in

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Jawapan Contoh Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 Kajian Masyarakat. Merujuk kepada Jadual Peperiksaan PT3 2018, pelajar Tingkatan 3 perlu menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah (Pelbagai Instrumen) bermula dari 2 Mei hingga 25 Mei 2018. Berikut dikongsikan contoh jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 yang bertajuk Kajian Tentang Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda.

Kawasan kajian yang dipilih dalam Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 yang disertakan adalah Kampung Padang Jawa, Shah Alam, Selangor.

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 kajian masyarakat

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Berikut dikongsikan tips dan panduan (Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018) dalam menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 yang memaparkan contoh jawapan dan isi-isi penting berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan

Tajuk Tugasan Sejarah PT3 2018

Anda dikehendaki untuk membuat kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda
Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:-
NOASPEK
a)Tajuk kajian
b)Nama Penulis
c)Isi Kandungan
  • i) Latar Belakang Tempat Kajian
  • ii) Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
  • iii) Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
  • iv) Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
  • v) Dengan merujuk kepada tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut
    • “..tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini..”
      Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur
d)Rumusan
e)Sumber Rujukan
f)Membentangkan laporan hasil kajian

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 yang dikongsikan di bawah ini hanya sebagai rujukan sahaja. Untuk panduan dalam menyiapkan tugasan Sejarah PT3, sila rujuk kepada maklumat yang disertakan di bawah:-

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Tajuk Kajian/ Butiran Penulis

MASYARAKAT DI PADANG JAWA, SHAH ALAM, SELANGOR DALAM SEJARAH

Ditulis Oleh :   _______________

Tingkatan : _______________

No. Kad Pengenalan :____________

Angka Giliran :_______________

Jadual Kerja/ Senarai Semak

contoh jawapan kerja kursus sejarah pt3 2018

Objektif Kajian

  • Objektif kajian adalah perkara yang calon hendak capai melalui kajian yang dilakukan. Ianya perlulah menjawab persoalan kajian yang telah di bentuk dalam laporan kajian
  • Contoh Objektif Kajian

Kajian tentang masyarakat di kawasan tempat saya adalah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran tentang sejarah perkembangan masyarakat setempat. Kajian ini membolehkan saya menghargai dan berbangga dengan sejarah masyarakat dan persekitaran serta mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan antara kaum.

Objektif kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal membolehkan saya:

  1. Mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta mensintesis serta merumus maklumat dan fakta-fakta sejarah.
  2. Mengenali dan memahami sejarah pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat.
  3. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang masyarakat di tempat tinggal sayaini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya masyarakat pelbagai kaum di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan masyarakat Malaysia
  4. Mengetahui dan memahami sejarah pembukaan kawasan tempat tinggal saya.
  5. Memahami dan menghargai perkembangan dan kemajuan yang berlaku di kawasan persekitaran yang dikaji.
  6. Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama, kemesraan, kasih sayang, kebanggaan serta sikap bertanggungjawab dan hormat menghormati di kalangan penduduk setempat.
  7. Kajian ini dapat memupuk semangat patriotisme bukan sahaja dalam diri saya malah juga dalam kalangan generasi muda
  8. Menguasai kemahiran, mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat.

Contoh jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Kaedah Kajian

  • Usaha yang dilakukan samada secara individu ataupun secara berkumpulan dalam menyelesaikan sesuatu bentuk laporan tugasan kajian
  • Contoh Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang telah dijalankan oleh saya dalam mendapatkan maklumat terperinci kajian adalah sebanyak 6 kaedah seperti berikut :-

i) Pemerhatian Dan Tinjauan

Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan bagi mengenalpasti kemudahan prasarana kawasan, kehidupan penduduk, pekerjaan …………….

ii) Kaedah Analisis Dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen/ laporan berita dari ……………………………. dalam memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya

iii) Penyelidikan

Saya bersama rakan sekolah juga turut mengunjungi perpustakaan ………………………….untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber arkib yang terdapat di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti koleksi buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi fakta-fakta dalam kajian saya

iv) Bimbingan Dari Guru

Saya telah mendapat bimbingan dari guru Sejarah saya, iaitu Encik ………………………….

v) Muat turun internet

Dengan kemajuan yang pesat pada teknologi maklumat masa kini, saya turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang berauthoriti/ rasmi berkaitan perkara yang dikaji. Saya turut memuat turun bahan tugasan yang diperolehi sebagai rujukan

vi) Melalui Temubual

Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya adalah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang tinggal di (Kawasan Kajian). Contoh : Saya telah membuat temubual bersama penduduk tempatan dan penduduk di sekitar kawasan dalam mendapatkan maklumat yang lebih berkaitan kawasan tempat tinggal saya

