Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM (Suntikan Vaksin). Wajib Ambil Vaksin bayi Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut umur dan tahun.

Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM (Suntikan Vaksin)

Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih belum menerima suntikan vaksin atau bakal mengambil suntikan vaksin buat keluarga khususnya anak-anak atau bayi yang baru dilahirkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan Jadual suntikan vaksin bagi memudahkan setiap rakyat membuat perancangan dan sebagai panduan. Berikut adalah Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM (Suntikan Vaksin Bayi/ Kanak-Kanak) iaitu kemaskini pada bulan Disember 2022. Jadual bagi tahun 2024 akan dikemaskini.

Program Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 1950an lagi. Terdapat beberapa aktiviti dijalankan di bawah program ini termasuklah perkhidmatan percuma bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan pelbagai penyakit merbahaya daripada berleluasa. Suntikan vaksin diwajibkan di Malaysia bagi bayi atau kanak-kanak dan diberikan secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.

Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM (Suntikan Vaksin Bayi)

Jadual Imunisasi Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak Terkini KKM (Suntikan Vaksin)

Berikut adalah maklumat rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tahun 2022. Jadual bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jadual suntikan bayi ini memaparkan jenis vaksin serta umur suntikan ianya perlu diambil.

Jadual-Imunisasi-Kebangsaan-Disember-2022

jadual imunisasi kebangsaan

Sebagai penerangan lebih lanjut daripada jadual di atas, berikut adalah makna bagi setiap singkatan jenis vaksin yang dinyatakan.

Makna Jenis Vaksin

  1. BCG (Basile Calmette-Guerin)
    • Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis
  2. DTap
    • Kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis
  3. DT
    • Dos Booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus
  4. Hib
    • Haemophilus Influenzae type B
  5. MR
    • Measles (campak), Mumps (beguk) dan Rubella
  6. JE (Japanese Encephalitis)
    • Vaksin hanya diberikan di Sarawak sahaja
  7. HPV (Human Papillomavirus)
    • Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Nota : Maklumat Lanjut, sila rujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sebagai tambahan, berikut dikongsikan juga jadual vaksin tambahan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak atau untuk bayi berumur 0 -18 bulan.

Menurut sebuah sumber, vaksin tambahan ini mampu memberikan perlindungan penuh kepada anak masing-masing sekiranya disertai juga dengan vaksin yang telah disarankan oleh KKM

Jadual Imunisasi Kebangsaan

Penerangan Vaksin Tambahan

Berikut adalah penerangan lanjut kepada vaksin tambahan beserta umur yang disarankan dan tempoh penerimaan vaksin

  1. Pneumokola (conjugated vaccine)
    • Adalah disyorkan untuk melengkapkan 3 dos pada umur 1 tahun, di mana dos pertama diberi selepas umur 6 minggu. Sila berjumpa dengan doktor bagi cadangan jadual pnumokokal mengikut umur anak masing-masing
  2. Meningokokal
    • Adalah disyorkan kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi. Satu Dos Vaksin boleh memberi daya imuniti selama 3 tahun.
  3. Rotavirus
    • Adalah disyorkan bagi mengambil dos pertama selepas usia 6 minggu. Sila berjumpa dengan doktor bagi cadangan dos seterusnya mengikut usia anak masing-masing
  4. Varicella / Cacar Air
    • Bagi kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun; 1 dos diperlukan bagi kanak-kanak 12 tahun ke atas; 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin sekurang-kurangnya 4 bulan
  5. Hepatitis A
    • Bagi kanak-kanak usia 1 tahun ke atas; 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin diantara 6 hingga 12 bulan

Senarai Jenis Penyakit Berkaitan Pengimunisasian (Suntikan Vaksin)

Bagi para ibu bapa yang masih tertanya-tanya penyakit apa yang boleh dielakkan sekiranya memberikan anak-anak suntikan vaksin atau imunisasi, berikut disediakan senarai penyakit cegahan vaksin berkaitan pengambilan imunisasi atau suntikan vaksin.

  1. Tibi (batuk kering)
    • Boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak ke organ lain
  2. Difteria
    • Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran penafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru)
  3. Pertusis (batuk kokol)
    • Ia boleh menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak
  4. Tetanus
    • Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi)
  5. Haemophilus influenzae jenis (Hib)
    • Bakteria yang menyebvabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran penafasan dan radang saraf otak (meningitis)
  6. Hepatitis B
    • Virus yang boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan
  7. Penyakit polio
    • Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki
  8. Campak
    • Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan paru-paru (pneumonia)
  9. Beguk
    • Virus ini menyebabkan jangitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan
  10. Rubella
    • Virus ini merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutama sekali kehamilan bagi tiga bulan pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (khususnya PDA;Patent Ductus Arteriosus)
  11. Pnemokokus
    • Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis serta darah yang teruk
  12. Rotavirus
    • Boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi serta encephalitis
  13. Virus Human Papilloma
    • Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

Mitos Dan Fakta Vaksin

Berikut adalah mitos vs fakta vaksin buat rujukan semua :-

Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak penjelasan buat para ibu bapa atau penjaga dalam memahami lebih lanjut mengenai kepentingan mengambil imunisasi (suntikan vaksin), salah satu imunisasi tambahan dan fasiliti kesihatan. Diucapkan selamat maju jaya kepada semua yang merancang untuk mengambil suntikan vaksin mengikut Jadual yang telah dikeluarkan oleh KKM. imunisasi anak

Related : difteria tetanus pertussis polio hepatitis b haemophilus vaksin enam serangkai memberikan vaksin untuk tujuan untuk kanak kanak ibu bapa perlu, kesihatan swasta di malaysia, vaksin lima serangkai, dtap ipv hepb hib, fasiliti kesihatan kkm, imunisasi kebangsaan bagi kanak, digunakan oleh fasiliti kesihatan, pertukaran jadual imunisasi kebangsaan untuk kanak kanak,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *