in

Jadual Peperiksaan SPMU 2019 (SPM Ulangan)

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU (SPM Ulangan) Tahun 2019. SPMU exam date? Perhatian buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2019. Berikut dikongsikan jadual peperiksaan SPMU 2019 yang meliputi tarikh peperiksaan ujian lisan dan ujian bertulis. Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan Awam tahun 2019 beserta Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Untuk makluman, peperiksaan SPM(U) akan diadakan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Jun dan sesi kedua pada November setiap tahun. Bagi kertas sesi Jun, peperiksaan SPM(U) hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM. Pelajar berpeluang untuk memilih di antara semua kertas peperiksaan yang ada ditawarkan

Jadual Peperiksaan SPMU 2019 (SPM Ulangan)

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2019 (SPM Ulangan)

Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPMU sesi Jun dan November akan dibuka secara serentak bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac setiap tahun di Portal Rasmi LPM. Peperiksaan sesi pertama akan diadakan pada bulan Jun dan sesi kedua pula pada bulan November.

Untuk pelajar calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU, boleh berbuat demikian pada bulan Mac iaitu kelazimannya dari 1 Mac hingga 31 Mac setiap tahun. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Jadual Peperiksaan SPMU Tahun 2019 (Tarikh Exam)

Berikut dikongsikan maklumat tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar. Jadual lengkap beserta tarikh, masa dan mata pelajaran akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Peperiksaan SPMU 2019 

TARIKH PEPERIKSAAN SPMU 2019

Sesi Jun

  • Ujian Lisan : 3 Jun hingga 30 Jun 2019
  • Ujian Bertulis : 25 Jun hingga 27 Jun 2019

Sesi November

  • Fasa 1 : 14 hingga 17 Oktober & Fasa 2 : 5 hingga 27 November 2019
  • Maklumat lengkap peperiksaan SPM selepas dumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia boleh dirujuk di pautan berikut :-

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPMU 2019

Isnin 25 Jun 2019

Jadual Peperiksaan SPMU 2019

Rabu & Khamis 26 & 27 Jun 2019

Jadual Peperiksaan SPMU 2019

Nota Dan Arahan Peperiksaan SPM Ulangan

Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM Ulangan :-

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
  2. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan.
  3. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2019.
  4. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
  5. Calon dikenakan bayaran RM 30.00.
  6. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  7. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2019 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Maklumat Lanjut/ Semakan Keputusan

  • Link muat turun Jadual waktu Peperiksaan SPMU dalam PDF akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh LP Malaysia.
  • Semakan keputusan SPMU pula boleh disemak sekitar bulan Ogos 2019 untuk sesi Jun manakala Mac 2020 untuk bulan November.

Selamat menghadapi peperiksaan SPM Ulangan 2019. Semoga jadual peperiksaan SPMU boleh dijadikan panduan dalam merancang ulangkaji mata pelajaran. Moga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Assalamualaikum, saya nak tanya mcm mana nak daftar spmu subjek bulan November? Sbb saya try daftar tapi hanya keluar subjek spmu bulan jun. Mcm mana er?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan program diploma pusat perubatan universiti malaya

Permohonan Diploma PPUM 2019 Online

Permohonan eRumah Pulau Pinang Online

Permohonan eRumah Pulau Pinang Online