Permohonan Pergerakan Antara Negeri Melalui Aplikasi Dan Manual. Berita baik kepada anda yang terkandas di kampung halaman dan ingin pulang ke kediaman masing-masing. Adakah anda berada di kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ingin pulang ke rumah atas urusan kerja dan sebagainya? Sekiranya ya, berikut adalah perkongsian terkini berkaitan permohonan pergerakan antara negeri (interstate travel) melalui aplikasi Gerak Malaysia yang berada dalam kajian awal pihak berkuasa,
Ianya merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi rakyat Malaysia untuk mendaftar permohonan pulang ke kediaman masing-masing. Ia dapat membantu kerajaan dan pihak polis dalam memerhati pergerakan yang bakal dilakukan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung. Selain itu, ia juga dapat menyimpan rekod perjalanan setiap individu yang memohon dan memudahkan proses penjejakan semula sekiranya berlaku penularan wabak dan sebagainya.
Isi Kandungan
Aplikasi Gerak Malaysia Untuk Permohonan Pergerakan Antara Negeri
Kerajaan telah menerima banyak aduan berkaitan kerisauan rakyat Malaysia yang terperangkap di kampung halaman masing-masing dan tidak dapat pulang ke kota sejak pelaksanaan tempoh PKP. Oleh itu kerajaan sedang mengkaji perancangan untuk membenarkan kepulangan mereka.
Untuk makluman, perkara ini masih dalam kajian awal. Dan menurut kenyataan Menteri Kanan (Senior Minister – Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika dilaksana sekalipun, ia akan bermula selepas 1 Mei 2020. Menurut beliau lagi, Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dirancang dan dikeluarkan. Ianya bagi pergerakan pulang ke kediaman masing-masing setelah mendapat jumlah permohonan melalui aplikasi GerakMalaysia.
Tarikh Perjalanan/ Pergerakan Rentas Negeri
*TERKINI : 6 MEI 2020 | |||
*Perjalanan rentas negeri kini memerlukan bukti Kod QR. Demikian menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed pada sidang media 6 Mei. Polis yang bertugas di sekatan jalan raya akan meminta pengguna menunjukkan kod QR mereka menggunakan telefon pintar. Perubahan itu, katanya, dibuat kerana data awal menunjukkan hanya 29.5 peratus daripada 503,276 pemohon perjalanan merentas negeri sudah mengemas kini maklumat masing-masing seperti dikehendaki pihak berkuasa. | |||
3 MEI 2020 | |||
*Berikut adalah beberapa maklumat terkini yang dimaklumkan pada sidang Sidang Media Pengarah JSJ Bersama Pengerusi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) pada 3 Mei 2020 :-
Jadual perjalanan rentas negeri adalah seperti berikut :-
Muat Turun Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bagi Yang Tidak Mempunyai Telefon Pintar
Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki untuk menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang telah disediakan. |
Maklumat Pendaftaran Permohonan Bergerak Antara Negeri
Bagi peringkat awal dan bermula 26 25 April 2020, jika anda berkeinginan untuk pulang ke rumah masing-masing atau tempat kerja, orang ramai (pemohon) perlu mendaftar.
Permohonan pergerakan antara negeri boleh dipohon secara online melalui aplikasi GerakMalaysia. Panduan muat turun/ download aplikasi boleh dirujuk di bawah ini.
![]() | |||
![]() | |||
![]() |
Bagi sesiapa yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya. Permohonan pergerakan antara negeri boleh dibuat di balai polis/ ketua polis berhampiran (nearest police station). Tetapi perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis berlaku.
Butiran Pendaftaran
Semasa pendaftaran kali pertama selepas muat turun, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti berikut :-
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Alamat
- Untuk mereka yang kurang faham berkaitan dengan Residential Address. anda perlu meletakkan alamat tempat tinggal tempat di mana anda terkandas dan bukannya tempat dituju
- Kemaskini pada 4 – 5 Mei nanti sistem akan meminta anda memasukkan alamat tempat yang anda ingin tuju.
- Nombor telefon peranti yang digunakan
Anda wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan.
Mereka yang sudah memohon hendaklah mengemaskini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas supaya kod QR dapat dijana secara automatik. Kod QR unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di mana-mana sekatan jalan raya (SJR).
Bagi memudahkan pergerakan pemohon, PDRM sebelum ini telah menetapkan jadual perjalanan seperti berikut :-
1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu
Kemaskini Profile
Untuk kemaskini profile, sila rujuk panduan berikut :-
- Pada paparan di bawah apps.
- Klik icon Profile sebelah icon Home
- Kemudian klik icon pensil.
Jika anda mempunyai masalah teknikal sila hubungi di :
- info@gerakmalaysia.gov.my
- feedback@gerakmalaysia.gov.my
- maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
- aduan@gerakmalaysia.gov.my
- complaint@gerakmalaysia.gov.my
Soalan Lazim Berkaitan Rentas Negeri (Gerak Malaysia)
i) Perlukah semua memohon?
Saya ingin mengambil keluarga saya yang kini berada di kampung. Perlukah semua ahli keluarga membuat permohonan di dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
- Semua ahli keluarga yang berusia 16 tahun ke atas dan mempunyai telefon pintar mestilah mendaftar dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia. Ini termasuk pasangan suami isteri dan anak-anak yang ingin membuat perjalanan pulang ke kediaman masing-masing. Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah tidak perlu didaftarkan dan boleh di bawa bersama semasa perjalanan
ii) Senario yang dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
- Ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap di rumah saya yang ingin pulang ke kampung.
- Saya ingin menghantar ahli keluarga (Ibu, bapa dan saudara-mara) yang terperangkap ketika berlangsungnya Perintah Kawalan perjalanan (PKP).
- Saya ingin mengambil isteri dan anak yang terperangkap di Gerik. Saya akan membuat perjalanan dua hala ke Gerik dan pulang ke Petaling Jaya.
- Saya merupakan penduduk asal Batu Pahat, Johor yang kini bekerja sambilan di Putrajaya sambil menunggu keputusan SPM 2019. Saya berhasrat untuk pulang ke rumah keluarga dan untuk makluman, ayah saya akan mengambil saya di Putrajaya dan membawa saya pulang ke Batu Pahat.
- Anak-anak saya pergi bercuti di rumah atoknya di Senai sebelum PKP dan saya ingin mengambil mereka pulang ke Klang.
- Saya terperangkap di rumah mertua dan ingin membuat perjalanan pulang ke kediaman sendiri.
- Muatan kenderaan adalah 1 pemandu dan 3 penumpang. Maksima sebanyak 4 orang dalam kenderaan
iii) Senario yang tidak dibenarkan untuk memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
Perjalanan dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia hanya diguna pakai bagi senario terperangkap sahaja dan senario berikut adalah contoh-contoh perjalanan yang tidak dibenarkan:
- Pensyarah atau tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin pulang ke kampung.
- Menggunakan tempoh perjalanan ini untuk bercuti atau balik kampung.
- Pulang ke kampung untuk mengambil peralatan yang diperlukan untuk tujuan kerja.
- Keluarga yang menetap di sebuah negeri ingin pergi ke negeri lain untuk bersama ahli keluarga yang berkerja di negeri tersebut.
- Apa-apa tujuan merentas sempadan atas urusan peribadi dan tidak melibatkan senario terperangkap.
iv) Senario yang belum mendapat kelulusan bagi memohon perjalanan dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?
- Perjalanan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
- Perkhidmatan bas ekspres dan keretapi dalam waktu perjalanan dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia
Maklumat lanjut selengkapnya, sila muat turun soalan lazim dalam PDF di FAQ.
Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia App
Anda boleh memuat turun aplikasi mengikut sistem telefon pintar anda sama ada Android atau ios pada pautan di bawah:
Paparan Muka Aplikasi
Kegunaan Lain Aplikasi Gerak Malaysia
Selain digunakan untuk permohonan permit pergerakan rentas negeri, terdapat beberapa permohonan permit lain yang disediakan dalam aplikasi ini. Ianya termasuk :-
- Pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10KM dari kediaman
- Mendapatkan rawatan perubatan
- Keadaan kecemasan. Contohnya kematian ahli keluarga terdekat
- Aktiviti perlu seperti membaiki kerosakkan kenderaan atau membaikpulih kerosakan di dalam rumah
Walaubagaimanapun, hanya permohonan untuk mendapatkan permit pergerakkan rentas negeri sahaja yang akan diproses melalui aplikasi gerak rentas negeri buat masa ini.
Semoga perkongsian untuk permohonan pergerakan antara negeri melalui aplikasi dan manual dapat membantu anda yang terkesan. Bersama-sama kita berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam melawan penularan wabak COVID-19 ini.
Appikasi Gerak Malaysia, tidak dapat daftar mohon gerak balik ke Kuala Lumpur.
Sekadar daftar nama, alamat and IC.
Tiada lokasi yang ditujui, ahli keluarga, lokasi asal…… dan lain lain.
Mohon bermula 26 April
Saya ingin bertanya..permohonan pergerakan antara neger2 menggunakan applikasi Gerak Malaysia..untuk perjalanan dua hala atau sehala sahaja? Bagaimana jika saya dari kedah ingin ke Selangor membawa pulang anak2 dan ibu saya yg terkandas disana sejak PKP dan bawa pulang ke Kedah..Harap apps tu nt ada utk perjalanan dua hala.
Sekali perjalanan iaitu sehala sahaja
Alamat di applikasi gerakmalaysia.alamat rmh atau pun alamat kampung.ingin meninggal kampung plg ke rmh sendiri
Anda perlu meletakkan alamat tempat tinggal bukan tempat dituju.
Kemaskini pada 29 April nanti sistem akan meminta anda untuk memasukkan alamat tempat yang anda ingin tuju.
Residential address merujuk kpd alamat di mana terkandas sekarang @ alamat rumah sendiri di bndr?
Residential Address merujuk kepada alamat tempat tinggal tempat di mana terkandas