Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional Dan SMT 2024, Cara buat appeal letter jika gagal mendapat tawaran kv & smt dengan hadir ke institusi.

Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional Dan SMT

Contoh Surat Rayuan Ke KV Dan SMT Ambilan Tahun 2024. Anda gagal dalam application ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2024? Bagaimana cara hendak membuat rayuan KV dan SMT? Berikut dikongsikan contoh surat rayuan Kolej Vokasional dan SMT buat rujukan para pemohon yang gagal dalam permohonan online. Pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan.KV dan SMT dengan hadir sendiri di mana-mana lokasi KV dan SMT dan membawa dokumen yang diperlukan.

Menerusi makluman Portal KPM, status application KV & SMT ambilan 2024 akan diumumkan pada 1 Mac 2024, Pemohon yang gagal boleh merayu berdasarkan kepada tarikh yang telah ditetapkan serta mengikut Aliran Perdana dan Aliran PAV.

Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional

Surat Rayuan Kolej Vokasional Dan SMT

Untuk makluman pemohon. keputusan rayuan ke KV & SMT adalah tertakluk kepada kekosongan tempat setelah proses pendaftaran pelajar yang berjaya mendapat tawaran, Rayuan juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid.

Pemohon yang berjaya dalam rayuan akan dihubungi oleh Institusi KV dan SMT tempat di mana pelajar memohon.

Cara Buat Rayuan KV Kolej Vokasional Dan SMT 2024

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat rayuan masuk ke KV dan SMT ambilan tahun 2024. Mereka yang gagal dalam mendapat tawaran boleh membuat rayuan dengan datang sendiri (walk-in) ke mana-mana institusi pendidikan yang terlibat atau yang dipohon.

Panduan Rayuan KV Kolej Vokasional Dan SMT 2024

Dipetik dari FAQ (Soalan Lazim) KV/ SMT 2021, pemohon boleh merayu seperti panduan berikut :-

Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?

  • Calon hendaklah secara terus melalui KV/SMT. Tiada permohonan melalui aplikasi e-rayuan untuk membuat rayuan.

Berikut adalah cara membuat rayuan ke KV dan SMT 2024 untuk pelajar yang gagal dalam permohonan sebagai panduan. Dokumen rayuan yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama appeal letter ke mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut :-

  1. Isi borang rayuan terkini di pejabat sekolah tempat anda merayu. Sample borang : Borang walk-in / rayuan
  2. Kad pengenalan dan Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
  3. Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2023 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  4. Sijil-sijil asal penglibatan murid dalam aktiviti di sekolah
  5. Alat tulis
  6. Sample of appeal letter KV & SMT seperti dikongsikan di bawah

Etika pakaian:-

  • Pakaian rasmi sekolah, bersopan dan berkasut

Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional Dan SMT (Permohonan Rayuan)

Berikut dikongsikan contoh surat rayuan KV/ SMT (surat rasmi) buat panduan pemohon yang tidak mendapat tawaran selepas check status application KV/ SMT.

Surat rayuan yang telah siap ditanda tangani perlu disertakan bersama-sama dokumen di atas semasa pelajar hadir secara Walk-In ke mana-mana KV/ SMT yang berdekatan.

Tarikh Penting Rayuan

  • Aliran Perdana : 1 Mac hingga 18 Mac 2024
  • Aliran PAV : 1 Mac hingga 18 Mac 2024
  • Keputusan : Selepas 19 Mac 2024

Contoh Surat

Nama Pemohon/ Pelajar

Alamat Surat Menyurat

 

Pengetua Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik (Sila nyatakan nama KV/SMT)

Alamat Lengkap KV/ SMT yang dipohon                                                                           Tarikh

Tuan/ Puan,

PER : Rayuan Memasuki Kolej Vokasional ______/ Sekolah Menengah Teknik ________ Sesi 021 Tingkatan Empat (4)

Saya merujuk kepada perkara di atas. Saya ingin membuat permohonan rayuan kepada pihak Tuan/ Puan dalam mempertimbangkan semula application saya ke Kolej Vokasional _______/ Sekolah Menengah Teknik ____.tingkatan 4 ambilan tahun 2021

2. Dalam keputusan Peperiksaan PTS Tahun 2020 yang lepas, saya telah mendapat keputusan peperiksaan ______________ (nyatakan score yang pemohon dapat).

3. Butir-butir permohonan rayuan saya adalah seperti berikut:-

  • Nama Pemohon : Nama pelajar
  • Sekolah : Nama sekolah dahulu
  • No Kad Pengenalan : _________________
  • Angka Giliran Peperiksaan : ____________________

4. Bersama-sama dengan surat rayuan ini, saya sertakan dokumen yang diperlukan iaitu Borang Walk-in, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).untuk rujukan pihak Tuan/ Puan

5. Adalah menjadi harapan saya sekiranya pihak Tuan/ Puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya dalam memasuki Kolej/ sekolah Tuan/ Puan.

Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/ Puan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih

.………………………………………… Tandatangan

(NAMA PENUH PELAJAR)

Maklumat Lanjut Rayuan KV Dan SMT

Kelazimannya, keputusan rayuan kemauskan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran. Pemohon yang berjaya dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi pengajian yang berkenaan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di :-

  • Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Aras 6, Blok E14, Kompleks E
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
  • 62604 Putrajaya
  • u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Kolej Vokasional dan KV boleh dijadikan panduan dalam membuat rayuan. Moga permohonan appeal anda berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *