Permohonan i-Sinar KWSP & Pengeluaran Simpanan Akaun 1 Secara Online

Pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lepas, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pengeluaran duit simpanan akaun 1 bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibolehkan. Bagi ahli KWSP yang berhasrat untuk mengeluarkan duit simpanan di dalam akaun 1 KWSP, berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara membuat permohonan i-Sinar KWSP beserta semakan i-sinar untuk panduan semua.

Sebelum ini, KWSP telah memperkenalkan i-Lestari bagi pengeluaran wang melalui Akaun 2 KWSP pada kadar RM500 sebulan maksimum. Inisiatif ini merupakan lanjutan kepada pengeluaran i-Lestari yang akan berakhir pada Mac 2021. Kemudahan ini akan bermula pada bulan Januari 2021 sehingga Disember 2021. Rakyat yang terkesan dari segi pendapatan boleh membuat permohonan dan menggunakan wang tersebut untuk keperluan diri serta keluarga dalam jangka masa pendek ini.

Permohonan i-Sinar KWSP online

i-Sinar KWSP : Pengeluaran Wang Simpanan Akaun 1 EPF

Di bawah dikongsikan informasi berkaitan sebagai panduan untuk semua. Anda boleh merujuk kepada maklumat di bawah seperti tarikh permohonan, kaedah cara permohonan, semakan status serta maklumat lanjut yang berkaitan

TERKINI: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pada 16 Mac 2022, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 bagi ahli yang masih terkesan. Permohonan pengeluaran akan dibuka bermula 1 April 2022 hingga 30 April 2022. Manakala pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Maklumat berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KWSP mengeluarkan kenyataan Media pada 2 Mac 2021, permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula 2 Mac ini. Manakala permohonan baharu akan bermula selepas pemansuhan kriteria bermula 8 Mac.

Sumber: Kenyataan Media KWSP 2 Mac 2021

Menurut sumber berita Astro Awani pada 11 Februari 2021, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa pihak KWSP sedang dalam proses untuk memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar. Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata permohonan akan diluluskan tidak lama lagi dan akan diumumkan pada Isnin depan. Maklumat terperinci mengenai pengeluaran tanpa syarat adalah seperti berikut:

  • Ahli KWSP yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Manakala ahli KWSP yang mempunyai lebih dari RM100,000, boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1. Jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Kenyataan Media Oleh KWSP Berkenaan i-Sinar Tanpa Syarat

Perdana Menteri di bawah Pakej PERMAI telah mengumumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi bagi permohonan Kategori 2 bermula 26 Januari 2021. Berikut adalah infografik yang dikeluarkan oleh KWSP untuk pemahaman orang ramai:

semakan i-sinar

Menurut Menteri Kewangan pada Penggulungan Perbahasan Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2021, inisiatif i-Sinar akan dibuka kepada semua ahli yang terjejas dan merangkumi 8 juta ahli caruman KWSP. Jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.

Perincian Pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP

Berdasarkan siaran media yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP pada 2 Disember 2020, berikut adalah syarat yang ditetapkan untuk pencarum layak memohon pengeluaran Akaun 1 KWSP:

  1. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1) akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM10,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 (Akaun 1) akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. semakan i-sinar

Nota: Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Tarikh Permohonan

Menurut Berita Harian, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP mengeluarkan kenyataan bahwa perincian berkaitan inisiatif pengeluaran ini akan diumumkan pada 18 November 2020. Permohonan akan dibuka pada tarikh:

  • 21 Disember 2020 : Kategori 1
  • 11 Januari 2021 : Kategori 2

Nota: Tempoh permohonan dibuka selama 6 Bulan bermula 21 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021. Permohonan yang berjaya lulus akan dikreditkan duit tersebut ke akaun bank pemohon bermula pertengahan bulan Januari 2021.

Kategori Permohonan

Berdasarkan kenyataan media KWSP pada 2 Disember 2020, terdapat dua kategori permohonan sebagai kriteria kelayakan untuk memohon kemudahan i-Sinar. Berikut adalah maklumat berkaitan kategori yang ditetapkan:

A) Kategori 1

Pemohon adalah ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi kategori ini adalah:

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Jika anda tergolong dalam kategori ini:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
  • Ahli hanya perlu memohon secara online melalui portal i-Sinar

B) Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Sekiranya dokumen di atas tiada, KWSP akan mempertimbangkan dokumen lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan. Bagi kategori ini boleh memohon secara online melalui portal i-Sinar mulai 11 Januari 2021.

Kaedah Permohonan i-Sinar

Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat secara online dan akan ditutup pada 30 Jun 2021. Berikut adalah langkah-langkah bagi ahli KWSP yang berhasrat untuk membuat permohonan pengeluaran wang melalui akaun 1 KWSP:

Cara Mohon i-Sinar Online (Kategori 1)

  1. Layari Portal Rasmi i-Sinar KWSP
    • https isinar.kwsp.gov.my
  2. Isikan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit anda
  3. Klik Teruskan
  4. Isikan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan klik sahkan OTP atau jawab soalan keselamatan untuk pengesahan
  5. Tetapkan amaun pilihan yang anda ingin memohon
  6. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan klik Teruskan
  7. Kemudian lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi
  8. Seterusnya pemohon perlu melengkapkan maklumat pembayaran dan klik Teruskan
  9. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan pada kotak pengesahan sebelum klik Hantar
  10. Permohonan anda akan diterima dan diproses oleh KWSP

PERINGATAN: Sekiranya anda telah membuat permohonan pada kategori 1, anda tidak perlu membuat permohonan kategori 2 dan terus membuat semakan status permohonan.

Cara Mohon i-Sinar Online (Kategori 2)

  1. Layari Portal Rasmi i-Sinar KWSP
  2. Klik pada Permohonan Baharu
  3. Bagi Kategori 2, pemohon perlu memilih Tidak dan kemudian isikan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit anda dengan tepat
  4. Klik Teruskan
  5. Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen sokongan seperti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan, notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
  6. Penyata bank atau surat pengesahan majikan juga akan dipertimbangkan oleh KWSP.
  7. Kemudian klik Hantar

Infografik Cara Mohon

Infografik Panduan Muat Naik Dokumen Sokongan

Semakan i-Sinar KWSP (Status Kelulusan Permohonan)

Untuk memastikan permohonan anda berjaya dan diluluskan oleh KWSP,

Di bawah adalah cara-cara untuk membuat semakan i-sinar iaitu semakan status permohonan:

  • Berdasarkan portal i-Sinar, semakan status boleh dibuat mulai 4 Januari 2021
  • Layari Portal Rasmi i-Sinar KWSP
  • Klik pada Semak Status Permohonan
  • Masukkan nombor MyKad dan telefon bimbit anda
  • Klik pada petak Saya Bukan Robot
  • Dan klik Semak Status
  • Sistem akan memaparkan paparan status permohonan anda sama ada lulus, sedang diproses atau permohonan tiada dalam rekod seperti berikut:

semakan i-sinar

TERKINI : KWSP memaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal pada paparan status i-Sinar online.

Pemohon adalah disarankan untuk menyemak semula status mereka pada 8.00 pagi pada 8 Februari 2021

Berdasarkan Laporan LAKSANA ke 34 oleh Menteri Kewangan pada 23 Disember 2020, pembayaran permohonan yang berjaya bermula pada 11 Januari 2021 secara berperingkat.

semakan i-sinar

Maklumat Lanjut Semakan i-sinar & Permohonan

Bagi mendapatkan maklumat atau pertanyaan lanjut berkaitan, anda boleh layari atau hubungi:

Program i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi pihak berkepentingan agar ahli-ahli KWSP yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan memastikan kesejahteraan serta keperluan mereka dalam jangka masa pendek terjamin. Selain itu, demi kesejahteraan masa depan persaraan inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada inisatif sebelum ini yang dikenali sebagai i-Lestari di mana had pengeluaran maksimum adalah sebanyak rm500 sebulan. Ia dijangka melibatkan pengeluaran sebanyak RM30 bilion.

Perinciannya akan dimuktamadkan pada 18 November menurut KWSP. Manakala Permohonan pengeluaran boleh dibuat bermula Disember 2020 dan diakses melalui Portal i-Sinar. Permohonan yang diluluskan dan akan dikreditkan ke akaun bank secara terus mengikut amaun yang dimohon.

Diharapkan perkongsian semakan i-sinar dan permohonan di atas membantu anda membuat permohonan dan semakan pengeluaran wang KWSP Akaun 1 berjumlah RM500 sebulan. Semoga segala bebanan kewangan anda dapat dibantu dan diringankan atas manfaat daripada inisiatif ini.

Related : ahli yang layak i akaun, untuk makluman permohonan i sinar kategori i sinar kategori 1 i sinar kategori 2 pembayaran pertama, mula dibuka i akaun kwsp tarikh bayaran, permohonan i sinar kategori 2 pihak kwsp

Tinggalkan Komen