Mengumpul Maklumat

Pelajar boleh membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, jurnal atau melawat lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang sahih serta tepat untuk bahan laporan. Pelajar perlu melampirkan fotokopi potongan akhbar / majalah / rencana/ halaman buku, gambar-gambar foto, risalah atau sumber-sumber lain seperti buku Ilmiah, Akhbar, Majalah, Internet, televisyen dan membuat temubual dengan orang sumber

CONTOH

a) BUKU ILMIAH

  • Nama Pengarang : _______________________________________
  • Terbitan Tahun : __________
  • Tajuk Buku : ______________________
  • Penerbit : ________________

b) AKHBAR

Nama Akhbar : Sinar Harian
Tarikh : 11 Februari 2015
Halaman : ___

c) INTERNET

  • Padang Jawa, https://ms.wikipedia.org/wiki/Padang_Jawa
  • Portal Rasmi Pejabat Tanah/ Daerah Petaling
    • http://www2.selangor.gov.my/petaling.php/pages/view/46

d) ORANG SUMBER

  • Nama :____________
  • Umur : ____________
  • Jawatan : ____________
  • Alamat :____________

Laporan Temubual Bersama Orang Sumber

Boleh ditulis dalam bentuk dialog (soal-jawab)

Contoh kerangka kasar tugasan Sejarah PT3 adalah seperti berikut di mana pelajar perlu menulis secara ringkas:-

Kerangka Kasar Penulisan Tugasan Sejarah PT3

BILTUGASANBUTIRAN
1Pengenalan
  • Memperkenalkan kawasan tempat tinggal kajian
  • Lokasi kajian
2Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
  • Asal-usul tempat
  • Pengasas/ Tarikh dibuka
  • Populasi penduduk dan pecahan kaum
3Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
  • Pekerjaan Penduduk
  • Agama/ Perayaan
4Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
  • Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan semangat perpaduan penduduk
  • Cabaran untuk mengekalkan perpaduan
  • Cadangan untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan
  • Contoh : Gotong Royong, Rukun Tetangga
5Ulaskan pernyataan tokoh
  • Membuat pemerhatian serta penilaian di kawasan tempat tinggal anda
  • Dari segi semangat persefahaman perpaduan
  • Keunikan budaya serta warisan
  • Keharmonian masyarakat berbilang kaum
6Rumusan
  • Pengetahuan
  • Nilai
  • Harapan
7Rujukan
  • Senaraikan secara ringkas bahan rujukan
  • Contoh : Orang sumber, majalah, akhbar, internet

Memperjelaskan Latar Belakang Lokasi Kajian

Pengenalan

Definisi latar belakang adalah dasar atau asas kepada sesuatu perkara (hal, kejadian / peristiwa). Pelajar perlu menjelaskan perkara asas tentang Latar Belakang Tempat Kajian sebagai Pengenalan bagi memberikan gambaran keseluruhan kandungan kajian tersebut. Antaranya adalah seperti memperkenalkan kawasan tempat tinggal serta tempat kajian

Contoh Penulisan Pengenalan

Kampung Padang Jawa adalah sebuah kampung tradisional yang terletak di antara dua bandar iaitu Kelang dan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ianya satu-satunya kampung tradisi yang masih kekal di Bandaraya Shah Alam.

Suasana kampung tradisi mula berubah dengan pesat apabila revolusi perindustrian melanda persekitaran kampung ini pada tahun 1960-an. Banyak kawasan industri tumbuh di kawasan ini seperti Sungai Rasa, Padang Jawa dan Shah Alam. Penduduk kampung yang terlibat dengan aktiviti pertanian sebelumnya telah bertukar pekerjaan daripada seorang petani dan nelayan kepada pekerja kilang

Kampung Padang Jawa berkeluasan lapan kilometer persegi kini dihuni lebih 25,000 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum serta percampuran keluarga dari pelbagai negeri luar Lembah Klang serta warga asing yang menetap di situ.

Terdapat Stesen Komuter KTMB yang menjadi pilihan utama penduduk Kampung Padang Jawa untuk ke destinasi sekitar Lembah Kelang

Kampung Jawa terbahagi kepada dua daerah iaitu Kampung Padang Jawa Daerah Klang dan Daerah Petaling dan masing-masing diketuai oleh seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Ianya terletak dalam Parlimen Shah Alam di bawah Y.B. Khalid Samad. Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga pada waktu ini adalah Y.B. Puan Rodziah Ismail.

Isi kandungan seterusnya adalah memperjelaskan pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat

Pembentukan Dan Perkembangan Masyarakat Setempat

Pelajar boleh menulis pelaporan berdasarkan kepada maklumat berikut :-

  1. Menjelaskan serba sedikit asal usul tempat kajian
  2. Pengasas (individu atau kumpulan yang terlibat)
  3. Faktor-faktor pembentukan, budaya, kaum
  4. Perkembangan fizikal, penduduk, kemudahan, infrastruktur

Contoh Penulisan (Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018)

Sejarah silam asal usul Padang Jawa yang wujud lebih 160 tahun lalu hampir sama dengan bangunnya Bandar Diraja Klang.

Di awal pembukaannya, Padang Jawa merupakan tanah pertanian dan terkenal dengan dusun buah-buahan, manakala sebahagian penduduknya bekerja sebagai penoreh getah.

Sebelum Sungai Klang dicemari sisa pembangunan, rata-rata penduduk di Padang Jawa bekerja sebagai nelayan yang menjadikan ikan air tawar, udang galah dan udang belacan sebagai hasil tangkapan. Bermula dari hutan belantara, kumpulan peneroka mi menebang dan membersihkannya untuk dijadikan tempat bercucuk tanam. Mereka menanam tanaman kontan, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pondok-pondok mula didirikan sebagai tempat berteduh dan akhinya dijadikan sebagai penempatan kekal.

Asalnya Padang Jawa ini diteroka oleh seorang pendekar yang terkenal dengan ilmu persilatan dan gagah berani, malah dikhabarkan memiliki kekuatan yang sukar ditandingi. Wak Kairan yang berasal dari Jawa Tengah adalah individu pertama yang mula menebas, membersihkan hutan dan semak samun, pendek kata beliau yang mewujudkan Padang Jawa ini.

Merujuk kamus Jawa, Padang membawa maksud membersihkan atau menerangkan kawasan dan kerja-kerja penerokaan itu dilakukan oleh Wak Kairan iaitu seorang Jawa. Susulan itu kampung ini dinamakan Padang Jawa

Bermula tahun 1980an, apabila berlaku persempadanan semula daerah, kampung ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Padang Jawa Daerah Klang dan Kg Padang Jawa Daerah Petaling.

Kampung Padang Jawa Daerah Klang dan Kg Padang Jawa Daerah Petaling diketuai masing-masing oleh seorang ketua kampung, manakala sempadannya ialah Jalan Besar Padang Jawa Klang.

Meskipun masih kekal sebagai kampung tradisi, Padang Jawa yang berkeluasan lapan kilometer persegi itu dihuni seramai 25,000 penduduk yang terdiri daripada semua kaum dan warganegara.

Kampung itu memiliki kemudahan infrastruktur yang serba lengkap dengan adanya sebuah masjid, sekolah kebangsaan, klinik desa, tanah perkuburan, stesen kereta api, klinik desa termasuk pusat komersial Alam Avenue juga merancakkan lagi pembangunan ekonomi di situ.

Mercu tanda Padang Jawa ialah stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang pada era 1940-an kampung itu mempunyai dua stesen kereta api yang kini telah dinaik taraf menjadi stesen komuter. Mercu tanda lain Padang Jawa ialah Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Kebanjiran dan pertambahan jumlah penduduk serta kepesatan pembangunan Kampung Padang Jawa adalah seiringan dengan pencapaian status Selangor Negeri Maju tahun 2005. Kampung Padang Jawa akan terus mengekalkan azam untuk meneruskan kejayaan yang dicapai di masa akan datang ke arah menjadikan Kampung Padang sebagai kampung yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kegiatan Sosisoekonomi Masyarakat Setempat

Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial yang melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor ekonomi dan ianya adalah berbeza dengan ekonomi sosial

Pelajar perlu membuat kajian dan menjelaskan kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat di tempat kajian :-

  • i) Aktiviti Ekonomi/ Pekerjaan/ Perniagaan seperti pekerjaan dalam sektor perindustrian, perniagaan, pertanian
  • ii) Kehidupan Sosial/ Kualiti Hidup : Sosisekonomi masyarakat bertambah sejajar dengan perkembangan tempat kajian

Contoh Penulisan (Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018)

Kegiatan sosial ekonomi Kg Padang Jawa, Shah Alam adalah terbahagi kepada dua iaitu aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial.

Aktiviti ekonomi

Pada awalnya, penduduk Kg Padang Jawa terlibat dalam aktiviti pertanian. Namun dengan perkembangan pesat pembangunan, sebahagian besar penduduk kini terlibat dengan pekerjaan dalam sektor perkilangan seperti kilang pembuatan, Elektronik, bahan makanan dan lain-lain. Penduduk setempat juga telah mengambil peluang keemasan susulan pembangunan pesat dengan membina rumah sewa untuk tujuan penyewaan.

Lokasinya yang terletak di dalam kawasan tengah bandar, menyebabkan ramai penduduk yang menjadi ahli perniagaan dan juga bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti Pejabat Kerajaan, Institusi Kewangan dan lain-lain. Bilangan penduduk terus bertambah akibat proses penghijrahan ke bandar disebabkan kewujudan peluang pekerjaan dan perniagaan di kawasan sekitar.

Kehidupan Sosial

Sosioekonomi masyarakat bertambah maju seiring dengan perkembangan pesat bandaraya Shah Alam dan kawasan sekitar yang banyak menawarkan banyak peluang pekerjaan yang sekaligus meningkatkan taraf hidup masyarakat kawasan setempat.

Kewujudan pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal telah memberikan kehidupan masyarakat ‘Padang Jawa’ semakin selesa dengan kewujudan pelbagai kemudahan dan prasarana yang lengkap dan moden seperti Stesen Komuter, Universiti Awam iaitu UiTM dan Hospital Swasta,

Walaupun masyarakat ‘Padang Jawa’ terdiri daripada pelabagai kaum, mereka hidup dalam suasana aman dan harmoni. Masih lagi terdapat Program Rukun Tetangga serta Gotong Royong yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat setempat.

Masyarakat setempat dibenarkan untuk mengamalkan amalan agama mereka tanpa halangan dengan kewujudan pelbagai jenis rumah ibadat mengikut agama di ‘Kg Padang Jawa dan sekitarnya.

Namun kepesatan pembangunan juga mewujudkan masalah sosial di kalangan masyarakat setempat seperti vandalisme, penagihan dadah dan sebagainya.

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Menilai Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Masyarakat Setempat

Pelajar perlu membuat laporan tentang semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat di kawasan kajian

Penulisan boleh dibuat nerdasarkan maklumat berikut:-

  • i) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan semangat perpaduan masyarakat
  • ii) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan masyarakat
  • iii) Cadangan memupuk dan mengekalkan perpaduan masyarakat

Contoh Penulisan (Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018)

“Bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Peribahasa ini merupakan satu peribahasa yang membawa satu pengertian yang cukup besar dalam usaha kita mengekalkan perpaduan kaum dikalangan masyarakat selama ini. Semangat perpaduan membolehkan masyarakat hidup secara bersatu hati.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara masyarakat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran masyarakat setempat. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Sebagai langkah asas dalam membentuk perpaduan, setiap masyarakat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.

Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan.

Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Ulaskan Pernyataan Tokoh

“…tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini. “

Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957, di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur

Pelajar perlu membuat ulasan terhadap pernyataan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman seperti di atas dengan merujuk kepada keadaan / situasi terkini kawasan tempat kajian pelajar

Cara terbaik membuat laporan adalah dengan membuat pemerhatian dan penilaian terhadap keadaan masyarakat di tempat kajian dari segi semangat / persefahaman perpaduan yang ada, keunikan budaya serta warisan, keharmonian kemasyarakatan berbilang kaum dan keistimewaan serta kelainan tempat kajian berbanding tempat yang lain

Contoh Penulisan (Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018)

Kampung Padang Jawa adalah sebuah kampung tradisional di tengah bandaraya yang aman damai disamping masyarakat penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar di sini iaitu Melayu Cina dan India beserta warga asing.

Justeru itu, saya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana saya boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kemasyarakatan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum.

Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Pada pendapat saya, banyak kepentingan yang dapat diperoleh jika perpaduan kaum dapat dikukuhkan dalam kalangan masyarakat.

Perpaduan dalam masyarakat merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita sering kali melihat atau mendengar melalui media massa sama ada media cetak atau media elektronik mengenai pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti warga tua dan kanak-kanak.

Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan.

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Rumusan

Penulisan rumusan adalah bergantung kepada tajuk kajian tugasan yang dibuat oleh calon.dan merangkumi keseluruhan aspek dan sangat relevan dengan tugasan. Maklumat dalam rumusan perlul selari dengan laporan kajian yang dibuat oleh calon

Contoh Penulisan Rumusan (Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018)

Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal saya berserta sejarahnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sepanjang menjalankan kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal saya, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai positif yang telah saya pelajari.

Saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Hasilnya saya dapat merumuskan bahawa kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat.

Hubungan yang erat antara masyarakat dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama masyarakat. Masyarakat yang baik ialah masyarakat yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai danm mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.

Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan antara masyarakat.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat dalam menentukan kemakmuran serta kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Semoga perkongsian Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 boleh dijadikan panduan berguna buat pelaja dalam menghasilkan Folio Tugasan Sejarah yang terbaik.

One Comment

Leave a Reply
  1. ITS REALLY HELPFULL FOR MY SEJARAH FOLIO…I HAVE ALOT OF INFORMATION IN THIS PAGE…KEEP IT IN TOUCH…CONGRATULATIONS…!!!

    THANKS 4 UPLOAD THIS PAGE …!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan senarai hitam imigresen dan ptptn

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang 2018 Dan Imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang 2018 Dan Imsak (1439H)