganalisis hasil daripada temubual bersama responden iaitu penduduk di kawasan kajian
8Mengumpul bahan rujukan dan menyediakan bahan grafik yang bersesuaian dan berkaitan untuk persiapan menulis tugasan
9Memulakan penulisan dan kerangka kerja di sekolah
10Menulis tugasan yang diberi mengikut format atau kehendak tugasan tersebut di dalam kelas mengikut tarikh yang diberi oleh guru merangkumi perkara berikut :-
11Menyemak tugasan
12Menghantar tugasan

Contoh 2 (Jadual Kerja)

JADUAL KERJA TUGASAN GEOGRAFI PT3 2015

HARITARIKHAKTIVITICATATAN
1– Menerima soalan dan panduan rubrik pelaksanaan kajian
– Tajuk: Kegiatan ekonomi dikawasan kajian
– Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan
2– Taklimat tentang kajian
– Membuat catatan hasil penerangan guru
3– Mula mengumpul maklumat dalam internet mengenai konsep di makmal komputer dengan bimbingan guru
– Berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperolehI
4– Menyediakan borang temubual dengan bimbingan guru
– Waktu petang membuat temubual dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai kegiatan ekonomi kawasan kajian
– Bimbingan guru dan rakan
5– Waktu petang membuat temubual dengan jiran-jiran dan penduduk setempat tentang cadangan untuk meningkatkan pendapatan di kawasan
kajian
-Rakan-rakan
6– Membuat temubual /soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai kegiatan yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan/ lokasi kajian
7– Membuat analisis daripada temubual 10 responden yang diperoleh.
– Menghasilkan bahan grafik yang sesuai
-Bimbingan guru
8– Menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru-Guru geografi
9– Menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru
– Menyemak laporan kajian dan bahan grafik
10– Membuat penambahbaikan
– Menghantar hasil kajian kepada guru
– Guru membuat pentaksiran

Contoh Senarai Semak

Berikut adalah contoh senarai semak tugasan Geografi PT3.

Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 2018 (Senarai Semak Kerja Kursus)

Semoga perkongsian Contoh Jadual Kerja Geografi PT3 boleh dijadikan rujukan dalam menghasilkan tugasan yang terbaik. Diingatkan sekali lagi yang hasil tugasan yang terbaik hendaklah menepati kehendak tugasan yang diberikan. Yang merangkumi tajuk kajian, nama penulis, isi kandungan, objektif kajian, kaedah kajian, hasil kajian, rumusan dan sumber rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan Online