Jadual Peperiksaan STAM 2023, jadual tarikh waktu peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun 2023 memaparkan tarikh hari ujian bertulis.

Jadual Peperiksaan STAM 2023

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2023. Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STAM 2023. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan STAM 2023 (Sijil Tinggi Agama Malaysia) yang akan diadakan pada suku pertama tahun 2024. Untuk jadual penuh peperiksaan awam yang lain seperti SPM, SPMU dan PAV, sila rujuk atau download jadual di Takwim Peperiksaan Awam.

Pada tahun 2022, Lembaga Peperiksaan telah mengumumkan penundaan tarikh peperiksaan STAM dan akan berlangsung pada 16 Januari hingga 2 Februari 2023. Calon adalah diingatkan untuk membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Jadual Peperiksaan STAM 2019

Jadual Peperiksaan STAM 2023 Peperiksaan Bertulis

Untuk panduan pelajar STAM semua, berikut dikongsikan jadual waktu peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 yang memaparkan maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.

  • Tarikh peperiksaan STAM 2023 : 2 hingga 11 Januari 2024 (Ujian Bertulis)
  • Kerja Kursus : 1 Mei hingga 31 Ogos 2023
  • Ujian Lisan STAM : akan dikemaskini

Jadual STAM 2023 (Rasmi)

Berikut adalah jadual lengkap peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2023 untuk panduan pelajar semua dalam mempersiapkan diri menjelang waktu peperiksaan.

1. Isnin, 2 Januari 2024

  • Fiqh Kertas 1
  • Fiqh Kertas 2

2. Rabu, 3 Januari 2024

  • Nahu dan Sarf Kertas 2
  • Nahu dan Sarf Kertas 1

3. Khamis, 4 Januari 2024

  • Tafsir Dan Ulumuhu Kertas 2
  • Tafsir Dan Ulumuhu Kertas 1

4. Isnin, 8 Januari 2024

  • Tauhid dan Mantiq Kertas 2
  • Tauhid dan Mantiq Kertas 1

5. Selasa, 9 Januari 2024

  • Hadith dan Mustolah
  • Balaghah

6. Rabu, 10 Januari 2024

  • Hifz Al-Quran dan Tajwid
  • Insya’ dan Mutala’ah

7. Khamis, 11 Januari 2024

  • ‘Arudh dan Qafiyah
  • Adab Dan Nusus

jadual-stam-2023-peperiksaan-bertulis-1jadual-stam-2023-peperiksaan-bertulis-2

Arahan Am Untuk Calon – Arahan, Amaran, Larangan Dan Peringatan

  • 1.1 Calon wajib menduduki semua Kertas Peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana Kertas Peperiksaan bertulis akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
  • 1.2 Calon yang tidak menduduki mana-mana Kertas Peperiksaan bertulis dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh beserta dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan bertulis STAM 2023.
  • 1.3 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos atas nama Akauntan Negara.
  • 1.4 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2023 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Nota Penting

Untuk kertas S102/11 Fiqh Kertas 1 dan S102/21 Fiqh Kertas 2, calon-calon adalah dibenarkan untuk menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh  diprogram.

  • Untuk jadual lengkap beserta arahan dalam peperiksaan, sila download di STAM 2023

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2023. Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan STAM 2023 dapat membantu anda dalam merancang ulangkaji mata pelajaran sebelum tarikh peperiksaan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *