Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM, gred markah spm terkini, julat gred markah upsr, gred markah pt3 terkini, sistem gred pemarkahan terkini,

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

Sistem Gred Pemarkahan UPSR, PT3 dan SPM Terkini. Apakah gred markah peperiksaan yang digunapakai oleh semua sekolah dalam sistem SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah? Berikut adalah Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM yang memaparkan gred berdasarkan kepada julat markah yang diperolehi oleh pelajar.

Juga dikongsikan gred pemarkahan lama dengan yang baru untuk sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas sebagai rujukan dan perbandingan. Untuk makluman, semakan keputusan peperiksaan pelajar iaitu peperiksaan dalaman sekolah boleh di semak secara online di SAPS Ibu Bapa. Walau bagaimanapun keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak menggunakan applikasi semakan ini.

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

Sistem Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM Terkini

Untuk makluman, terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan terkini pada tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian

Perubahan dalam julat gred markah terkini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu seperti berikut :-

  1. UPSR : Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
  2. PT3 : Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
  3. SPM : Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

A) Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2016 : UPSR

Berikut adalah Julat Markah, gred UPSR untuk Sekolah Rendah 2016 seperti berikut :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 80 – 100 : A : Cemerlang
  • 65 – 79 : B : Baik
  • 50 – 64 : C : Memuaskan
  • 40 – 49 : D : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : E : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

B) Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2016 : PT3

Berikut adalah Julat Markah, gred PT3 untuk Menengah Rendah 2016 seperti berikut:-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 85 – 100 : A : Cemerlang
  • 70 – 84 : B : Kepujian
  • 60 – 69 : C : Baik
  • 50 – 59 : D : Memuaskan
  • 40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

C) Julat Gred Markah Menengah Atas (MA) 2016 : SPM

Berikut adalah Julat Markah, gred SPM untuk Menengah Atas 2016 seperti berikut :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
  • 80 – 89 : A : Cemerlang Tinggi
  • 70 – 79 : A – : Cemerlang
  • 65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
  • 60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
  • 55 – 59 : C + : Kepujian Atas
  • 50 – 54 : C : Kepujian
  • 45 – 49 : D : Lulus Atas
  • >40 – 44 : E : Lulus
  • 0 – 39 : G : Gagal
  • TH : TH : Tidak Hadir

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

GRED PEMARKAHAN LAMA

Berikut dikongsikan sistem gred pemarkahan lama sebagai panduan dan perbandingan buat pelajar semua:-

SKALA GRED SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1 HINGGA 6)

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

GRED MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1, 2 DAN 3)

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

SKALA GRED MENENGAH ATAS (TINGKATAN 4 & 5)

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

SISTEM GRED SPM

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM
Sumber SAPS

Nota Perubahan Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

Melalui sistem baru gred markah peperiksaan, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14.

Gred 3B ditukar kepada  B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (DUA) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Semoga perkongsian Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM Terkini ini mampu meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar dalam menghadapi peperiksaan awam nanti. Selamat mengulangkaji pelajaran dan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dengan gred markah yang tinggi.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *