Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2018, Cara buat huraian kenal pasti sumber tugasan/ folio sejarah pt3 masyarakat.

Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Objektif Kajian Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda. Berikut dikongsikan contoh objektif kajian kerja kursus Sejarah PT3 2018 yang bertajuk :Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda. Moga ianya boleh dijadikan panduan berguna buat pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan isi kandungan tugasan kerja Kursus/ folio Sejarah tahun ini.

Tajuk Tugasan Sejarah PT3 Tahun 2018

Pelajar perlu menghuraikan objektif kajian berdasarkan kepada tajuk tugasan Sejarah PT3 2018 (Kerja Kursus) seperti berikut :-

  • Anda dikehendaki untuk membuat kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda
    Hasilkan satu laporan tentang masyarakat setempat yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut:-

  • a) Tajuk kajian
  • b) Nama Penulis
  • c) Isi Kandungan
    • i) Latar Belakang Tempat Kajian
    • ii) Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
    • iii) Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
    • iv) Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
    • v) Dengan merujuk kepada tempat tinggal anda, ulaskan pernyataan berikut :-
      • “..tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.” Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur
  • d) Rumusan
  • e) Sumber Rujukan
  • f) Membentangkan laporan hasil kajian

Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3

Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 Kajian Masyarakat Setempat

Berikut adalah contoh objektif kajian kerja kursus Sejarah PT3 2018 buat rujukan pelajar dalam menghasilkan tugasan yang diarahkan:-

Objektif Kajian Tugasan PT3 2018

Saya menjalankan kajian untuk Kerja Kursus Sejarah ini bertujuan untuk mengkaji tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal saya. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif kajian seperti berikut:

  1. Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ianya akan dapat memberi pemahaman dan membantu saya dalam membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat
  2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat kerjasama akan wujud.
  3. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang masyarakat di tempat tinggal saya ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya masyarakat pelbagai kaum di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan masyarakat Malaysia
  4. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada pembentukan dan perkembangan berlaku dalam masyarakat tersebut. Kajian ini menyedarkan saya bahawa perpaduan di kalangan masyarakat adalah bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu
  5. Kajian ini dapat memupuk semangat patriotisme bukan sahaja dalam diri saya malah juga dalam kalangan generasi muda

Contoh Huraian Objektif Kajian Sejarah

Berikut adalah contoh huraian untuk objektif kajian yang boleh dibuat oleh calon :-

contoh objektif kajian sejarah pt3

Selamat menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2018 yang diarahkan dengan jayanya. Moga perkongsian Contoh Objektif Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 boleh dijadikan rujukan dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *