in

Jadual Peperiksaan PT3 2019 Pentaksiran Tingkatan 3

Jadual Waktu Peperiksaan PT3 Tahun 2019. Panduan buat pelajar Tingkatan 3 yang bakal menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2019. Untuk rujukan ibu bapa dan murid, Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3 iaitu tarikh exam akan diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan (LP) Malaysia. Untuk makluman, Jadual PT3 tahun 2019 yang memaparkan maklumat berkaitan tarikh peperiksaan, hari, masa, kod kertas, mata pelajaran ada dikongsikan di bawah ini dan akan berlangsung dari 30 September hingga 8 Oktober 2019.

Tarikh peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, SPM, SPMU, STAM, klik Takwim Peperiksaan 2019

3 jenis instrumen yang terdapat dalam Peperiksaan PT3 adalah seperti berikut:-

  1. Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) – Kerja Kursus melibatkan Mata pelajaran Sejarah dan Geografi.
  2. Ujian lisan (bertutur dan mendengar) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Test (Ujian) Tilawah dan Hafazan melibatkan Maharat Al-Quran Kertas 2 dan Hifz Al-Quran
  3. Peperiksaan/ Ujian bertulis yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Mathematics, Science dan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Jadual Peperiksaan PT3 2019 Pentaksiran Tingkatan 3

Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2019 Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3

Tarikh dan masa jadual peperiksaan PT3 tahun 2019 akan dikongsikan selepas dikeluarkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

JADUAL PEPERIKSAAN PT3 TAHUN 2019

  • Pelbagai Instrumen : Geografi : Akan dikemaskini (8 hingga 27 Julai 2018) dan Sejarah Akan dikemaskini (2 hingga 25 Mei 2018)
  • Tarikh tahun 2018 dalam kurungan

Sebagai rujukan, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting dalam peperiksaan PT3 tahun 2019 beserta jadual lengkap waktu peperiksaan.

  • Pentaksiran Pendidikan Kesenian PT3 : 28 Januari hingga 12 Julai 2019
  • Ujian Lisan Bertutur (BM, BI & BA (KBD) : 1 hingga 30 Ogos 2019
  • Ujian Lisan Mendengar : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab (Al-Lughah Al Arabiah Al Mu’asirah) : 19 hingga 20 Ogos 2019
  • Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) : 17 hingga 27 September 2019
  • Ujian Bertulis PT3 (BM, BI, Sejarah, Geografi) : 30 September hingga 8 Oktober 2019

PT3 2018 : JADUAL LENGKAP PEPERIKSAAN

Panduan : Koleksi Soalan Percubaan PT3 Tahun 2018 Dan Skema Jawapan

  • A. Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) dan Ujian Lisan Bertutur

Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3

  • B. Ujian lisan mendengar

Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3

  • C. Ujian Tilawah Dan Hafazan

jadual waktu peperiksaan pt3 2018

D. Jadual Peperiksaan PT3/ Ujian bertulis

Berikut adalah jadual lengkap peperiksaan bertulis PT3 tahun 2018 :-

  • 1 Oktober 2018 (Isnin)

Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3

  • 2 Oktober 2018 (Selasa)

Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3

  • 3 Oktober 2018 (Rabu)

Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3

  • 4 Oktober 2018 (Khamis)

Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3

CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN

1. ARAHAN AM

  • 1.1 Calon wajib menduduki semua instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu instrumen pentaksiran dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebelum tamat tempoh PT3 2018.
  • 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum pentaksiran. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00 bagi pembetulan maklumat calon semasa tempoh semak semula keputusan PT3 pada tahun semasa. Sebarang pembetulan maklumat selepas tempoh tersebut TIDAK akan dilayan. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu PT3 2018 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

2. ARAHAN DI DEWAN/ BILIK PENTAKSIRAN

  • 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik pentaksiran 15 minit sebelum pentaksiran dimulakan.
  • 2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu pentaksiran. Calon dilarang menduduki ujian tanpa dokumen berkenaan.
  • 2.3 Calon dibenarkan menduduki ujian atas budi bicara Ketua Pengawas Pentaksiran sekiranya tiba 30 minit selepas ujian dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

3. ARAHAN TENTANG INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Calon hendaklah:

  • 3.1 menyemak butiran nama kertas, kod kertas, masa pentaksiran dan arahan pada muka hadapan instrumen pentaksiran bagi memastikan calon mendapat instrumen pentaksiran yang betul.
  • 3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Pentaksiran dengan segera jika menerima instrumen pentaksiran yang salah atau tidak lengkap.
  • 3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) instrumen pentaksiran sebelum pentaksiran dimulakan.

4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN CALON

Calon hendaklah:

  • 4.1 menulis Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan calon.
  • 4.2 menulis Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul di muka hadapan Helaian Tambahan (HT).
  • 4.3 calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pensel atau pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
  • 4.4 menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi instrumen pentaksiran yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.
  • 4.5 memastikan setiap helaian tambahan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat bersama skrip jawapan calon.
  • 4.6 berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan calon dikumpul semula oleh Pengawas Pentaksiran.

Muat Turun/ Download Jadual Lengkap PT3 2018 Beserta Panduan Dan Arahan

Untuk jadual lengkap dan arahan penuh peperiksaan PT3, pelajar boleh memuat turun Jadual Peperiksaan PT3 2018 (Calon Biasa) di

Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan PT3 2019 Pentaksiran Tingkatan 3 boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam merancang pembelajaran yang berkualiti. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

jawatan kosong pegawai imigresen gred kp 19 spa

Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Online

Permohonan SPA8i Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan

Permohonan SPA8i Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan