Cuti Umum Selangor 2024, Hari Kelepasan Am Negeri Selangor tahun 2024, Selangor public holidays memaparkan jenis, tarikh dan hari.

Cuti Umum Selangor 2024 Hari Kelepasan Am

Bercadang untuk bercuti? Selangor public holidays 2024? Bilakah tarikh cuti umum di Selangor? Berikut dikongsikan Kalendar Cuti Umum Selangor 2024 buat rujukan dan panduan warga Selangor dalam merancang percutian serta aktiviti bersama keluarga sepanjang tahun 2024. Kalendar cuti ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Selangor pada tahun 2024 merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. Rancanglah percutian anda awal dan padankan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan anda.

Cuti hujung minggu Selangor termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad dan adalah sama dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ianya berbeza dengan Negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

cuti umum selangor 2019

Kalendar Cuti Umum Negeri Selangor Tahun 2024 (Hari Kelepasan Am)

Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang sangat maju di Malaysia bersebelahan Kuala Lumpur di mana ibu negeri adalah Shah Alam. Banyak tempat menarik terdapat di Selangor seperti Sunway Lagoon, Masjid Shah Alam, I-city, Paya Indah Wetlands, Pantai Morib, Bukit Malawati dan Tadom Hills Resort Banting.

Kepada mereka yang bercadang untuk bercuti di Negeri Selangor dan juga tidak terkecuali untuk warga Selangor, berikut dikongsikan senarai hari kelepasan am negeri dan Persekutuan buat Negeri Selangor tahun 2024.

Senarai Cuti Umum Selangor Tahun 2024

Berikut adalah kalendar jadual cuti umum Selangor tahun 2024 meliputi senarai tarikh cuti dan perayaan/hari.

HARI KELEPASAN AMTARIKHHARI
Tahun Baru 1 Jan
Isnin
Hari Thaipusam25 JanKhamis
Cuti Tahun Baru Cina10 FebSabtu
Cuti Tahun Baru Cina11 FebAhad
Hari Nuzul Al-Quran 28 Mac
Khamis
Hari Raya Aidilfitri10 AprRabu
Cuti Hari Raya Aidilfitri11 AprKhamis
Hari Pekerja 1 MeiRabu
Hari  Wesak22 Mei
Rabu
Hari Keputeraan YDP Agong3 JunIsnin
Hari Raya Haji17 Jun
Isnin
Awal Muharam7 JulaiAhad
Hari Kebangsaan 31 Ogos
Sabtu
Hari Malaysia 16 SepIsnin
Maulidur Rasul16 Sep
Isnin
Deepavali31 OktKhamis
Hari keputeraan Sultan Selangor 11 DisRabu
Hari Krismas 25 DisRabu

Muat turun atau download senarai cuti umum di Negeri Selangor dalam PDF di CUTI SELANGOR

Nota Penting Hari Kelepasan Am

  1. Hari kelepasan am negeri Selangor adalah Tahun Baru, Hari Thaipusam, Hari Nuzul Al-Quran dan Hari Keputeraan Sultan Selangor. Selebihnya adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan.
  2. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  3. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu, maka Sabtu itu adalah hari kelepasan am dan ianya tidak akan diganti dengan hari-hari yang lain.

Semoga perkongsian Kalendar tarikh Cuti Umum Selangor 2024 atau Hari Kelepasan Am bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Bahagikan masa dengan sebaiknya dan Selamat bercuti.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *