Cuti Umum Pahang 2024, Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur meliputi perincian tarikh public holidays dan perayaan.

Cuti Umum Pahang 2024 Hari Kelepasan Am

Senarai Tarikh Cuti Hari Kelepasan Am Negeri Pahang 2024. Pahang public holidays 2024? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Pahang 2024 buat rujukan dan panduan berguna warga Pahang dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2024. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur pada tahun 2024 termasuk tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti.

Cuti hujung minggu Pahang termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Walau bagaimanapun ianya berbeza dengan beberapa negeri seperti Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Oleh itu, rancanglah percutian anda awal dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda agar perbelanjaan kewangan anda dapat dikawal.

cuti umum pahang

Kalendar Cuti Umum Negeri Pahang Tahun 2024

Negeri Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dengan Kuantan adalah ibu negeri. Banyak tempat menarik terdapat di Pahang seperti Pantai Cherating, Pantai Teluk Cempedak, Taman Negara Endau Rompin, Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Tinggi, Bukit Gambang Resorts City dan banyak lagi.

Kepada mereka yang bercadang untuk bercuti ke Negeri Pahang dan juga tidak terkecuali untuk warga Pahang terutama yang bekerja, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am negeri dan Persekutuan buat Negeri Pahang tahun 2024.

Senarai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Tahun 2024

Berikut adalah kalendar jadual cuti umum Pahang tahun 2024 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.

HARI KELEPASAN AMTARIKHHARI
Tahun Baru 1 Jan
Isnin
Tahun Baru Cina11 FebAhad
Hari Nuzul Al-Quran 28 Mac
Khamis
Hari Pekerja 1 MeiRabu
Hari Raya Aidilfitri10 dan 11 AprilRabu dan Khamis
Hari Hol Pahang 22 MeiRabu
Hari Wesak22 MeiRabu
Hari Keputeraan YDP Agong3 JunIsnin
Hari Raya Haji18 Jun
Selasa
Hari Keputeraan Sultan Pahang 30 JulaiSelasa
Awal Muharam7 JulaiAhad
Hari Kebangsaan 31 OgosSabtu
Hari Malaysia 16 Sep
Isnin
Maulidur Rasul16 SepIsnin
Hari Deepavali31 OktKhamis
Hari Krismas 25 DisRabu

Pengumuman rasmi senarai cuti umum Pahang boleh dirujuk di PAHANG PUBLIC HOLIDAYS 2024.

Nota Penting Hari Kelepasan Am

1. Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.

2. Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Jika hari kelepasan am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan hari kelepasan am dan tidak diganti pada hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar tarikh Cuti Umum Pahang 2024 atau Hari Kelepasan Am (Public Holidays) bermanfaat buat semua. Moga kalendar tarikh ini boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat bercuti buat warga Pahang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *