Harga Pasport Malaysia Antarabangsa 2024 Terkini, Harga Buat Pasport Antarabangsa meliputi kadar bayaran buat passport antarabangsa malaysia.

Harga Pasport Malaysia Antarabangsa 2024 Terkini

Panduan buat mereka yang bercadang ke luar negara tetapi masih belum mempunyai pasport Malaysia antarabangsa ataupun pasport telah tamat tempoh. Berikut dikongsikan kadar harga terkini pasport Malaysia Antarabangsa yang dikongsikan dari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Harga buat pasport adalah bergantung kepada kategori pemohon seperti pemohon biasa, jemaah haji, kanak-kanak dan OKU.

Passport Malaysia adalah satu dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk maksud perjalanan luar negara. Warganegara Malaysia adalah layak memohon di semua pejabat Imigresen di Malaysia termasuk di UTC. Pasport juga boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Pasport adalah lima tahun dari tarikh dikeluarkan

Kadar Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa

Harga Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Terkini 2024

Berikut dikongsikan maklumat Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa tahun 2024 buat panduan warganegara Malaysia. Untuk makluman dan berkuatkuasa mulai dari 15 Januari 2015, bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia untuk warganegara berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun telah diturunkan daripada RM300 kepada RM200.

Kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji adalah RM100. Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma (Free). Serentak dengan itu semua permohonan pasport Malaysia antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran sebanyak RM100 telah dimansuhkan.

Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa Tahun 2024

Ringkasan kadar bayaran buat pasport Malaysia Antarabangsa adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200
  2. Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100
  3. Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100
  4. Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100
  5. Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100
  6. Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri

Maklumat Lanjut Permohonan Baru Dan Renew Pasport Malaysia Antarabangsa

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan pasport kali pertama, pemohon perlu hadir sendiri ke Pejabat Imigresen yang berdekatan. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan untuk membawa bersama 2 keping gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Untuk permohonan renew pasport secara online, anda boleh menggunakan ‘MyOnline Pasport’ secara online.

Bentuk Bayaran

Pemohon boleh membuat pembayaran melalui cara Tunai, Kad Kredit, Wang Pos atau Bank Draf yang dipalang (Atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/ Pengarah Imigresen Negeri).

Nota Penting

  1. Gambar akan diambil di Bahgian Pasport menggunakan Alat Facial Live Capture
  2. Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  3. Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
  4. Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar
  5. Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap

Selamat membuat permohonan baru atau renew pasport Malaysia antarabangsa. Dengan Kadar Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa 2024 yang masih kekal, ianya bakal memudahkan anda untuk membuat atau memperbaharui pasport. Sebagai peringatan, sila pastikan nama anda tidak tersenarai dalam senarai hitam Imigresen atau PTPTN sebelum keluar negara.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *