Bilakah tarikh bayaran pencen bulanan untuk pesara Angkatan Tentera tahun 2018? Menerusi pengumuman Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), berikut dikongsikan Jadual Pencen ATM 2018 Pesara Tentera yang memaparkan bulan dan tarikh bayaran. Pencen Perkhidmatan atau PP adalah sejenis pencen yang dibayar secara bulanan kepada anggota tentera yang berkelayakan apabila tamat perkhidmatan .
Untuk makluman, bayaran pencen bulanan akan terhenti apabila pesara meninggal dunia. Waris gemulah hendaklah melaporkan ke JHEV untuk membuat permohonan proses pindah bayar kepada waris yang layak. Jadual bayaran pencen pesara tentera adalah sama tarikh dengan bayaran pencen untuk pesara kerajaan.
- Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2018 klik PENCEN BULANAN
Tarikh Pembayaran Pencen ATM Tahun 2018
Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan kepada pesara tentera untuk tahun 2018. Maklumat yang dipaparkan adalah bulan, catatan bayaran dan tarikh pembayaran pencen dibayar. Pencen perkhidmatan boleh dibayar kepada pegawai dan anggota LLP yang mempunyai tempoh perkhidmatan diakui melebihi 20 tahun (pegawai) dan 21 tahun (LLP). Ianya terkecuali atas faktor pemberhentian/ persaraan atas alasan kesihatan.
Jadual Pencen ATM 2018 (Bulan, Tarikh & Hari)
Terdapat beberapa bulan dimana pembayaran diawalkan disebabkan jatuhnya perayaan utama di Malaysia.
BULAN | TARIKH | HARI/ CATATAN |
---|---|---|
1. Januari | 18 Januari 2018 | Khamis |
2. Februari | 6 Februari 2018 | Selasa : Tahun Baru Cina pada 16 & 17 Februari 2018 |
3. Mac | 21 Mac 2018 | Rabu |
4. April | 19 April 2018 | Khamis |
5. Mei | 21 Mei 2018 | Isnin |
6. Jun | 4 Jun 2018 | Isnin : Hari Raya Aidilfitri pada 15 & 16 Jun 2018 |
7. Julai | 19 Julai 2018 | Khamis |
8. Ogos | 13 Ogos 2018 | Isnin : Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos 2018 |
9. September | 20 September 2018 | Khamis |
10. Oktober | 18 Oktober 2018 | Khamis |
11. November | 21 November 2018 | Rabu : Hari Deepavali pada 6 November 2018 |
12. Disember | 17 Disember 2018 | Isnin |
Apa Itu Veteran ATM?
Terdapat anggaran seramai 450,000 veteran ATM di Malaysia. Mereka yanng dikategorikan sebagai Veteran ATM adalah Warganegara Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan sepenuh masa di dalam angkatan keselamatan yang terdiri dari bekas anggota-anggota seperti berikut :-
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa
- Pasukan Force 136
- Sarawak Rangers
- Tentera British yang berkhidmat di Malaya/ Singapura (British Army)
Selain pencen perkhidmatan dan skim-skim bantuan oleh JHEV, semua kategori Veteran ATM layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan. Rawatan adalah mengikut kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Semoga perkongsian Jadual Pencen ATM 2018 untuk Pesara Tentera/ Veteran ATM boleh dijadikan panduan dalam membuat perancangan kewangan selepas tamat perkhidmatan. Gunakan wang pencen yang diterima dengan berhemah untuk masa depan yang terjamin.