in

Cuti Perayaan KPM 2019 Kementerian Pendidikan

Senarai Cuti Perayaan Tahun 2019 Yang Diperuntukkan Oleh KPM. Panduan buat ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak yang bersekolah. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan senarai Cuti Perayaan KPM tahun 2019. Makluman telah dibuat menerusi surat siaran SPI Bil 10 tahun 2018 yang turut memaklumkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2019. Cuti perayaan adalah melibatkan cuti-cuti perayaan utama di Malaysia yang tidak jatuh dalam kalendar cuti sekolah.

Diantara perayaan yang termasuk dalam senarai cuti perayaan KPM tahun 2019 adalah Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak. Untuk makluman, cuti Hari Raya Aidilfitri jatuh pada cuti penggal persekolahan pertengahan tahun.

Cuti Perayaan KPM 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia

Senarai Cuti Perayaan 2019 Yang Diperuntukkan Oleh KPM

Berikut dikongsikan jadual cuti perayaan KPM tahun 2019 buat panduan ibu bapa dan pelajar, Umum sedia maklum, yang terdapat beberapa perayaan utama yang disambut di Malaysia disebabkan masyarakat yang majmuk iaitu :-

  1. Hari Raya Aidilfitri
  2. Tahun Baru Cina
  3. Hari Kaamatan
  4. Hari Gawai Dayak
  5. Deepavali
  6. Hari Raya Aidiladha
  7. Hari Krismas

Cuti Perayaan KPM 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia

Untuk makluman, sesi persekolahan bagi penggal pertama akan bermula pada 1 Januari 2019 untuk sekolah dalam Negeri Kumpulan A dan pada tarikh 2 Januari untuk sekolah kumpulan B.

Sekolah yang berada dalam Kumpulan A adalah sekolah-sekolah yang terletak di negeri-negeri yang cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu Sekolah Kumpulan B pula adalah sekolah yang terletak di negeri-negeri di mana cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad, Sekolah yang dimaksudkan adalah sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Berikut adalah jadual cuti perayaan tahun 2019 yang diperuntukkan oleh KPM. Maklumat memaparkan jenis cuti perayaan, tarikh kumpulan A dan B serta negeri yang bercuti.

Cuti Perayaan KPM 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia

Penjelasan Cuti Sekolah Pertengahan Penggal Dan Cuti Hari Raya Aidilfitri 2019

Untuk sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah Kumpulan A, cuti sekolah pertengahan tahun adalah jatuh dari 24 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019. Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan Cuti Perayaan satu hari pada 9 Jun 2019 untuk Kumpulan A.

Manakala untuk negeri-negeri lain (Kumpulan B), cuti sekolah pertengahan penggal adalah bermula dari 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019 dan KPM memperuntukkan satu hari lagi pada 10 Jun 2019 sebagai cuti perayaan.

Untuk makluman, cuti sekolah yang melibatkan perayaan telah diselaraskan dan tidak perlu diganti.

Semoga perkongsian Cuti Perayaan 2019 KPM Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dijadikan panduan dalam merancang percutian atau balik kampung dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Selamat bercuti, jangan lupa buat ulangkaji sewajarnya walaupun bercuti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru

Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru