Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini Gred DG29 Hingga DG54. Maklumat terkini gaji minimum dan maksimum seorang guru atau cikgu di bawah sistem saraan baru perkhidmatan pendidikan.

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini (Gaji Minimum Dan Maksimum)

Berapakah gaji seorang guru atau cikgu yang diletakkan di bawah Perkhidmatan Pendidikan? Perhatian buat semua warga pendidik atau guru-guru yang sedang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam bagi setiap sekolah yang diuruskan oleh kerajaan. Kerajaan telah mengeluarkan struktur gaji mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan pada Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang telah dikuat kuasa bermula 1 Januari 2012 menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012. Berikut adalah Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini buat rujukan semua.

Saban tahun kerajaan sering menyemak semula tangga gaji bagi setiap penjawat awam demi untuk memastikan kebajikan mereka terjaga. Oleh itu JGMM telah ditambah baik menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 atau Rasionalisasi Perkhidmatan Awam. Khusus untuk perkhidmatan pendidikan, pada April 2018 Perdana Menteri telah mengumumkan pewujudan gred DG56 bagi guru-guru yang berada dalam Gred 54 selama lima tahun dan telah mempamerkan prestasi yang cemerlang. Selain itu, PM turut mengumumkan Pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam mulai Julai 2018.

Jadual Tangga Gaji Guru ikut sistem saraan baru

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini Bagi Gred DG29 Sehingga DG54

Berdasarkan pekeliling yang terkini dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, berikut adalah perubahan yang terdapat bagi Kategori Pendidikan (Guru) menerusi Rasionalisasi Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Julai 2016 seperti di bawah:

Pindaan Gred Jawatan/ Kod Gaji Skim Perkhidmatan Bersepadu

Pendidikan (D) Skim Perkhidmatan Bersepadu Berkelayakan STPM/Diploma/Ijazah
9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29, DG32, DG34, DG38, DGForty One/42, DG44, DG48, DG52, DG54DG29, DG32, DG34, DG38, DG40 DGForty One/42, DG44, DG48, DG52, DG54

Indeks Pemindahan Skim Perkhidmatan 

43. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DGForty One/42, DG44, DG48, DG52, DG5442. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG40, DGForty One/42, DG44, DG48, DG52, DG54

Struktur Tangga Gaji Guru SSM Mulai 1 Julai 2016 Bagi Gred DG29 Sehingga DG54

Kaedah pemberian gaji tahunan sedia ada adalah mengikut gaji tetap pegawai. Dan ianya ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berdasarkan gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM terbaharu iaitu tahun 2016.

Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan Dan Professional Mulai 1 Julai 2016 (RM Sebulan)

KOD GAJI KOMPUTER SSM GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
SSM401DG54000 DG54 6,080.00 13,144.00 320.00
SSM401DG52000 DG52 5,756.00 12,354.00 290.00
SSM401DG48000 DG48 5,125.00 11,640.00 270.00
SSM401DG44000 DG44 3,559.00 10,414.00 250.00
SSM401DG42000 DG42 2,188.00 9,552.00 225.00
SSM401DGForty One000 DGForty One 2,188.00 9,552.00 225.00

Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi Perkhidmatan Pendidikan Kumoulan Pelaksana Mulai 1 Julai 2016 (RM Sebulan)

KOD GAJI KOMPUTER SSM GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
SSM401DG40000 DG40 4,992.00 8,978.00  225.00
SSM401DG38000 DG38 3,604.00 7,831.00 195.00
SSM401DG34000 DG34 3,521.00 6,457.00 165.00
SSM401DG32000 DG32 2,848.00 6,077.00 155.00
SSM401DG29000 DG29 1,698.00  5,717.00 145.00

Maklumat Lanjut Jadual Tangga Gaji Guru

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:

Moga perkongsian Jadual Tangga Gaji Guru SSM terkini bermanfaat buat semua. Diucapkan selamat maju jaya buat semua penjawat awam. Semoga usaha murni kerajaan ini dapat membantu menaikkan prestasi kerja menjadi lebih baik seterusnya menjadikan pentadbiran dan pengurusan negara berada dalam keadaan efisien dan teratur.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *