in

eBR1M 2018 Semakan Keputusan Online

eBR1M 2018 : Semakan Keputusan Permohonan, Kemaskini Dan Rayuan Online Serta Manual. Panduan buat para pemohon baru dan penerima sediada Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M. Pemohon boleh membuat semakan status Kelulusan BR1M tahun 2018 mereka secara atas talian (online) atau secara manual dalam mengetahui samada permohonan atau kemaskini yang dibuat sebelum ini lulus atau gagal.

Namun, keputusan status kelulusan permohonan bantuan akan mengambil sedikit masa kerana bakal melalui proses verfikasi atau semakan kelayakan dari agensi-agensi kerajaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

eBR1M 2018 Semakan Keputusan Online

Semakan Keputusan BR1M 2018 Online Dan Manual

Seperti yang dinyatakan, maklumat pemohon BR1M akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh MOF seperti senarai berikut:-

  1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  2. Jabatan Pendaftaran Negara
  3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  4. Jabatan Pengangkutan Jalan
  5. Angkatan Tentera Malaysia
  6. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis Diraja Malaysia)
  7. Jabatan Agama Islam Negeri
  8. Kementerian Pendidikan Tinggi
  9. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  10. Kementerian Pendidikan Malaysia
  11. Kumpulan Wang Persaraan
  12. Kementerian Luar Negeri

eBR1M 2018 : Cara Semak Status BR1M Lulus Atau Gagal

Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari. Semakan boleh dibuat secara online di menu MyBR1M atau hadir sendiri ke Cawangan LHDN yang berhampiran. Pemohon boleh membuat semakan BR1M 2018 secara atas talian (online) atau manual dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :-

i) Semakan Online Melalui MyBR1M

Layari Sistem Aplikasi MyBR1M iaitu sistem Semakan Status Kelulusan Permohonan BR1M 2018.

  1. Masukkan atau sila lengkapkan No. Mykad / Kad Pengenalan anda di ruang yang tersedia
  2. Kemudian, klik pada butang Log Masuk
  3. Sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBR1M bagi membuat semakan, anda wajib untuk menjawab soalan keselamatan

Soalan Keselamatan

  1. Untuk makluman, soalan keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan kepada maklumat terkini yang telah diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baru ataupun kemaskini
  2. Sila pilih dua soalan keselamatan yang betul-betul anda ingat jawapannya bagi mengelakkan sebarang masalah seperti kegagalan mengakses sistem MyBR1M
  3. Jika jawapan kepada soalan keselamatan yang pertama anda Isi itu betul, soalan keselamatan kedua akan menyusul. Sila lakukan perkara yang sama iaitu jawab dengan betul dan klik pada butang Hantar
  4. Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan itu, sila klik butang Tukar Soalan dan buat pilihan soalan yang lain
  5. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan
  6. Jika berjaya melepasi peringkat soalan keselamatan, pemohon akan dibawa ke halaman utama MyBR1M

Untuk membuat semakan keputusan permohonan BR1M 2018, sila klik pada menu bergambar Semakan Status. Maklumat dan butiran mengenai status permohonan BR1M 2018 akan dipaparkan

BR1M 2018 Bantuan rakyat 1malaysia : Pendaftaran Semakan status, Rayuan, tarikh pemBayaran

Status Semakan MyBR1M

Berikut adalah diantara status semakan yang akan terpapar :-

  1. Didaftarkan Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  2. Diterima Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  3. Dalam Proses Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
  4. Ditangguhkan Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
  5. Lulus Permohonan telah diluluskan / berjaya
  6. Tidak Lulus Permohonan tidak diluluskan / tidak berjaya
  7. Status Kredit Tidak Berjaya Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diPos kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Paparan Muka MyBR1M

Selain semakan status, menerusi laman MyBR1M pemohon turut boleh membuat Kemaskini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas dengan klik pada menu bergambar yang terpapar

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

ii) Cara Lain Semak Status Permohonan Dan Kemaskini eBR1M 2018

Selain menggunakan kaedah semakan status melalui MYBR1M online, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan dan kemaskini BRIM melalui melalui kaedah berikut :-

a. Melalui Pos

  • Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M

b. Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

c. Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia adalah 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Semakan hanya pada hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

d. Applikasi Mobile Semakan BR1M

  • Pilih Play Store atau App Store dan cari “Semakan BR1M’.

iii) Maklumat Lanjut Semakan Status eBR1M 2018

Jika anda menghadapi masalah berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 termasuk masalah semakan status BR1M, sila rujuk kepada

  1. Cawangan LHDNM berdekatan. Sila bawa sekali salinan pengenalan diri pemohon termasuk pasangan dan tanggungan jika perlu.
  2. Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716 : Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
  3. Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565, 03-8882 4566
  4. e-Mel : br1m@treasury.gov.my
  5. Laman Web : https://ebr1m.hasil.gov.my/ & Laman Facebook Rasmi LHDN

Pembayaran bantuan untuk mereka yang berjaya akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh Jadual Pembayaran BR1M 2018. Bayaran akan dibuat melalui bayaran ansuran 3 kali kecuali kategori bujang yang hanya dibuat sekali. Bulan pembayaran adalah pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

Selamat membuat Semakan Status eBR1M 2018 secara online dan manual. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2018. Gunakan duit bantuan yang diberikan dengan penuh berhemah untuk kegunaan penting keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah Dan Ringkas

Contoh Surat Berhenti Kerja (BM Dan English)

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 (SPM Ulangan)

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 (SPM Ulangan)