in

Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Berikut dikongsikan contoh objektif kajian tugasan Geografi PT3 2018 buat rujukan calon pelajar yang perlu menyiapkan folio tugasan kerja kursus mereka pada bulan Julai 2018 menurut Lembaga Peperiksaan KPM.

Objektif kajian adalah sesuatu input yang mahu diperolehi mengikut tugasan kajian yang diberikan dan ianya merupakan perkara yang penting dalam suatu bentuk kajian.

Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Kerja Kursus Geografi PT3 Tahun 2018

Pelajar perlu menghuraikan objektif kajian berdasarkan kepada tajuk tugasan Geografi PT3 2018 (Kerja Kursus) seperti berikut :-

  • Kajian Peta Guna Tanah Di Kawasan Kajian

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut:-

  • a) Tajuk kajian
  • b) Nama Penulis
  • c) Isi Kandungan
  • d) Rumusan
  • e) Sumber Rujukan
  • f) Membentangkan laporan hasil kajian

Objektif Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Berikut adalah contoh objektif kajian kerja kursus Sejarah PT3 2018 buat rujukan pelajar dalam menghasilkan tugasan yang diarahkan:-

Contoh huraian objektif kajian untuk folio tugasan Geografi tahun 2018/ 2017/ 2016 adalah seperti berikut:-

Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
  • No 1 Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang ciri fizikal dan budaya yang ada di kawasan kajian
  • No 2 Membuat / melukis sebuah peta lakar berasaskan peta topografi dengan lengkap serta mentafsir peta lakar di kawasan kajian
  • No 3 Membuat lorekkan jenis-jenis guna tanah di kawasan kajian dan seterusnya memilih serta menghuraikan satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian
  • No 4 Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah yang dipilih terhadap alam sekitar
  • No 5 Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut

Berikut adalah contoh lain untuk objektif kajian yang boleh dibuat oleh calon :-

Contoh 2 : Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3

Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan
  • No 1 Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan
  • No 2 Latar belakang pengangkutan
  • No 3 Huraikan masalah pengangkutan awam yang dihadapi dikawasan kajian
  • No 4 Cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan yang boleh dilaksanakan
  • No 5 Pelajar dapat menerangkan Konsep Pengangkutan Awam di kawasan kajian
  • No 6 Pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam
  • No 7 Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
  • No 8 Pelajar dapat mengenalpasti masalah perkembangan pengangkutan awam di loaksi kajian
  • No 9 Pelajar dapat memberi cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian
  • No 10 Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di tempat kajian

Maklumat Lanjut

Moga ianya boleh dijadikan panduan berguna buat pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan isi kandungan tugasan kerja Kursus/ folio Geografi tahun ini.

Selamat menyiapkan tugasan Geografi PT3 2018 yang diarahkan dengan jayanya. Moga perkongsian Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 boleh dijadikan rujukan dalam menghasilkan tugasan yang berkualiti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Contoh Kerangka Kasar Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2018

Keputusan Pemilihan Presiden UMNO 2018

Keputusan Pemilihan UMNO 2018