Jadual Program Jom Masuk U 2024 (JMU), Tarikh dan lokasi jadual jmu 2024 iaitu tempat berlangsungnya acara.

Jadual Program Jom Masuk U 2024 (JMU)

Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U (JMU) Tahun 2024. Jadual KPTN Jom Masuk U 2023? Musim kesibukan buat pelajar SPM dan STPM yang berhajat untuk menyambung pengajian tinggi mereka melalui UPU bakal tiba. Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2023 atau juga dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U buat panduan dan rujukan pelajar. Karnival KPTN bakal memasuki edisi ke 17 tahun ini dan akan diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia yang dijangkakan bermula dari pertengahan Mei 2023 hingga minggu akhir bulan Jun 2023. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini.

Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Univeristi Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2020 (KPTN)

Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U 2024 (JMU)

Seperti yang dinyatakan, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka adalah disarankan untuk hadir ke Karnival KPTN Jom Masuk U ini. Selain KPTN, Majlis Amanah Rakyat juga ada menganjurkan Karnival IPMA dijangka pada bulan Mei 2023 jika merujuk kepada tahun sebelumnya.

Antara manfaat hadir ke karnival adalah seperti berikut :-

  1. Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan
  2. Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar.
  3. Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya
  4. Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
  5. Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT
  6. Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
  7. Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Nota : Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa di Karnival KPTN nanti.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Tahun 2024 (Program Jom Masuk U)

Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2023 (KPTN) atau Jom Masuk U. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, lokasi dan negeri/zon. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini

Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U 2023

Berikut adalah perkongsian tarikh dan lokasi karnival pendidikan tinggi negara mengikut zon:

  1. Zon Selatan: 20 – 21 MEI 2023, Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor
  2. Zon Sarawak : 20 – 21 MEI 2023, Time Square Megamall Bintulu, Sarawak
  3. Zon Sabah : 27 – 28 MEI 2023, Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, Sabah
  4. Zon Utara : 27 – 28 MEI 2023, Dewan Perdana UiTM Cawangan Kedah, Kedah
  5. Zon Timur : 3 -4 JUN 2023, Dewan Sultan Mizan UMT, Terengganu
  6. Zon Tengah : 4 – 5 JUN 2023, Dewan Tunku Canselor, UM, Kuala Lumpur
  • Masuk adalah PERCUMA
  • Senarai lokasi KPTN akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada perubahan

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada peta Karnival Jom Masuk U 2023 terkini yang dikongsikan berikut :-

jadual-karnival-pendidikan-tinggi-jom-masuk-u-2023-1jadual-karnival-pendidikan-tinggi-jom-masuk-u-2023-2

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari :-

Selamat berkarnival. Semoga perkongsian Jadual Program Jom Masuk U 2023 (JMU) ini bermanfaat buat semua. Jangan lepaskan peluang, Jom hadir ke Karnival Jom Masuk U yang berdekatan dengan tenpat tinggal anda.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *