Harga Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2024/ 1445H, Jumlah kos bayaran haji tahun ini termasuk subsidi haji jemaah malaysia dan muassasah,

Harga Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2024/ 1445H

Panduan buat para jemaah dari Malaysia yang bakal mengerjakan ibadah Haji tahun 2024/ 1445H. Seperti makluman Tabung Haji (TH), harga kos tunai haji tahun 2024 adalah kekal pada kos bayaran haji sebanyak RM12,356 seorang kepada kumpulan B40 manakala RM19,152 untuk kumpulan M40, dan RM33,300 untuk T20. Walaupun kos haji telah meningkat ditambah dengan pelaksanaan Kos Bayaran Visa (SAR) oleh Kerajaan Arab Saudi, bayaran haji meningkat untuk jemaah haji muassasah kali pertama.

Bermula tahun 2020. Tabung Haji telah memperkenalkan Permohonan Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji 1445H / 2024M. Borang ini antara lain memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh kos untuk tunai haji secara Muassasah.

Harga Kos Tunai Haji Terkini

Kos Mengerjakan Haji Terkini 2024/ 1445H

Bagi tahun 2022, Lembaga Tabung Haji telah menyatakan pada 13 April 2022 bahawa Kerajaan Arab Saudi tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai syarat-syarat untuk visa haji bagi musim 1443H/2022M termasuk jenis vaksinasi yang dibenarkan. Tabung Haji akan memaklumkan kepada semua bakal haji sekiranya makluman tersebut telah dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi kelak.

TERKINI : Tabung Haji mengumumkan kos penuh haji bagi musim 1445H/2024M adalah RM33,300 bagi seorang jemaah Muassasah. TH juga mengumumkan bayaran akan terbahagi kepada tiga iaitu:

  • RM12,356 : Kumpulan B40 (RM1,000 bantuan kerajaan Malaysia)
  • RM19,152 : Kumpulan M40
  • RM33,300 : Kumpulan T20

tiga kos yang berbeza ini diperkenalkan bagi memberi Bantuan Kewangan haji secara bersasar kepada jemaah haji walaupun terdapat kenaikan Kos Haji pada tahun ini.

kos-haji-1445H-2024M-jemaah-muassasah-Malaysia-1

Fahami Kos Haji

Terdapat kerisauan mengenai kenaikan kos haji pada musim akan datang kerana pelbagai prosedur atau peraturan baru yang perlu dipatuhi pasca COVID-19. Oleh itu, Tabung Haji menerbitkan infografik berikut sebagai panduan untuk semua

Jadual Bayaran Haji Terkini 2024

 

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos Haji 

Tanggungan Kos Haji/ Subsidi

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 33,300RM 20,944RM 12,356
2. Kumpulan M40RM 33,300RM 14,148RM 19,152
3. Kumpulan T20RM 33,300TiadaRM 33,300
4. Kumpulan Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM 33,300TiadaRM 33,300

Harga Kos Tunai Haji Tahun 2023

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos Haji 

Tanggungan Kos Haji/ Subsidi

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 30,850RM 19,870RM 10,980
2. Kumpulan M40RM 30,850RM 14,870RM 15,980
3. Kumpulan T20RM 30,850TiadaRM 30,850
4. Kumpulan Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM 30,850TiadaRM 30,850

Harga Kos Tunai Haji Tahun 2022

Kos sebenar bayaran Haji yang menunaikan buat pertama kali dan pergi secara muassasah adalah sebanyak RM25,540. Namun, Tabung Haji telah menanggung subsidi sebanyak RM14,560 seorang sekaligus menjadikan kos bayaran haji hanya RM10,980 seorang untuk kumpulan B40. Subsidi mengerjakan haji hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji secara Muassasah sahaja. Walaupun harganya di kira masih murah, perkhidmatan yang diberikan oleh TH kepada jemaah haji adalah di antara yang terbaik di dunia. Tahniah Tabung Haji.

Untuk jemaah yang telah menunaikan haji sebelum ini, tiada permohonan rayuan dibuka kerana jumlah bakal haji tahun sebelum ini meningkat dan kuota yang diberikan telah dikurangkan. Harga Kos Tunai Haji untuk mereka adalah tanpa subsidi iaitu sebanyak RM 22,900. Caj bagi jemaah haji berulang sebanyak 2,000 Riyal Saudi telah pun dimansuhkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Berikut adalah jadual kos bayaran haji terkini buat panduan semua umat Islam yang wajib dan berkelayakan untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5. Para jemaah yang terpilih mengerjakan Haji adalah dalam kalangan ribuan, malahan jutaan hamba-Nya yang ingin menjejakkan kaki ke bumi Baitullah.

Jadual Bayaran Haji 2022

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos Haji 

Tanggungan Kos Haji/ Subsidi

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 25,540RM 14,560RM 10,980
2. Kumpulan Bukan B40RM 25,540RM 12,980RM 22,900

Jadual Bayaran Haji 2019

Sebagai rujukan, berikut adalah harga bayaran haji bagi tahun 2019

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos Haji (RM)

Tanggungan Kos Haji/ Subsidi (RM)

Bayaran Haji

1. Warganegara Belum Tunai HajiRM 22,90012,920RM 9,980
2. Warganegara Telah Tunai HajiRM 22,900 + RM2,200TiadaRM 22,900 + RM2,200
  • * Tidak tertakluk kepada peraturan pengeluaran visa semasa, jika dikuatkuasakan.
  • SUMBER : TH

Berikut dikongsikan harga terkini kos mengerjakan ibadah Haji melibatkan jemaah Malaysia untuk tahun 2019 bersamaan dengan 1441 Hijrah.

Kos bayaran haji kekal kepada RM9,980 seorang untuk Bakal Haji Muassasah  yang tunai haji kali pertama tahun ini termasuk mereka yang berjaya dalam permohonan rayuan haji

Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) atau bersamaan kira-kira RM326 yang perlu dibayar 31,600 bakal jemaah selepas Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan caj berkenaan bermula musim Haji 1441H/ 2020M.

Caj yang dikenakan adalah peraturan baharu yang dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah dari seluruh dunia selepas memansuhkan bayaran 2,000 Riyal Saudi (RM2,168) yang dikenakan kepada jemaah haji berulang sebelum ini

Nota

TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara percuma seperti kos berikut:

1. Penerbitan buku dan risalah panduan haji,

2. Kos berkaitan kursus-kursus haji,

3. Menyediakan petugas haji kebajikan dan perubatan,

4. Kos berkaitan operasi haji di tanah air; dan

5. Perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia,

6. Menyediakan ubat-ubatan.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran mengerjakan Haji tahun ini  Mungkin nama anda adalah sebahagian daripada jemaah Malaysia yang terpilih pada tahun 2024/ 1445H. Kepada mereka yang gagal, anda boleh  membuat rayuan (appeal).

Cara Daftar Haji

Buat mereka yang belum mendaftar haji, berikut dikongsikan panduan dalam membuat pendaftaran haji beserta syarat kelayakan.Sebelum mendaftar haji, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah :-

i) Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM1,300

ii) Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif (Satu pendaftaran sahaja yang dibenarkan)

iii) Pendaftaran haji adalah tidak dibenarkan untuk mereka yang baru menunaikan ibadah haji dalam tempoh 5 tahun

iv) Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun (sila rujuk Daftar Haji KWSP)

Daftar haji boleh dilakukan di lokasi berikut :-

i) Di mana-mana cawangan TH

ii) Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat

iii) ATM / CDM Maybank

iv) ATM BIMB (Bank Islam)

v) THiJARI

Pendeposit perlu membawa MyKad (dokumen pengenalan diri)/ Sijil kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH berdekatan.Dengan pengekalan Harga Kos Tunai Haji, diharapkan jemaah Haji dapat melaksanakan ibadah haji dengan selesa dan tenang. Selamat mengerjakan ibadah Haji kepada tetamu Allah yang terpilih tahun ini.

Related : datuk seri,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *