Cuti Umum Johor 2024, Hari Kelepasan Am Negeri Johor Darul Takzim tahun 2024 meliputi tarikh penting beserta hari dan jenis perayaan.

Cuti Umum Johor 2024 Hari Kelepasan Am

Senarai Hari Kelepasan Am Negeri Johor 2024. Bila tarikh cuti umum Johor? Tahun baru 2024 kini menjelma. Buat penduduk Negeri Johor, berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Johor 2024 buat rujukan dan panduan dalam merancang percutian dan melakukan aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2024. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Johor merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. Jom rancang percutian dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda.

Umum sedia maklum yang cuti hujung minggu Negeri Johor termasuk cuti sekolah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu sama dengan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pertukaran cuti hujung minggu telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2014.

Cuti Umum Johor

Kalendar Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2024 (Hari Kelepasan Am)

Negeri Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dengan ibu negeri adalah Johor Bahru. Ianya merupakan sebuah negeri yang sedang pesat membangun dengan banyak tempat menarik seperti Legoland Malaysia, Desaru, Pulau disekitar Mersing, Gunung Ledang dan banyak lagi.

Buat mereka yang bercadang untuk bercuti di Negeri Johor dan juga tidak terkecuali untuk penduduk Negeri Johor, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am Negeri Johor untuk tahun 2024.

Hari Kelepasan Am Negeri Johor Tahun 2024

Berikut adalah jadual cuti umum Negeri Johor meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.

HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI
Hari Thaipusam25 JanKhamis
Tahun Baru Cina10 dan 11 Feb
Sabtu dan Ahad
Cuti Awal Ramadhan12 MacSelasa
Hari Keputeraan Sultan Johor 23 MacSabtu
Hari Raya Aidilfitri10 AprRabu
Hari Raya Aidilfitri Kedua11 AprKhamis
Hari Pekerja 1 MeiRabu
Hari Wesak22 Mei
Rabu
Hari Keputeraan YDP Agong3 JunIsnin
Hari Raya Haji17 Jun
Isnin
Awal Muharam7 JulaiAhad
Hari Hol Almarhun Sultan Iskandar11 OgosAhad
Hari Kebangsaan 31 Ogos
Sabtu
Hari Malaysia 16 SepIsnin
Maulidur Rasul16 SepIsnin
Hari Deepavali31 OktKhamis
Hari Krismas 25 DisRabu

Nota Penting Hari Kelepasan Am

  1. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  2. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.
  3. Untuk semak senarai hari kelepasan am negeri Johor klik Johor 2024

Semoga senarai yang dikongsikan boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Ianya termasuk percutian, majlis kerja kahwin, kenduri dan sebagainya. Selamat bercuti.

johor kedah kerajaan negeri, hari hol almarhum sultan iskandar

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *