Jadual Kursus Asas Haji 2024 KAH, Tarikh & lokasi Kursus Haji 2024/ 1445H anjuran Tabung Haji - kursus perdana haji & kursus insentif haji,

Jadual Kursus Asas Haji 2024/ 1445H Tarikh Dan Lokasi

Bilakah tarikh Kursus Asas Haji (KAH) tahun 2024M/ 1445H diadakan di lokasi seluruh negeri di Malaysia? Berita baik buat bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dan juga kepada umat Islam yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Lembaga Tabung Haji Malaysia telah mengeluarkan Jadual Kursus Asas Haji 2024 Seluruh Negeri yang memaparkan maklumat seperti tarikh mula dan akhir kursus, tempat kursus (Masjid) serta masa dan nama penceramah.

Peserta yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Haji (KAH) 1445H perlu membuat pendaftaran di masjid-masjid yang terlibat dalam menganjurkan kursus ini. Kebanyakkan KAH diadakan dari hujung bulan Oktober/ awal November 2023 sehingga bulan Januari/ Februari 2024.

Jadual Kursus Asas Haji 2024 Tarikh Dan Lokasi

Tarikh Dan Lokasi Kursus Asas Haji 2024/ 1445H

Berikut dikongsikan senarai lokasi nama masjid yang terlibat dalam penganjuran Kursus Asas Haji 2024/ 1445H setiap negeri dan maklumat tarikh mula dan akhir KAH diadakan.

Peserta yang berminat boleh merujuk kepada Jadual Kursus Asas Haji di masjid-masjid berhampiran anda seperti di bawah ini. Muat turun atau download jadual dalam PDF dengan mengklik link yang dikongsikan untuk setiap negeri.

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. WP Putrajaya
  3. Wilayah Persekutuan Labuan
  4. Selangor
  5. Melaka
  6. Pulau Pinang
  7. Pahang
  8. Perak
  9. Kelantan
  10. Terengganu
  11. Sarawak
  12. Johor
  13. Perlis
  14. Kedah
  15. Sabah
  16. Negeri Sembilan

Klik JADUAL KAH SELURUH NEGERI

Jadual KAH 2024/ 1445H ini adalah RASMI dari sumber Portal Tabung Haji.

Kursus Asas Haji (KAH)

Kursus Asas Haji (KAH) merupakan kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji. KAH diadakan pada setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit bagi setiap siri (diadakan sebanyak 13 siri) bermula dari bulan Rabi’ul Akhir sehingga Jamadil Akhir setiap tahun.

KAH diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negara dengan kerjasama jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

  • Modul Kursus Asas Haji boleh dimuat turun di Lampiran.

Kursus Lain Buat Bakal Jemaah Haji

Selain Kursus Asas Haji, bakal jemah haji juga perlu menghadiri Kursus-kursus lain yang berkaitan seperti berikut :-

1. Kursus Intensif Haji (KIH)

Kursus Intensif Haji (KIH) merupakan kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus diadakan selama dua (2) hari ini diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban pada setiap tahun. Semasa kursus, penekanan diberikan kepada aspek praktikal ibadat haji dan umrah serta ulang kaji ibadat.

Selain berkenaan ibadat haji, modul pembelajaran juga menekankan penjagaan kesihatan dan pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

2. Kursus Khas Haji (KKH)

Kursus Khas Haji (KKH) merupakan kursus haji lanjutan yang diadakan selepas KIH. Tempoh kursus mengambil masa selama satu (1) hari yang memberi penekanan terhadap aspek latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.

Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah yang rendah dalam ujian kefahaman ibadat KIH dan mereka yang terpilih di saat akhir. Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal jemaah haji yang terlibat.

3. Kursus Perdana Haji (KPH)

Kursus Perdana Haji (KPH) merupakan kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. kursus selama dua (2) hari satu (1) malam ini diadakan dalam bulan Syawal di setiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah dalam negeri tersebut.

Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti tawaf, sa’ie, bermabit dan melontar pada waktu malam. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

SUMBER : Portal Tabung Haji

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Jadual Kursus Asas Haji, sila hubungi THCC ditalian 03-6207 1919.

Semoga perkongsian Jadual Kursus Asas Haji 2024 Seluruh Negeri ini boleh dijadikan panduan buat bakal jemaah haji di Malaysia. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran Haji tahun 2024/ 1445H. Semoga mendapat Haji yang Mabrur.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *