Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018, panduan terbaik dan berguna dalam menyiapkan tugasan geografi pt3 yang boleh digunakan,

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Panduan buat pelajar Tingkatan 3 (PT3) yang bakal menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi tahun 2018 pada bulan Julai menurut Lembaga Peperiksaan KPM. Berikut dikongsikan senarai Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018 iaitu kaedah yang diguna pakai dalam menyiapkan isi kandungan tugasan kerja Kursus/ folio Geografi yang berkaitan dengan kajian peta guna tanah.

Pelajar perlu menghuraikan setiap kaedah kajian yang diguna pakai secara terperinci dalam mendapatkan maklumat untuk tugasan iaitu selepas objektif kajian dikenal pasti.

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Huraian Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3

Kaedah kajian adalah merupakan satu usaha yang dilakukan secara individu atau berkumpulan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ingin di kaji. Jumlah kaedah kajian yang perlu disenaraikan adalah bergantung kepada kaedah yang telah digunakan untuk meyiapkan tugasan sepenuhnya.

Jumlah Kaedah Kajian yang perlu disenaraikan atau disertakan adalah bergantung kepada apakah kaedah kajian yang telah digunakan / dijalankan oleh pelajar dalam menyiapkan sepenuhnya tugasan / kajian calon. Contoh-contoh kaedah kajian adalah seperti berikut :-

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3

Terdapat empat (4) kaedah kajian telah dijalankan dan membantu saya bagi memastikan tugasan kajian peta di kawasan kajian iaitu……….dapat disiapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta mahupun maklumat yang tepat
1. Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan
  • Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan…………..untuk mengenalpasti ciri-ciri geografi iaitu ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan kajian. Maklumat yang diperolehi ini dapat membantu saya untuk melukis peta lakar dan menetapkan simbol yang betul / tepat sebagai petunjuk dalam peta lakar
2. Kaedah Temubual Dan Borang Soal Selidik
Melalui kaedah temubual bersertakan borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk setempat, saya dapat mengumpul maklumat berhubung dengan beberapa perkara seperti berikut:
  • i. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi jenis guna tanah di kawasan kajian
  • ii. Mennghuraikan kesan guna tanah kepada alam sekitar
  • iii. Memberikan cadangan dan saranan tentang usaha-usaha juga tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi kesan guna tanah tersebut
3. Melayari Internet
  • Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang berauthoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi……………….., saya turut dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan
4. Bimbingan Guru
  • Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan. Oleh itu, saya mendapat bimbingan dari guru iaitu Encik / Puan……………………….yang banyak memberikan tunjuk ajar yang berharga

Contoh kaedah kajian Tugasan Geografi PT3 yang lain adalah seperti berikut :-

Contoh Kaedah Kajian 2

Kaedah kajian yang telah dijalankan oleh saya dalam mendapatkan maklumat terperinci kajian adalah sebanyak 6 kaedah seperti yang disenaraikan berikut :-
1. Bimbingan Dari Guru
  • Saya telah mendapat bimbingan dari guru matapelajaran Geografi saya, iaitu Encik ………………………….
2. Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan
Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan bagi mengenalpasti kemudahan prasarana kawasan, kehidupan penduduk, pekerjaan …………….
3. Kaedah Analisis Dokumen
  • Saya juga turut merujuk kepada dokumen/ laporan berita dari ……………………………. dalam memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya
4. Penyelidikan
  • Saya bersama rakan sekolah juga turut mengunjungi perpustakaan ………………………….untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber arkib yang terdapat di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti koleksi buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi fakta-fakta dalam kajian saya
5. Muat Turun Internet
Dengan kemajuan yang pesat pada teknologi maklumat masa kini, saya turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang berauthoriti/ rasmi berkaitan perkara yang dikaji. Saya turut memuat turun bahan tugasan yang diperolehi sebagai rujukan
6. Kaedah Temubual
  • Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya adalah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang tinggal di (Kawasan Kajian). Contoh : Saya telah membuat temubual bersama penduduk tempatan dan penduduk di sekitar kawasan dalam mendapatkan maklumat yang lebih berkaitan kawasan tempat tinggal saya

Panduan Tugasan Geografi PT3

Moga perkongsian Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018 boleh dijadikan rujukan buat pelajar dalam menyiapkan kerja kursus pada masa yang telah ditetapkan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *